AL-MAWADDAH FIL-QURBA

Koleksi perbahasan Ilmiah Tentang Mazhab Ahlul Bayt as

Senarai buku-buku mazhab Ahlul Bayt as untuk anda baca secara percuma dalam format PDF boleh diakses di sini. Artikel ilmiah boleh diakses di sini.

  1. Kedudukan Al-Quran dalam Mazhab Islam Syiah - 19/02/2018 01:52:32 PM [33] Baca seterusnya »
  2. Tuduhan Sunni Terhadadap Syiah,Ternyata Sunni Pembohong Besar - 23/12/2017 08:01:38 PM [62] Baca seterusnya »
  3. Telaah Terhadap 700 Pembuat Hadis Palsu Maudhu’ - 14/10/2017 01:16:40 PM [83] Baca seterusnya »
  4. Benarkah Yazid bin Mu’awiyah Tidak Terlibat Dalam Pembunuhan Husain bin Ali AS? - 07/10/2017 05:29:56 PM [60] Baca seterusnya »
  5. Wasiat Muawiyah Kepada Yazid Agar Membunuh Imam Husayn AS - 07/10/2017 05:15:55 PM [73] Baca seterusnya »
  6. Sejarah Berdarah Kaum Wahabi-Salafy Atas Kuburan Al-Baqi - 07/10/2017 11:57:29 AM [71] Baca seterusnya »
  7. Meluruskan Prasangka Tradisi Asyura (10 Muharram) - 02/10/2017 05:45:39 PM [61] Baca seterusnya »
  8. Hari Asyura: Perintah Menangis Untuk Imam Husayn as - 24/09/2017 03:30:56 PM [71] Baca seterusnya »
  9. Pesanan Haji Ayatollah Khamenei 2017 - 31/08/2017 01:25:52 PM [54] Baca seterusnya »
  10. Ancaman Kepada Mereka Yang Membenci Ahlul Bayt as - 18/07/2017 03:23:20 PM [82] Baca seterusnya »

    Selanjutnya »: 1 2 3 4 [Next] [Last Page]


    Sila baca perbahasan di bawah ini. Ia telah diakses 81 kali. HIDAYAH DALAM AL-QUR'AN

    HIDAYAH DALAM AL-QUR'AN

    Oleh Abu Taqi

    Kandungan:
    Muqadimah
    Bentuk hidayah dalam Al Quran
    Batas tugas hidayah tasyrei
    Hidayah Taqwini dalam Al Quran
    Penerusan maqam Imamah
    Kenapa dipanggil hidayah Takwini?
    Kemaksuman Para Imam AS
    Penerangan Majama Al Bayan
    Maksum (Pendekatan Allamah Thabatabaie)
    Antara Ismah dan Malaka (potensi)
    Kemungkinan Ismah
    Ismah pada maqam isbath(pembuktian) dan maqam subuth(terbukti)
    Mustahil zat dan mustahil perlaksanaan
    Bukti dari Al Quran
    Bukti yang lain dari Al Quran
    Imam dan khalifah
    Ilmu Imam
    Hakikat sisi Tasyrie Imam
    Sisi kepimpinan Imam
    Wilayah Taqwini Rasul dan Imam
    Wilayah dari zat dan wilayah dari aradh
    Hukum sistem perantaraan dan kausaliti
    Malaikat misdaq yang pertama
    Ambia, Jin dan Selain Ambia
    Siapakah itu Imam?


    (I)

    Muqadimah

    Jika diperhatikan dengan teliti ayat-ayat Al Quran kita akan dapati bahawa Allah SWT. Mencipta kejadian untuk wujud yang dinamakan insan.

    "Allah yang menciptakan langit dan bumi dan menurunkan air dari langit, lalu di keluarkan darinya buah-buahan untuk rezeki kamu, dan ditundukkan untuk kamu kapal supaya kamu dapat belayar dilautan dengan perintahNya dan ditundukkan untuk kamu sungai-sungai. Dan ditundukkan untuk kamu matahari dan bulan yang beredar, serta ditundukkan untuk kamu malam dan siang." (Ibrahim 32)

    Segala kurniaan ini bukanlah satu pemberian sia-sia dan darinya manusia dituntut dengan tanggungjawab. Insan adalah wujud yang memiliki dua sisi. Sisi haiwan dan sisi malaikat. Ia boleh menjadi lebih teruk dari haiwan dan ia juga boleh jadi lebih baik dari malaikat.

