AL-MAWADDAH FIL-QURBA

Koleksi perbahasan Ilmiah Tentang Mazhab Ahlul Bayt as

Senarai buku-buku mazhab Ahlul Bayt as untuk anda baca secara percuma dalam format PDF boleh diakses di sini. Artikel ilmiah boleh diakses di sini.

  1. Manakah yang benar di antara dua hadis tersebut; “Kitabullah wa Itrati AhlaBaiti atau Kitabullah wa Sunnati”? - 02/09/2018 01:23:42 PM [79] Baca seterusnya »
  2. Kedudukan Al-Quran dalam Mazhab Islam Syiah - 19/02/2018 01:52:32 PM [157] Baca seterusnya »
  3. Tuduhan Sunni Terhadadap Syiah,Ternyata Sunni Pembohong Besar - 23/12/2017 08:01:38 PM [190] Baca seterusnya »
  4. Telaah Terhadap 700 Pembuat Hadis Palsu Maudhu’ - 14/10/2017 01:16:40 PM [199] Baca seterusnya »
  5. Benarkah Yazid bin Mu’awiyah Tidak Terlibat Dalam Pembunuhan Husain bin Ali AS? - 07/10/2017 05:29:56 PM [178] Baca seterusnya »
  6. Wasiat Muawiyah Kepada Yazid Agar Membunuh Imam Husayn AS - 07/10/2017 05:15:55 PM [209] Baca seterusnya »
  7. Sejarah Berdarah Kaum Wahabi-Salafy Atas Kuburan Al-Baqi - 07/10/2017 11:57:29 AM [175] Baca seterusnya »
  8. Meluruskan Prasangka Tradisi Asyura (10 Muharram) - 02/10/2017 05:45:39 PM [164] Baca seterusnya »
  9. Hari Asyura: Perintah Menangis Untuk Imam Husayn as - 24/09/2017 03:30:56 PM [199] Baca seterusnya »
  10. Pesanan Haji Ayatollah Khamenei 2017 - 31/08/2017 01:25:52 PM [150] Baca seterusnya »

    Selanjutnya »: 1 2 3 4 [Next] [Last Page]


    Sila baca perbahasan di bawah ini. Ia telah diakses 129 kali. Apakah sebab-sebab kemunculan berbagai aliran dan mazhab di kalangan kaum muslimin

    Apakah sebab-sebab kemunculan berbagai aliran dan mazhab di kalangan kaum muslimin?

     

     

    Jawaban Global

    Terdapat penyebab yang beragam berkenaan dengan kemunculan pelbagai aliran dan mazhab dalam Islam. Di antaranya adalah ketidakpedulian sekelompok umat Islam terhadap wasiat-wasiat dan ucapan Rasulullah (s.a.w) berkenaan dengan masalah khilafah dan keimamahan Imam Ali (a.s), masuknya para pemeluk agama lain di kalangan umat Islam, percampuran dan pertukaran budaya dengan mereka, adanya jarak masa yang jauh antara umat Islam dengan ajaran Islam yang sebenar dan pengetahuan terhadap peranan Ahlubait (a.s), adanya pelarangan atas penulisan hadis-hadis Nabi (s.a.w) hingga berlangsung satu abad lamanya, campur tangan-tangan jahil para khalifah Bani Umayyah dalam membuat hadis-hadis palsu untuk memuji sebahagian sahabat yang munafik, adanya campur tangan para khalifah Bani Umayyah dan Bani Abbasiyyah dengan menciptakan perselisihan mazhab di antara kaum muslimin dengan tujuan untuk menangkap ikan di air keruh agar mereka tetap boleh mempertahankan kekuasaan mereka, kebodohan umat dan terpengaruhnya mereka dengan berbagai propaganda busuk.

