AL-MAWADDAH FIL-QURBA

Koleksi perbahasan Ilmiah Tentang Mazhab Ahlul Bayt as

Senarai buku-buku mazhab Ahlul Bayt as untuk anda baca secara percuma dalam format PDF boleh diakses di sini. Artikel ilmiah boleh diakses di sini.

  1. Kedudukan Al-Quran dalam Mazhab Islam Syiah - 19/02/2018 01:52:32 PM [2] Baca seterusnya »
  2. Tuduhan Sunni Terhadadap Syiah,Ternyata Sunni Pembohong Besar - 23/12/2017 08:01:38 PM [34] Baca seterusnya »
  3. Telaah Terhadap 700 Pembuat Hadis Palsu Maudhu’ - 14/10/2017 01:16:40 PM [56] Baca seterusnya »
  4. Benarkah Yazid bin Mu’awiyah Tidak Terlibat Dalam Pembunuhan Husain bin Ali AS? - 07/10/2017 05:29:56 PM [35] Baca seterusnya »
  5. Wasiat Muawiyah Kepada Yazid Agar Membunuh Imam Husayn AS - 07/10/2017 05:15:55 PM [42] Baca seterusnya »
  6. Sejarah Berdarah Kaum Wahabi-Salafy Atas Kuburan Al-Baqi - 07/10/2017 11:57:29 AM [44] Baca seterusnya »
  7. Meluruskan Prasangka Tradisi Asyura (10 Muharram) - 02/10/2017 05:45:39 PM [36] Baca seterusnya »
  8. Hari Asyura: Perintah Menangis Untuk Imam Husayn as - 24/09/2017 03:30:56 PM [38] Baca seterusnya »
  9. Pesanan Haji Ayatollah Khamenei 2017 - 31/08/2017 01:25:52 PM [30] Baca seterusnya »
  10. Ancaman Kepada Mereka Yang Membenci Ahlul Bayt as - 18/07/2017 03:23:20 PM [53] Baca seterusnya »

    Selanjutnya »: 1 2 3 4 [Next] [Last Page]


    Sila baca perbahasan di bawah ini. Ia telah diakses 35 kali. Keraguan Kitab Lillahi Tsumma Lil Tarikh

    Keraguan Kitab Lillahi Tsumma Lil Tarikh

     

    Kitab Mengapa Aku Meninggalkan Syiah, atau Lillah Tsumma Lil Tarikh dalam versi bahasa Arabnya, berlegar luas di negara ini, meninggalkan kesan fitnah yang tinggi pada orang-orang yang jahil. Ketika saya membaca kitab ini, kerap sekali ditemukan fakta-fakta yang menyalahi logik, dan jelas fitnah semata-mata terhadap mazhab Syiah. Bagaimanapun, bagi orang yang benar-benar mahu mencari kebenaran, tidak susah bagi mereka untuk mencari fakta sebenar dari sumber yang lebih kredibel.

    Disebabkan banyak tuduhan dusta yang ingin dikemukakan, dan tidak mungkin disebut semua di sini, saya akan memaparkan sedikit sahaja tuduhan dusta ini. Tuduhan dusta yang saya maksud adalah kata-kata Husain Al Musawi bahwa Sayyid Syarafudin Al Musawi, salah seorang ulama syiah membolehkan homoseks. Disini Husain Al Musawi telah membuat pengakuan menyaksikan bahawa Sayyid Syarafudin Al Musawi telah berfatwa demikian. Husain Al Musawi berkata dalam kitab Lillahi Tsumma Lil Tarikh hal 69-71

    كنا أحد الأيام في الحوزة فوردت الأخبار بأن سماحة السيد عبدالحسين شرف الدين الموسوي قد وصل بغداد، وسيصل إلى الحوزة ليلتقي سماحة الإمام آل كاشف الغطاء. وكان السيد شرف الدين قد سطع نجمه عند عوام الشيعة وخواصهم، خاصة بعد أن صدر بعض مؤلفاته كالمراجعات، والنص والاجتهاد

     

    Suatu hari di Hauzah sampai kabar kepada saya bahwa yang mulia Sayyid Abdul Husain Syarafudin Al Musawi datang ke Baghdad dan akan datang ke hauzah untuk bertemu yang mulia Imam Kasyif Al Ghita. Sayyid Syarafudin adalah orang yang sangat dihormati di kalangan syiah baik orang awam maupun orang-orang khusus, terutama setelah terbitnya kitab tulisannya Al Muraja’at dan kitab Nash Wal Ijtihad.