    Insan diciptakan bukan dalam keadaan sia-sia serta memiliki tujuan sebagaimana yang diterangkan dalam hadis Qudsi yang masyhur "Wahai putera Adam, Aku mencipta setiap sesuatu kerana mu dan Aku mencipta mu kerana Ku". Dari sini kita dapat memahamai bahawa ciptaan insan memiliki tujuan dan hadaf.

    Al Quran juga ada menjelaskan hal ini.

    "Tidak Aku ciptakan jin dan insan kecuali untuk beribadah." (Az Za’riat. 57)

    Di sini jelas bahawa tujuan dari ciptaan insan adalah untuk beribadah, cuma persoalannya sekarang ini, apakah ia merupakan tujuan akhir atau ia merupakan perantaraan kepada tujuan akhir yang lain?

    Pada peringkat selajutnya setelah seseorang itu menjadi seorang yang abid, Allah SWT. Memerintahkannya untuk mencapai maqam yakin.

    "Ibadahlah kepada tuhan mu hingga datang kepada mu yakin." ( Al An’am. 75)

    Di sini jelas tujuan akhir insan adalah untuk sampai ke maqam yakin. Rentetan dari apa yang di atas akan timbul beberapa persoalan yang lain.

    Apakah insan dapat menentukan apakah kesempurnaannya. Kedua apakah jalan yang paling hampir untuk mendapatkan kesempurnaan tersebut. Katakan, insan adakalanya hanya dapat menentukan sebahagian dari kesempurnaannya tidak bagi hal yang lain. Di sini peranannya syariat dan menerangkan apakah misdaq dari kesempurnaan, yang mana ia bukan harta, bukan pangkat dan bukan pada dunia tetapi ia adalah yakin kepada Allah SWT. Dan kembali kepadaNya serta insan boleh taqarub (dekat) kepadanya.

    Selanjutnya syariah juga akan menunjukkan jalan yang paling hampir untuk untuk taqarub Ilahi. Ini adalah apa yang difirmankan ;

    "Tunjukkan kami jalan yang lurus."

    Dengan ini, sepanjang wujudnya insan dari awalnya hingga ahkirnya kemanusiaan, memerlukan bantuan Ilahi ini. Di sini terletak perannya para nabi dan risalah dalam menuntun umat ke arah kesempurnaan. Dan dengan segala LutfNya ia meletakkan atas diriNya rahmat.

    "Ia telah menetapkan atas diriNya Rahmat." (Al An’am 12)

    "RahmatKu mencakupi atas segala sesuatu." (Al Ah’raf 157)

    Maka segala penentuaan atas segala perkara atas alam ini, yang perlu dilakukan dan yang tidak boleh terletak atas Allh SWT.

    Bentuk hidayah dalam Al Quran

    Jika perhatikan dalam Al Quran, hidayah yang pertama yang di kurniakan kepada manusia adalah hidayah fitrah yang tidak berubah dan tidak akan berganti. Ia merupakan sunnah dari sunnah Ilahi.

    "Maka luruskanlah wajahmu ke arah agama yang lurus, agama yang Allah jadikannya untuk manusia yang sesuai dengannya, tiada pertukaran pada ciptaan Allah, itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya." (Ar Rom. 30)

    "Kamu tidak bakal mendapatkan pada sunnah Allah perubahan." (Al Ahzab 62)

    "Kamu tidak bakal mendapatkan pada sunnah Allah pemindahan." (Al Fathir 43)

    Masalah utama hidayah ini adalah ia tidak menerangkan apa kesempurnaan yang dituntut oleh manusia dan tidak menerangkan jalan untuk mencapainya. Ia hanya memberikan insan sifat suka kepada kesempurnaan dan berusaha untuk mendapatkannya.

    Di sini datangnya keperluan Insan kepada syariah samawi. Ia menerangkan kepada manusia apa yang manusia perlu lakukan dan apa yang tidak perlu. Hidayah ini di panggil dengan hidayah tasyrie. Ia adalah tugas para Nabi dan Rasul yang diutus sebagai pemberi khabar gembira dan ancaman. Khusus ancaman kerana manusia akan lebih berusaha apabila ada ancaman.

    "Tiada kau kecuali pemberi peringatan." (Al Fathir 23)

    Ini adalah hidayah yang kedua selepas hidayah fitrah yang dikemban tugasnya oleh para Nabi.

    Hidayah yang ketiga yang diisyarahkan oleh Al Quran, dipanggil sebagai hidayah taqwini. Para ulamak seringkali menyebutkan bahawa hidayah itu ada dua, iaitu menunjukkan jalan dan menyampaikan ke arah tujuan.