     

    Sudah tentu, bahawa sebahagian faktor itu sengaja diciptakan untuk tujuan merobah dan menghancurkan ajaran Islam. Khusus mengenai gerakan dan perubahan yang dilakukan oleh sebahagian kaum Yahudi, iaitu dengan membuat hadis-hadis palsu yang dikenal dengan sebutan “Israiliyyat”. sebahagian faktor lainnya yang diciptakan kerana sifat haloba dan tamak terhadap dunia, dan kerana hasad dan dengki hati yang mendalam terhadap Ahlulbait (a.s). Setiap kelompok dengan menggunakan politik berhasil menjauhkan sebahagian besar umat Islam dari para Imam Ahlulbait (a.s) yang merupakan hidayah kepada shirat al-mustaqim (petunjuk jalan lurus) dengan menciptakan berbagai aliran tertentu. Tetapi sebahagian aliran tersebut telah musnah ditelan masa dan sebahagian lainnya muncul kembali pada abad-abad moden sekarang ini. Walaupun mereka bersungguh-sungguh untuk menghancurkan Islam, tetapi berkat bimbingan dan usaha keras para Imam Ahlulbait (a.s) dengan penuh kesabaran, istiqamah dan juga dengan usaha keras para pengikut setia Imam-imam suci Ahlulbait (a.s), ajaran Islam yang asli dan sumber wahyu Ilahi yang agung masih tetap terjaga secara turun temurun dari generasi ke generasi berikutnya hingga hari ini.

    Jawaban Detil

    Selama Nabi Muhammad (s.a.w) muncul di tengah-tengah umat Islam, persatuan dan persaudaraan kaum muslimin -walaupun secara zahiriah- masih tetap terpelihara. Di kala itu mereka menjadikannya sebagai tempat rujukan. Rasulullah (s.a.w)  –sebagaimana pada peristiwa Yaumuddar- telah menyampaikan hadis indzâr (peringatan) dan setelah mengajak sanak keluarganya, beliau memperkenalkan, menjadikan dan menunjuk Imam Ali (a.s) yang berusia tiga belas tahun sebagai washi dan khalifahnya. Setiap kali memperoleh kesempatan yang baik, beliau sentiasa mengajak umat untuk mengikuti dan menerima khilafah Ali (a.s). Akhirnya pada kesempatan haji wada’, iaitu pada tanggal 18 bulan Dzul Hijjah tahun 10 H, di sebuah tempat yang bernama Ghadir Khum dan secara rasmi, Nabi Muhammad (s.a.w) mengangkat dan menunjuk Ali (a.s) sebagai wali dan pemimpin umat Islam dan meminta mereka semua agar membaiat kepadanya. Wilayah dan kemimpinan Imam Ali (a.s) itu merupakan kesempurnaan agama dan nikmat Ilahi.[i]

     

    Sementara jenazah Rasulullah (s.a.w)  belum lagi dikuburkan, di sana terdapat sekelompok umat Islam tengah bising membicarakan ihwal siapa yang akan menggantikan dan menjadi khalifah Rasulullah (s.a.w). Ketika itu umat Islam terpecah menjadi dua kelompok. Satu kelompok umat adalah orang-orang yang menerima dan mentaati wasiat Nabi Muhammad (s.a.w). Mereka menganggap bahawa Ahlubait adalah sebagai khalifah yang rasmi setelah kepergiannya. Mereka ini dikenal sebagai Syi’ah Ali (a.s) yang mengutuk para pengingkar wasiat Nabi Muhammad (s.a.w). Satu kelompok lainnya adalah orang-orang yang hatinya dipenuhi dengan sifat fanatik suku dan perkauman. Mereka berkeyakinan dan mengatakan bahawa “Sesungguhnya bagi kami tidak ada bezanya antara menantu Nabi Muhammad (s.a.w) dengan ayah isterinya. Setelah pemimpin kami berhasil menduduki kerusi khilafah dan kepemimpinan umat, maka umat harus mengikuti dan mentaatinya dan tidak boleh menentangnya sama sekali”. Kelompok kedua ini pun mengatakan: “Kerana Al-Husein (a.s) berani menentang dan melawan khalifah rasmi; Yazid bin Mu’awiyah, maka darahnya ditumpahkan. Memang Yazid keliru dalam ijtihadnya itu, tetapi ia telah bertaubat atas kekeliruannya tersebut”. Dari sinilah umat Islam pecah menjadi dua kelompok; Syi’ah dan Sunni. Setelah terjadinya perang antara pasukan Ali (a.s) dan Mu’awiyah, muncullah kelompok ketiga yang disebut Khawarij.