    Catatan: Perhatikan dengan baik di sini, Husain Al Musawi telah mengakui bahawa saat itu belaiu sudah berada di Hauzah dengan kata lain, ketika Sayyid Syarafudin Al Musawi masih belum sampai ke Najaf, Husain Al Musawi sudah pun berada di sana yang kemudiannya mendengar khabar bahawa Sayyid Syarafudin akan datang ke Hauzah.

    ولما وصل النجف زار الحوزة فكان الاحتفاء به عظيماً من قبل الكادر الحوزي علماء وطلاباً وفي جلسة له في مكتب السيد آل كاشف الغطاء ضمت عدداً من السادة وبعض طلاب الحوزة، وكنت أحد الحاضرين، وفي أثناء هذه الجلسة دخل شاب في عنفوان شبابه فسلم فرد الحاضرون السلام، فقال للسيد آل كاشف الغطاء:سيد عندي سؤال، فقال له السيد: وجه سؤالك إلى السيد شرف الدين

    Ketika beliau [Sayyid Syarafudin] sampai di Najaf, ia mengunjungi hauzah. Orang-orang di hauzah baik para ulama maupun para pelajarnya memberikan penyambutan yang meriah kepadanya. Dan dalam satu majlis  Sayyid Kasyif Al Ghita yang dihadiri oleh banyak tokoh dan sebahagian pelajar dan saya adalah salah seorang yang ikut hadir di sana. Ketika majlis itu dimulai maka masuklah seorang pemuda yang sangat belia mengucapkan salam dan mereka yang hadir menjawab salamnya. Kemudian beliau berkata kepada Sayyid Kasyif Al Ghita “Sayyid saya mempunyai pertanyaan”. Sayyid berkata kepadanya “Sampaikan pertanyaanmu kepada Sayyid Syarafudin”

    Catatan: Disini Husain Al Musawi mengakui, ketika Sayyid Syarafudin datang ke Najaf dan mengunjungi hauzah, beliau turut mengikutinya bahkan beliau berada di majlis khusus di mana datang seorang pemuda yang ingin menanyakan suatu masalah.

    قال السائل: سيد أنا أدرس في لندن للحصول على الدكتوراه، وأنا ما زلت أعزب غير متزوج، وأريد امرأة تعينني هناك -لم يفصح عن قصده أول الأمر- فقال له السيد شرف الدين:تزوج ثم خذ زوجتك معك.فقال الرجل: صعب علي أن تسكن امرأة من بلادي معي هناك.فعرف السيد شرف الدين قصده فقال له: تريد أن تتزوج امرأة بريطانية إذن؟

     

    Penanya berkata “Sayyid, saya belajar di London untuk meraih gelaran doktor, sementara saya masih seorang bujang dan belum menikah, saya menginginkan ada seorang wanita yang dapat menemani saya di sana. [pada awalnya penanya itu tidak mengungkapkan maksudnya dengan jelas]. Sayyid Syarafudin berkata “Menikahlah, kemudian bawalah istrimu bersamamu”. Pemuda itu berkata “Sulit bagi saya untuk tinggal di sana bersama istri dari negeri saya berasal”. Sayyid Syarafudin mengerti maksudnya dan ia berkata “Maksudnya, kamu ingin menikahi wanita inggeris [Britain]?”.

    قال الرجل: نعم، فقال له شرف الدين: هذا لا يجوز، فالزواج باليهودية أو النصرانية حرام

    فقال الرجل: كيف أصنع إذن؟

    فقال له السيد شرف الدين: ابحث عن مسلمة مقيمة هناك عربية أو هندية أو أي جنسية أخرى بشرط أن تكون مسلمة

    Laki-laki itu berkata “Benar”. Syarafudin berkata “Ini tidak boleh, menikah dengan yahudi atau nashrani adalah haram”. Laki-laki itu berkata “Bagaimana yang harus saya lakukan?”. Sayyid Syarafudin berkata “Carilah muslimah yang bermukim di sana baik dari bangsa Arab atau India atau yang lainnya dengan syarat ia seorang muslimah.