    Sebagai contoh, jika anda bertanya kepada seseorang tentang satu tempat, ada orang akan menunjukkan jalan tempat tersebut dan ada pula yang menghantar anda terus ketempat tersebut. Yang pertama itu hidayah tasyrei dan kedua hidayah taqwini.

    Tugas pengemban hidayah ini berbeza dengan hidayah tasyrei yang dipikul oleh para Nabi. Pengemban hidayah ini adalah maqam Imam. Adakalanya seorang Nabi juga adalah seorang Imam seperti Nabi Ibrahim as. (Al Baqarah 124) dan ada juga Nabi yang bukan Imam dan Imam yang bukan Nabi. Di sini timbulnya perbahasan Imamah.

    Yang jelasnya selagi insan itu wujud di atas muka bumi ini, ia akan terus memerlukan hidayah-hidayah ini.

    Batas tugas hidayah tasyrei

    Jika kita melihat di dalam Al Quran, kita akan dapati terdapat batas dalam tugas hidayah tasyrei. Ia hanya menyampaikan sahaja bukan mengiring ke arah tujuan.

    "Rasul-Rasul memberi khabar gembira dan takut supaya tiada alasan bagi manusia terhadap sesudah (diutus) para Rasul" (An Nissa 165)

    "Sesungguhnya kau adalah pembawa khabar takut" (Ar Ra’adh 7)

    "Boleh jadi kau membinasakan dirimu sendiri kerana mereka tidak mahu beriman" (As syua’ra 3)

    Ayat ini menunjukkan bahawa tugas rasul adalah menyampaikan sahaja tidak perlu Rasul bersusah payah hingga mereka beriman. Tugas Rasul hanyalah menyampaikan sahaja, jika mereka mahu menerima maka mereka beriman, jika tidak mereka ingkar.

    Hidayah ini adalah hidayah yang umum berbanding hidayah taqwini, kerana ia merangkumi semua insan dan jin dan boleh terjadi pembangkangan dan penolakan. Ia khusus apabila dibandingkan dengan hidayah fitrah kerana hidayah ini merangkumi seluruh makhluk.

    Hidayah Taqwini dalam Al Quran

    Hidayah ini adalah hidayah yang khusus, kembali kepada hidayah yang dibawakan oleh para Imam yang bakal kita bahaskan.

    Al Quran secara jelas menunjukkan bahawa tugas Imam adalah untuk memberi hidayah.

    "Kami lantik mereka (rasul) menjadi Imam untuk memberi hidayah dengan urusan kami ketika mereka bersabar dan yakin dengan tanda-tanda kami."(As Sajadah 24)

    Para rasul yang dilantik menjadi Imam mendapat misi baru, lain dengan misi ketika mereka pada maqam Rasul, iaitu menyampaikan risalah. Di sini mereka diperintahkan untuk memberi hidayah.

    Antara Rasul yang dilantik menjadi Imam adalah nabi Ibrahim as.

    "Sesungguhnya Aku melantikmu untuk menjadi Imam kepada manusia." (Al Baqarah 124)

    Dari ayat 24 dari surah Sajadah syarat pertama untuk menjadi Imam adalah sabar. Dalam surah Al Baqarah ayat 124, Nabi Ibrahim pertamanya di uji oleh Allah SWT dan apabila ia sukses dari ujian ini maka ia dilantik menjadi Imam. Ar Rasul SAWA. Adalah Rasul yang termulia dan ujian untuknya lebih hebat dari Rasul-Rasul yang lain tetapi balasan dari segala kekejaman yang ia dapatkan ia berdoa supaya Allah mengampuni kaumnya kerana mereka tidak mengetahui. Dan di sini Ar Rasul juga merupakan seorang Imam.

    Syarat kedua adalah yakin dengan tanda-tanda Allah sebagaimana dalam surah sajadah ayat24. Di sini menunjukkan bahawa dengan hanya sabar atas ujian tidak cukup untuk menjadikan seseorang itu menjadi Imam. Ia perlu juga memiliki ilmu yakin. Dalam surah Al An’am ayat 75, Nabi Ibrahim as. Ditunjukkan malakutnya langit dan bumi untuk menjadi hamba Allah yang yakin.

    "Bagitulah bagaimana kami menunjukan Ibrahim malakut langit dan bumi supaya menjadi dikalangan yang yakin"

    Imam ini juga perlu memiliki tahap keyakinan tertinggi dari tahap-tahap yakin.