     

    Dan setelah masa kekuasaan Bani Umayyah, Bani Marwan dan pertempuran antara mereka dengan Bani Abbasiyah, yang akhirnya masa kekuasaan mereka pun berakhir dengan dibukanya kembali pintu dialog, pengajaran dan pendidikan, penerjemahan kitab-kitab Yunani dan Ibrani ke dalam bahasa Arab dan masuknya kaum Yahudi dan Nasrani kedalam pemerintahan para khalifah sehingga mereka dijadikan sebagai ulama dan ahli-ahli hadis dalam Islam, pada masa itu, di tengah-tengah masyarakat Islam tersebar berbagai pandangan. Sementara itu para penguasa yang tamak haloba tetap menekan dan melarang keras para Imam Ahlulbait (a.s) dan ulama Syi’ah dalam menyampaikan dan menyebarkan ajaran Islam yang murni. Mereka bahkan memasukkan para Imam Suci (a.s) ke dalam penjara, sementara para pemalsu hadis dengan bebas dan berleluasa berkeliaran di tengah-tengah umat Islam membuat hadis-hadis palsu.

     

    Dengan itu, umat Islam semakin jauh dari risalah asli Rasulullah (s.a.w). Mereka telah dihadapkan oleh berbagai ajaran dan pemikiran yang beracun oleh para khalifah Bani Umayyah dan ajaran ulama Bani Abbasiyah yang merosak. Hal itu mereka lakukan hanya untuk mempertahankan singgahsana kekuasaan mereka, sehingga berbagai aliran dan mazhab pun mereka ciptakan. Di sisi lain, ada sekelompok ulama yang telah diketahui sebagai murid-murid Imam Maksum (a.s) yang bergerak dalam pelbagai bidang tabligh, pengajaran dan pencerahan terhadap umat, tetapi mereka berani menjual agama demi mendekati pintu-pintu khalifah kuasa angkuh untuk memperolehi kenikmatan duniawi dan mengabaikan kenikmatan ukhrawi. Kerana itulah, selama beberapa kurun waktu mazhab Syi’ah sama sekali tidak dikenal oleh umat Islam, bahkan tidak diakui sebagai salah satu mazhab rasmi dalam Islam.

     

    Munculnya berbagai aliran dan mazhab dalam Islam hingga menjadi 72 kelompok, merupakan buah-buah busuk dari sebuah pohon yang ditanam oleh sekelompok umat ketika mereka berkumpul di Saqifah. Kelompok inilah yang keluar dari pasukan dan kepemimpinan pemuda yang bernama Usamah. Mereka telah menginjak-injak wasiat-wasiat Nabi (s.a.w) sekaitan dengan wilayah dan khilafah Ali (a.s) dan telah melupakan peristiwa pembaiatan mereka kepada Imam Ali (a.s) di Ghadir khum sehingga akhirnya mereka menjauhkan sebahagian besar umat Islam daripada ajaran Islam yang murni.

     

    Sekelompok umat mengatakan bahawa dirinya adalah sebagai pengikut Sunnah Nabi Muhammad (s.a.w). Tetapi pada awal kekhilafahan, mereka telah berani memansukhkan sebahagian hukum-hukum Islam dan melakukan ijtihad yang bertentangan dengan teks-teks Ilahi. Di antara mereka ada yang berani membuat keputusan dan berkata: “Ada dua mut’ah yang di masa hayat Nabi (s.a.w) dihalalkan, tetapi kini aku telah mengharamkannya, iaitu nikah mut’ah dengan wanita dan haji tamattu’”.[ii] Tidak lama setelah itu, ia menghapus kalimat “Hayya ala khairil amal” dari azan shalat untuk tujuan agar kaum muslimin bersedia berangkat memerangi Romawi dan Persia daripada melakukan shalat.

     

    Dia juga memerintahkan umat agar melakukan shalat sunat (tarawih) secara berjemaah dan akhirnya merubah tata cara berwudhu yang biasa dilakukan oleh Rasulullah (s.a.w). Tujuannya agar dapat mengambil keuntungan duniawi dari upaya tersebut. Sekelompok lainnya, sebagai ganti dari sunnah Nabi (s.a.w) mengambil sunnah khulafa sebagai gantinya. Mereka juga memaksa kaum muslimin agar mempraktikan tata cara wudhu Usman. Hal itu mereka lakukan untuk membezakan antara kaum Alawi dan Syi’ah dengan kelompok mereka. Di samping itu, agar kaum Syi’ah, anak keturunan Ali dan Zahra (a.s) musnah.