    فقال الرجل: بحثت كثيراً فلم أجد مسلمات مقيمات هناك تصلح إحداهن زوجة لي، وحتى أردت أن أتمتع فلم أجد، وليس أمامي خيار إما الزنا وإما الزواج وكلاهما متعذر علي.أما الزنا فإني مبتعد عنه لأنه حرام، وأما الزواج فمتعذر علي كما ترى وأنا أبقى هناك سنة كاملة أو أكثر ثم أعود إجازة لمدة شهر، وهذا كما تعلم سفر طويل فماذا أفعل؟

     

    Laki-laki itu berkata “Saya sudah lama mencarinya tetapi tidak menemukan muslimah yang bermukim disana yang baik untuk menikahi saya, bahkan untuk dinikahi dengan mut’ah pun saya tidak menemukannya. Di hadapanku tidak ada pilihan selain zina atau menikah dan semuanya tidak dapat saya lakukan. Adapun zina, saya tidak mahu melakukannya kerana itu haram sedangkan menikah adalah sesuatu yang sulit sebagaimana anda lihat. Saya tinggal di sana selama satu tahun penuh atau lebih kemudian saya kembali untuk bercuti selama satu bulan. Dan ini sebagaimana anda ketahui adalah perjalanan yang panjang, apa yang harus saya lakukan?.

    سكت السيد شرف الدين قليلاً ثم قال: إن وضعك هذا محرج فعلاً .. على أية حال أذكر أني قرأت رواية للإمام جعفر الصادق، إذ جاءه رجل يسافر كثيراً ويتعذر عليه اصطحاب امرأته أو التمتع في البلد الذي يسافر إليه بحيث أنه يعاني مثلما تعاني أنت، فقال له أبو عبد الله:(إذا طال بك السفر فعليك بنكح الذكر) هذا جواب سؤالك

     

    Sayyid Syarafudin terdiam kemudian ia berkata “Sesungguhnya kamu dalam keadaan darurat”, tetapi seingatnya, saya pernah membaca suatu riwayat Imam Ja’far Ash Shiddiq iaitu jika datang seorang lelaki sering bermusafir sedangkan beliau tidak ditemani oleh isterinya dan tidak pula dapat melakukan mut’ah di suatu negeri di mana beliau melakukan perjalanan ke sana, dan beliau merasakan kesulitan seperti anda, maka Abu Abdullah berkata “Jika perjalananmu berlangsung lama maka menikahlah dengan lelaki. Inilah jawaban atas pertanyaanmu.”

    Kisah Husain Al Musawi dan dialog yang yang diutarakan adalah dusta besar. Aneh sekali bagaimana seorang ulama besar Islam membolehkan seorang lelaki untuk menikahi lelaki yang lain. Untuk membuktikan kedustaan kisah ini cukup dengan kesaksian Husain Al Musawi sendiri dalam kitab tersebut. Perlu diketahui,  Sayyid Syarafudin Al Musawi datang ke Najaf pada tahun 1355 H sebagaimana yang disebutkan oleh ulama Syiah Ali Al Muhsin [Lillah Wa Lilhaqiqah 1/10]. Sedangkan telah disebutkan sebelumnya tahun lahirnya Husain Al Musawi berdasarkan kesaksiannya sendiri

    وفي ختام مبحث الخمس لا يفوتني أن أذكر قول صديقي المفضال الشاعر البارع المجيد أحمد الصافي النجفي رحمه الله، والذي تعرفت عليه بعد حصولي على درجة الاجتهاد فصرنا صديقين حميمين رغم فارق السن بيني وبينه، إذ كان يكبرني بنحو ثلاثين سنة أو أكثر عندما قال لي: ولدي حسين لا تدنس نفسك بالخمس فإنه سحت، وناقشني في موضوع الخمس حتى أقنعني بحرمته

    Dan diakhir pembahasan tentang khumus ini, saya tidak akan melewatkan perkataan seorang teman yang utama, penyair besar dan terkenal, Ahmad Ash Shaafiiy An Najafiiy rahimahullah, dan saya mengenal beliau setelah saya mencapai peringkat ijtihad [mujtahid]. Kami menjalin persahabatan yang sangat baik walaupun terdapat perbezaan umur yang jauh, di mana dia lebih tua dari saya tiga puluh tahun atau lebih. Beliau berkata kepada saya “Anakku Husain, janganlah kamu kotori dirimu dengan khumus karena ia adalah haram”. Dia berdiskusi dengan saya tentang khumus sampai saya merasa yakin akan keharamannya. [Lillahi Tsumma Lil-Tarikh hal 95-96]

    Disebutkan bahwa Ahmad bin Ali Ash Shaafiiy An Najafiiy lahir tahun 1314 H dan wafat pada tahun 1397 H [Mu’jam Rijal Al Fikr Wal Adab Fil Najaf 2/793 Syaikh Muhammad Hadi Al Amini]. Dengan berdasarkan data ini maka dapat disimpulkan bahawa penulis “Husain Al Musawi” yang lebih muda tiga puluh tahun atau lebih dari Ahmad Ash Shaafiiy lahir pada tahun 1314+30=1344 H atau lebih.

