Persembahan

 

Buku saya ini adalah suatu hasil kerja yang sederhana. Ia menceritakan tentang suatu perjalanan… cerita mengenai suatu penemuan yang baru, bukan teknikal atau penemuan alam semula jadi, tetapi khusus dalam bidang keagamaan dan pemikiran filosofi. Oleh kerana sebarang penemuan pada dasarnya bergantung pada yang utamaannya minda yang sihat dan pemahaman yang jelas, yang membezakan antara manusia dari makhluk-makhluk lainnya. Saya ingin membaktikan buku ini kepada segala minda-minda yang sihat itu.

Minda yang sihat mengambil kebenaran untuk diteliti dan mengetahuinya dari timbunan-timbunan yang salah. Minda yang menimbang segala yang diperkatakan pada neraca keadilan, dan selalu berpihak kepada yang mempunyai pembuktian.

Minda yang membezakan antara perkataan dan percakapan, dan mempunyai keupayaan untuk membezakan antara yang logik dan yang kurang logiknya, dan antara yang sahih dan yang daif. Allah Yang Maha Tinggi berfirman:

Mereka yang mendengar apa yang diperkatakan dan mengikuti yang terbaik daripadanya, merekalah yang mendapat pertunjuk dan merekalah yang mempunyai fikiran. (al-Zumar : 18)

 

Kepada mereka-mereka yang saya baktikan buku ini, berharap semoga Allah, segala pujian tertentu bagiNya yang MahaTinggi, membuka minda kita dihadapan mata kita, untuk memandu kita, untuk memberi petunjuk kepada hati kita, untuk menunjukkan kepada kita dengan jelas jalan yang betul supaya kita mengikutinya, dan menunjukkan kepada kita dengan jelas jalan yang salah, supaya dapat kita menjauhinya, dan terimalah kami bersama hamba-hambaMu yang sholeh, kerana Engkau Maha Mendengar dan Mengkabulkan.

Muhammad al Tijani Samawi.

 

Kata Pendahuluan
 
Dengan nama Allah yang Amat Pemurah lagi Amat Mengasihani.

 

Segala pujian tertentu bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Dia menjadikan manusia daripada tanah, dan dibentukkannya kepada sebaik-baik rupa. Dia meninggikannya lebih dari makhluk-makhluk yang lain, dan dijadikan malaikat-malaikat (mukarrabin, terhampir) sujud kepadanya. Dia menganugerahkan nya dengan akal yang dapat menggubahkan keraguan kepada keyakinan. Dia memberinya dengan sepasang mata, satu lidah, sepasang bibir dan menunjukkan dia kepada dua laluan. Dia mengirimkan kepada mereka Pemberitahu tentang khabar gembira, memperingatkan mereka, dan menyedarkan mereka, dan menghalang mereka dari kesesatan bersama dengan syaitan terkutuk. Dia menyuruh mereka jangan menyembah syaitan, kerana syaitan itu adalah musuh mereka, dan menyuruh mereka supaya menyembah Allah [swt] sahaja dan ikutilah jalanNya yang benar dengan kefahaman dan kepercayaan yang yakin, dan janganlah hanya mengikuti kepercayaan datuk-datuk mereka, rakan-rakan, dan saudara-mara yang telah mengikuti orang-orang yang sebelumnya tanpa sebarang keterangan yang nyata. Siapakah yang boleh mengatakan sesuatu yang terlebih baik daripada memanggil mereka kejalan Allah dan melakukan kebaikkan dan mengatakan bahawa dia adalah salah seorang dari orang-orang Islam, semoga rahmat Allah, salam dan kesejahteraan keatas pesuruhNya yang membawa rahmat kepada manusia…..penolong kepada yang tertindas dan yang lemah….penyelamat kepada semua manusia dari kegelapan dan kejahilan…dia yang akan menunjukkan mereka kejalan kebenaran, jalan bagi mereka-mereka yang taat dan sholeh.

Penghulu kami Muhammad ibn Abdullah…rasul bagi orang-orang Islam dan ketua yang penuh bercahaya. Semoga rahmat dan kesejahteraan keatas keluarganya yang terpilih lagi suci serta telah menjadi pilihan Allah daripada orang-orang yang beriman. Firmannya didalam al Quran bahawa kita disuruh untuk mencintai mereka, setelah mereka disucikan dan dijadikan mereka ‘maksum’. Dia berjanji bahawa sesiapa yang menaiki bahtera mereka akan terselamat, dan mereka yang tidak melakukannya akan binasa. Semoga rahmat dan kesejahteraan ini juga ditujukan terhadap sahabat-sahabatnya yang mulia, yang menyokongnya, memuliakannya, mengorbankan diri untuknya dan untuk kemenangan Islam. Mereka mengetahui yang sebenar, maka mereka memberi sumpah setia kepadanya dengan bertekad dan tinggal tetap dijalan yang lurus tanpa menukar arah dan banyak berterima kasih. Semoga Allah memberi ganjaran kepada mereka diatas jasa-jasa mereka terhadap Islam dan orang-orang Islam. Semoga rahmat dan kesejahteraan ini juga kepada pengikut-pengikut mereka dan terhadap mereka yang tetap tinggal dijalan yang lurus dan mendapat petunjuk dengan nur ….sehingga kehari pengadilan

Wahai Allah, terimalah permintaan kami, Engkaulah yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Wahai Allah Tuhan kami bukakan lah hati kami untuk Mu dan Engkaulah yang memberi petunjuk kepada yang benar.

 

Wahai Allah bantulah kami untuk menyatakannya, kerana Engkau menganugerahkan kebijaksanaan kepada sesiapa yang Engkau pilih daripada kalangan hamba-hamba Mu yang sholeh. Wahai Allah berilah hambaMu ini kebijaksanaan dan pengetahuan serta masukkan hamba Mu bersama mereka-mereka yang benar.