     

    Masyarakat Syam (Suriah), setelah ditakluki oleh prajurit Islam, tidak lagi melihat Islam selain apa yang dipraktikkan oleh Bani Umayyah. Muawiyah telah mendakwa dirinya sebagai khalifah Rasul (s.a.w). Tujuannya adalah agar nama Nabi (s.a.w) disandingkan dengan nama-nama keturunannya, dan keturunan pasangan Ali dan Zahra (a.s) tidak lagi dikenal di kalangan masyarakat Islam. Kerana itu, sunnah sayyi’ah (ketetapan buruk) yang ia sebarkan adalah keharusan melaknat Ali (a.s) di dalam khutbah-khutbah Juma’at dan pada mimbar-mimbar lainnya secara rasmi hingga pada masa khalifah Umar bin Abdul Aziz akhirnya umat Islam tidak lagi mengindahkan hidayah dan bimbingan para Imam Maksum (a.s).

     

    Hingga akhirnya pada masa terjadinya kekacauan dan perebutan kekuasaan antara Bani Umayah dan Bani Abbasiyah dan adanya pembelaan Bani Abbas -secara lahiriah- terhadap keluarga Ali a.s (Alawi), pada masa itu, Imam Muhammad Baqir (a.s) dan Imam Ja’far Shadiq (a.s) mendapat kesempatan yang terbatas untuk menyampaikan tabligh, menyebarkan pengajaran dan pendidikan kepada sebahagian umat Islam sehingga keduanya dapat menjelaskan hadis-hadis Rasulullah (s.a.w) yang belum ditulis dan menafsirkan batin Al-Qur’an, ilmu-ilmu agama, hukum-hukum dan pelbagai ilmu pengetahuan Ahlulbait (a.s) yang murni kepada mereka.

    Kemudian para ulama Syi’ah dan murid-murid Imam Maksum (a.s) menyampaikan ilmu-ilmu tersebut kepada generasi berikutnya. Tetapi setelah Bani Abbasiyah berhasil menduduki kursi kekuasan, terjadi lagi tekanan terhadap gerakan dakwah para Imam Maksum (a.s) sehingga mereka dimasukkan lagi ke dalam penjara atau diasingkan di tempat yang jauh atau di kamp militer dimana pada saat itu mereka terpaksa melakukan taqiyah.

     

    Dari sisi lain, perkembangan ilmu pengetahuan, ceramah-ceramah dan nasihat-nasihat ramai tersebar di mana-mana. Setiap orang yang menyebut dirinya sebagai seorang ulama Islam, ahli hadis dan mujtahid, maka masyarakat akan ramai berkumpul di sekelilingnya. Ramainya hal ini membuat khulafa' khawatir kerana kedudukannya terancam. Kerana sebab itu, akhirnya mereka membatasi dan mengumumkan mazhab rasmi hanya pada empat mazhab saja, iaitu: Syafi’i, Hanbali, Maliki dan Hanafi. Sementara aliran-aliran lainnya terpaksa harus di hentikan.

     

    Di kalangan khulafa' dan para pejabat mereka, terdapat beberapa kelompok yang mempunyai tujuan yang bermacam-macam. Dengan mengamati kondisi itu kita melihat bahawa:

     

    1.     Sebahagian mereka masih tetap menyimpan rasa dengki yang mendalam terhadap Ali dan Zahra (a.s). Kedengkian mereka itu pun pada masa hayat Rasulullah (s.a.w) pernah mereka tampakkan dalam bentuk yang beragam, sekalipun nampak lemah. Hal ini sebagaimana disinggung di dalam kitab-kitab Sunni dan Syi’ah.

    2.     Sebahagian kelompok lainnya dengan sengaja memilih Islam dengan tujuan untuk memperoleh kedudukan dan kekuasaan. Mereka ini sentiasa mencari-cari dan menunggu-nunggu kesempatan yang tepat. Sehingga pada saat wafat Rasulullah (s.a.w), sementara Ali (a.s) dan keluarganya masih sibuk mengurus jenazah beliau, mereka menggunakan kesempatan ini untuk meraih kursi khilafah.

