Sejarah Ringkas Hidupku

 

Saya masih ingat bagaimana ayah membawaku untuk pertama kalinya kemasjid daerah dimana solat Tarawih didirikan didalam bulan Ramadan.Aku pada ketika itu baru berusia sepuluh tahun. Ayah memperkenalkan saya kepada para jemaah, yang tidak dapat menyembunyikan perasaan kagum mereka.

Saya tahu, sabelum itu guru telah mengaturkan untuk saya supaya mengerjakan sholat al-Ishfa untuk dua atau tiga malam. Telah menjadi kebiasaan bagi saya untuk solat dibelakang jamaah lelaki bersama kanak-kanak setempat, dan menunggu ketibaan imam pada bahgian kedua al Quran, i.e surah Mariam. Ayah mempastikan kami belajar al Quran di madrasah dan juga dirumah. Secara persendirian, yang mengajar kami adalah seorang buta, yang masih mempunyai talian persaudaraan, yang boleh membaca al Quran secara hafalan. Memandangkan kepada kebolehan saya membaca al Quran pada peringkat kanak-kanak lagi, guru telah cuba menunjukkan pengaruhnya terhadap saya dengan mengajarkan kepada saya tempat sujud sajadah didalam surah itu. Dia menguji saya berulang kali untuk mempastikan saya benar-benar faham arahan nya.

Setelah saya lulus ujian dan selesai mununaikan solat serta bacaannya, sebaik mana yang telah mereka harapkan, semua jamaah datang dan menggucapkan tahniah kepada saya dan ayah, dan berterima kasih kepada guru diatas usaha baik dan restunya dan bersyukur kepada Allah kerana Islam.

Ingatan pada hari-hari berikutnya masih bersama saya hingga kehari ini…saya menerima banyak sanjungan dan reputasi saya meluas dari daerah saya hinggalah kesegenap bandar. Malam-malam Ramadan tersebut telah meninggalkan kesan keagamaan kepada saya hingga kehari ini, dan setiap kali saya melalui episod kekeliruan, saya merasakan seakan ada suatu kuasa ghaib yang akan menarik saya dan meletak saya kejalannya semula. Setiap kali saya rasakan kelemahan pada jiwa saya dan kosongnya hidup ini, ingatan tersebut akan datang kepada saya dan menaikkan semangat kerohanian saya dan menyalakan kepada kesedaran saya api kepercayaan supaya saya dapat memikul tanggung jawab ini. Tanggung jawab yang diberikan oleh ayah, atau yang lebih tepat lagi guru, untuk menjadi Imam solat pada umur yang muda, membuat saya merasakan seakan saya belum melakukan secukupnya, atau sekurang-kurangnya tidak mencapai tahap yang diharapkan dari saya.

Maka saya menghabiskan masa kanak-kanak dan remaja dalam keadaan ketulusan, tetapi tidaklah sehingga tidak bermain serta keinginan mahu tahu dan juga meniru sesuatu. Selama tempuh itu saya dikelilingi dengan pemiliharaan ilahi yang mana saya dapat dibezakan diantara saudara-saudara yang lain dengan ketenangan dan kesabaran, saya selalu berada pada jalan yang benar dan terjauh dari segala perbuatan yang tidak bermoral.

Saya tidak akan lupa untuk menyatakan bahawa ibu saya…semoga Allah merahmati rohnya…mempunyai pengaruh yang besar terhadap diri saya. Dia membukakan mata saya semasa mengajar surah yang pendek-pendek dari al Quran, cara bersolat dan cara-cara berwudhu. Saya diberi olehnya keutamaan kerana saya adalah anaknya yang pertama, dan mungkin dia mendapat kepuasan didalam mendidik saya, kerana dia berkongsi rumah bersama isteri pertama bapa dan anak-anaknya.

Nama Tijani, diberikan kepada saya oleh ibu, mempunyai maksud yang khas bagi keluarga al-Samawi yang mengikut cara Tariqa Sufi Tijani, semenjak ianya dilawati oleh anak Shaykh Sidi Ahmed al-Tijani, yang datang dari Algeria. Kebanyakkan orang di Gafsa - pekan kampong saya - mengikuti cara sufi Tijani, terutama keluarga yang kaya dan terpelajar yang telah membantu untuk mengembangkannya.

Kerana nama saya, saya menjadi popular didalam rumah Samawi dan disekitarnya, terutama dengan mereka yang ada kaitan dengan sufi Tijani. Maka, ramai orang dewasa yang ada pada malam yang tersebut diatas dibulan Ramadan, datang untuk mengucapkan tahniah kepada ayah dan kemudian mencium kepala dan tangan saya dan berkata, " Ini adalah berkat dari ketua kita Shaykh Ahmad al-Tijani." Elok juga dinyatakan bahawa sufi Tijani berkembang luas di Morocco, Algeria, Tunisia, Libya, Sudan dan Mesir, dan mereka yang mempercayainya, seakan-akan fanatik terhadapnya. Mereka tidak menziarahi kuburan ulama lain, kerana mengikut pada kepercayaan mereka, ulama’-ulama’ tersebut mendapat ilmu dari satu sama lain, sedangkan Shaykh Ahmed al-Tijani mendapat pengetahuan terus dari pesuruh Allah Muhammad (saw), walaupun pada kenyataan nya dia berada 13 abad selepas Rasul Allah (saw)

Ia telah dikatakan bahawa Shaykh Ahmed al-Tijani pernah berhubung dengan Rasul Allah yang agung (saw), dengan berkata-kata dengannya diwaktu dia sedang jaga, tidak didalam tidur. Dipercayai juga bahawa kesempurnaan sholat yang digubal oleh Shaykh adalah terlebih baik dari khatam al Quran 40 kali.

Untuk meringkaskan nya saya akan berhenti dari mengatakan tentang sufi Tijani pada peringkat ini, jika dikehendaki Allah, saya akan merujukannya ditempat yang lain.

Maka saya membesar dengan kefahaman ini, begitu juga dengan remaja-remaja didaerah saya. Kami semua….segala pujian untuk Allah…. Sunni Muslim mengikuti ajaran Imam Malik ibn Anas, Imam pada Dar al-Hijra. Bagaimanapun kami di Afrika Utara, terbahagi kepada penganut-penanut sufi. Sebagai contoh di Gafsa sahaja terdapat al-Tijani, al-Qadiriyya, al-Rahmaniyya, al-Salamiyya dan al-Isaiyya. Bagi setiap golonggan mempunyai pengikut dan penyokong yang boleh membaca cara syair dan zikir (doa dan pujian untuk Allah) didalam semua keramaian seperti perkahwinan, berkhatan dan perjanjian (bersumpah). Walaupun terdapat aspek-aspek negatif, sufi tariqa memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan upacara keagamaan dan penghormatan pada mereka yang berilmu.