    Husain Al Musawi lahir tahun 1344 H sekurang-kurangnya dan Sayyid Syarafudin datang ke Najaf tahun 1355 H, maka usia Husain Al Musawi saat itu adalah 11 tahun atau kurang yakni beliau masih anak-anak. Dan ingatlah kembali, Husain Al Musawi berdasarkan pengakuannya sendiri mengatakan beliau sudah berada di hauzah menuntut ilmu di sana ketika ada khabar akan kedatangan Sayyid Syarafudin ke Najaf. Sekarang lihatlah pengakuan lain Husain Al Musawi dalam kitab dustanya tersebut:

    ولدت في كربلاء، ونشأت في بيئة شيعية في ظل والدي المتدين درست في مدارس المدينة حتى صرت شاباً يافعاً، فبعث بي والدي إلى الحوزة العلمية النجفية أم الحوزات في العالم لأنـهل من علم فحول العلماء ومشاهيرهم في هذا العصر أمثال سماحة الإمام السيد محمّد آل الحسين كاشف الغطاء

    Saya lahir di Karbala dan saya membesar di dalam lingkungan orang-orang Syiah dan asuhan ayahku yang taat beragama. Saya belajar di sekolah-sekolah yang ada di kota sehingga saya menjadi seorang pemuda. Kemudian ayahku mengirimkanku ke hauzah kota ilmu di Najaf dimana para ulama terkenal zaman ini menimba ilmu di sana seperti yang mulia Imam Sayyid Muhammad Al Husain Kasyif Al Ghita [Lillahi Tsumma Lil Tarikh hal 8-9]

    Berdasarkan pengakuan Husain Al Musawi ia telah menjadi seorang pemuda dewasa ketika ayahnya menghantar beliau ke Najaf untuk menuntut ilmu. Yang meragukan, peristiwa kedatangan Sayyid Syarafudin ke Najaf terjadi ketika usia Husain Al Musawi masih kurang dari sebelas tahun, ertinya beliau masih kanak-kanak dan berada di karbala

     

    Lantas mengapa beliau mengadakan cerita berada di Najaf dan ikut hadir bersama menyaksikan dialog dusta tersebut. Telitilah dengan baik maka para pembaca akan menjumpai banyak sekali pembohongan yang dilakukan oleh manusia yang disebut Husain Al Musawi. Kesaksiannya dan tuduhannya terhadap ulama Syiah hanyalah dusta dan salafiyun yang terus bertaklid buta pada kedustaan ini memang kualitinya tidak jauh berbeza dari Husain Al Musawi.

    Hal lain yang memperkuatkan lagi pembohongan Husain Al Musawi adalah pengakuan beliau yang hidup di lingkungan Syiah, mengenali orang-orang Syiah katanya, tetapi aneh, dalam tradisi Syiah, sebutan Sayyid pada ulama mereka diperuntukkan bagi mereka yang merupakan keturunan Ahlul Bait umpamanya Sayyid Syarafudin Al Musawi. Muhammad Husain Kasyif Al Ghita bukanlah keturunan Ahlul Bait dan beliau tidak disebut dengan sebutan Sayyid di sisi pengikut Syiah, mereka menyebutnya dengan sebutan Syaikh atau Al Imam Kasyif Al Ghita. Tetapi anehnya berulang kali Husain Al Musawi menyebut Kasyf Al Ghita dengan sebutan Sayyid, beliau mengaku sebagai ulama Syiah yang menjadi murid kepada Kasyf Al Ghita tetapi tidak mengenali sebutan gurunya yang orang awam Syiah pun mengetahuinya.
    Renungan:
    Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman: Sesungguhnya orang-orang mu'min adalah bersaudara,
    karena itu damaikanlah kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat. (Al-Hujurat: 10).