    3.     Sebahagian lainnya terpaksa masuk Islam ketika terjadi peristiwa ditaklukkannya kota Makkah (fath Makkah), kerana mereka merasa bahawa nyawanya terancam. Kelompok ini senantiasa berpikir untuk merubah dan bahkan memusnahkan dasar-dasar Islam. Bani Umayyah adalah dari anak keturunan kelompok ini.

    4.     Di antara mereka terdapat pula sekelompok kaum munafikin dari bangsa Arab dan Yahudi. Mereka ini juga sentiasa mencari jalan untuk boleh mengubah dan menyelewengkan agama Islam dan menghancurkan kaum muslimin.

    5.     Terdapat juga sekelompok ulama Yahudi yang berhasil mendekati dan memasuki pintu-pintu khalifah Bani Umayyah. Mereka juga dikenal sebagai muballigh, khatib dan muhaddis Islam kemudian turut menyumbangkan dalam usaha merosak ajaran Islam yang murni dari dalam.

    6.     Yang lainnya adalah orang-orang jahil, para penasihat dan pemalsu hadis. Mereka ini saling membantu untuk dapat mencapai tujuan jahat dan mengaut keuntungan material dunia.

    7.     Para ulama dan ilmuan yang tidak setia. Mereka menjadikan Al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi (s.a.w)  sebagai modal untuk mencari kekayaan dan kedudukan, dan mereka mangambil pemisah yang jauh dari para Imam suci Ahlulbait (a.s) yang merupakan guru-guru besar mereka dan pembawa risalah Islam. Mereka sibuk menafsirkan Al-Qur’an, padahal tidak memiliki pengetahuan yang cukup tentang Al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi (s.a.w) serta tidak memiliki ilmu-ilmu asas-asas bahasa Arab yang mendalam. Setiap kelompok mengikuti pandangan seorang ulama tertentu.

    8.     Masyarakat awam yang tidak mempunyai pendirian dan sikap terhadap berbagai peristiwa. Mereka juga jauh dari hidayah para Imam Ahlulbait (a.s) sehingga mempunyai akidah dan keyakinan yang menyimpang, seperti keyakinan terhadap hidupnya Zaid bin Ali (a.s) yang selama beberapa waktu jasadnya dibiarkan, atau meyakini hidupnya Ismail bin Ja’far (a.s) (yang telah dimakamkan oleh ayahnya sendiri) dan meyakini keimamahannya.

    9.     Dan terakhir gerakan besar dunia dan Zionis Israel. Untuk tujuan memusnahkan Islam dan menghancurkan kaum muslimin, mereka menciptakan kelompok-kelompok dan aliran-aliran sesat seperti aliran Bahaiyah, Wahabiyah, Taliban, dan lain-lain.

     

    Dari huraian di atas, dapatlah difahami bahwa faktor-faktor terpecahnya umat Islam dapat dibahagi menjadi dua bahagian, faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman seperti: hasad, dengki dan tekanan terhadap Ahlulbait (a.s)[iii] dari pihak Bani Umayyah dan Abbasiyah. Termasuk juga kebodohan, keawaman masyarakat, tamak dan haloba terhadap kedudukan, kekuasaan dan kedudukan.

     

    Sedang faktor luaran adalah: seperti pelarangan atas penulisan hadis dan sunnah Nabi Muhammad (s.a.w)  selama seratus tahun lamanya, dipisahkannya pengetahuan tentang sastra dan tata bahasa Arab dengan Al-Qur'an, timbulnya perbezaan-perbezaan pendapat dan kesimpulan-kesimpulan yang diperolehi dari ayat-ayat Al-Qur’an, munculnya banyak hadis-hadis palsu yang masuk ke dalam rujukan-rujukan Islam, terpisahnya umat Islam dari para Imam Ahlulbait (a.s) yang mengetahui tentang Al-Qur’an secara mendalam dan terperinci, timbulnya berbagai ijtihad dan pandangan pribadi yang berlawanan dengan sunnah Nabi (s.a.w)  yang dilakukan oleh para khalifah, sokongan dan perlindungan para khalifah terhadap sebahagian mazhab dan firqah Islam, penekanan dan pemenjaraan terhadap para Imam suci Ahlulbait (a.s) dan para ulama serta para pengikut setia mereka dan masuknya ulama Yahudi dan Nasrani ke dalam agama Islam serta kezaliman para kuasa angkuh atas kaum muslimin.

     

    Sudah pasti bahawa seluruh faktor tersebut sangat berpengaruh dan berperan dalam merubah dan menyelewengkan ajaran Islam yang asli dan memecah belah kaum muslimin. Jelas sekali, bahawa di antara jalan, aliran dan pandangan yang bermacam-macam itu, hanya ada satu jalan lurus yang mesti diikuti dan diakui. Tetapi apabila kebenaran itu bercampur dengan penyelewengan, kesalahan dan penyimpangan, maka ia dianggap menjadi kebatilan dan kesesatan.

     

    Untuk mengetahui jalan lurus dan hakikat yang sejati baik menurut Sunni maupun Syi’ah, hanyalah melalui pengenalan yang baik terhadap Al-Qur’an al-Karim yang merupakan mu’jizat Ilahi yang kekal dan tetap terjaga dari berbagai penyimpangan dan perubahan, serta melalui jalan sunnah Nabi Muhammad (s.a.w) dan hadis-hadisnya yang mutawatir menurut Sunni dan Syi’ah. Dan sunnah para Imam suci Ahlulbait (a.s) juga sejalan dengan Al-Qur’an dan Sunnah Nabi Muhammad (s.a.w).[]

     

    Sumber rujukan dan referensi:

     

    1.     Thabathaba’i, Muhammad Husein, Al-Mizân jil. 4, penerbit Islami, Qum, hal. 364 - 365

    2.     Qummi Masyhadi, Muhammad bin Muhammad Ridha, Kanz al-Daqâiq, jil. 4, Muassasah wa Tab’e wa Nasyr Wizarat-e Irsyad, cet. 1, th. 1411 H, Tehran, jil. 3 hal. 417 dan jil. 4 hal. 117.

    3.     Musawi, Syarafuddin, terjemah, Imami, Muhammad Ja’far, Haqju wa Haq Syenos, Bunyad-e Ma’arif Islam, cet. 1, th. 1373 Sy, Qum.

    4.     Jawadi Amuli, Abdullah, Tafsir Tasnim, jil. 1, Isra, cet. 1, th. 1378 Sy, Qum, hal. 98 – 99.

    5.     Jawadi Amuli, Abdullah, Qur’ân dar Qur’ân, Isra, cet. 2, th. 1378 Sy, Qum, hal. 315 – 350.

    6.     Khusrupanah,  Abdulhusein, Kalâm Jadid, Marka-e Muta’alah wa Pazuhesy Farhanggi Hauzah Qum, cet. 1, th. 1379 Sy, Qum, hal. 150 – 239.

    7.     Syahrestani, Sayyid Ali, Wudhu Payâmbar, Uruj Andisyeh, cet. 1, th. 1377 Sy, Masyhad.

    8.     Ashgari, Sayyid Muhammad, Qiyas wa ……, Kayhan, cet. 2, th. 1370 Sy, Tehran.

    9.     Qummi, Syeikh Abbas, Tatimmatul Muntaha, Payam Azadi, cet. 1, th. 1379 Sy, Tehran.

    10.  Tijani, Muhammad, Ahli Sunnah Wâqi’i, jil. 1 dan 2, Bunyad-e Ma’arif Islami, cet. 3, th. 1374 Sy, Qum.

    11.  Naqawi, Sayyid Muhammad Taqi, Syarah wa Tafsir Khutbah Ghadir, Markaz-e Tahkikati Farhanggi Jalil, cet. 1, th. 1374 sy, Tehran.



    [i] . Qs. Al-Maidah: 3 dan 67.

    [ii] . Al-Irsyad, Syeikh mufid, terjemahan Rasuli mahallati jilid 1 hal. 164, pasal: 50. Peristiwa Haji Wada’ dan kedatangan Ali (a.s) dari yaman ke kota Makkah dan kisah Ghadir khum….hal. 158. Raudhatul kafi, terj. Kamari jilid: 1 hal 97, dan khutbah Imam Ali As hal. 94.

    [iii] . Qs. Al-Fath: 15 dan Al-Nisa: 49 – 63.

     


    Renungan:
    Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman: Sesungguhnya orang-orang mu'min adalah bersaudara,
    karena itu damaikanlah kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat. (Al-Hujurat: 10).