    "Jika kalian memiliki ilmu yakin pasti kalian akan melihat jahanam lalu melihatnya dengan ainul yakin." (At Takhasur 5-7)

    "Sesungguhnya inilah ia haqul yakin." (Al Waqi a’ 95)

    Oleh itu Imam adalah orang yang bukan saja yang mengetahui akan hakikat sesuatu tetapi ia juga mengetahui kesan dari sesuatu. Ini juga adalah satu peringkat dari peringkat maksum.

    Dari surah As Sajadah boleh difahami bahawa hidayah yang dibawa oleh Imam adalah hidayah dengan urusan Allah ‘Al Amr’. Al Amr ini adalah sebagaimana yang termaktub dalam surah Yasin ayat 83 dan dan Al Qamar ayat 50.

    "Hanya urusanNya jika ia menginginkan sesuatu Ia mengatakan jadi maka akan terjadi"

    "Tiada urusan kami kecuali sekali, sesekelip mata"

    Penerusan maqam Imamah

    Telah disebut di atas bahawa selagi insan wujud di atas muka bumi ini selagi itu insan memerlukan hidayah. Hidayah syarei berterusan dengan kekalnya syariat Ar Rasul. Perbahasannya kini apakah hidayah taqwini yang dipikul oleh maqam Imam berterusan atau tidak.

    Dalam surah Baqarah ayat 124, ketika Allah SWT. Mengangkat Nabi Ibrahim menjadi Imam, Nabi Ibrahim memohon supaya zuriahnya juga diangkat menjadi Imam sebagaimananya. Allah SWT. Mengkabulkan permintaannya dengan syarat maqam Imamah itu tidak akan diberikan kepada zuriah Ibrahim yang berlaku zalim.

    Maqam Imamah yang dikurniakan kepada zuriah Ibrahim as. adalah sebagaimana Nabi Ibrahim as. Jika dia diuji dan sabar atas ujian tersebut, maka zuriahnya juga akan diuji untuk sampai ke maqam Imamah. Dan Nabi Ibrahim memiliki ilmu yakin sebagai syarat untuk mendapatkan maqam Imam, maka zuriahnya juga yang menjadi Imam akan mendapatkan maqam tersebut. Tugas Nabi Ibrahim as. sebagai Imam adalah untuk memberi hidayah maka zuriahnya yang menjadi Imam juga tugasnya memberi hidayah takwini. Dengan ini maqam Imamah berterusan melalui zuriah Ibrahim as.

    Persoalannya sekarang ini, apakah selepas Ar Rasul, maqam ini berterusan atau tidak? Dari ayat 7 dari surah Ar Ra’adh, boleh difahami bahawa maqam Imam ini berterusan selepas Ar Rasul.

    "Sesungguhnya kau pemberi peringatan dan pada setiap kaum ada yang memberi hidayah."

    Telah dikatakan bahawa tugas pemberi hidayah adalah tugas Imam dan selagi insan masih wujud selagi itu mereka memerlukan hidayah. Hidayah tasyrie berterus dengan berterusannya risalah, tetapi hidayah taqwini memerlukan Imam untuk mengembannya. Oleh itu selepas Ar Rasul maqam ini berterusan. Sudah tentu pengakatan seseorang menjadi Imam adalah urusan Allah bukan urusan manusia, kerana Imam memberi hidayah atas urusan Allah.

    Kenapa dipanggil hidayah Takwini?

    Sebagaimana yang disebut di atas tugas Rasul adalah manyampaikan wahyu atau dengan kata lain menunjukkan jalan. Insan boleh menerima dan beriman kepadanya atau menolak dan ingkar. Manakala tugas Imam pula adalah mengiring dan meyampaikan insan kearah tujuan. Dengan ini mereka yang mengikuti hidayah ini tidak akan sama sekali tersesat atau tidak akan bakal ada peyimpangan. Sebab itulah ia dipanggil takwini kerana tidak wujud peyimpangan bagi mereka yang sudah mengikuti hidayah ini sebagaimana hukum takwini yang tidak ada peyimpangan di dalamnya.

    Dengan ini dapat difahamkan bahawa insan dalam untuk mencapai maqam yakin ia perlu untuk mengikuti para Imam, jika tidak ia akan tersesat dan tidak akan mencapai tujuan penciptaannya.


    (II)

    Kemaksuman Para Imam AS

    Imam Itu Maksum

    Ketika Tuhannya menguji Ibrahim dengan beberapa kalimat maka ia telah menyelesaikannya . Allah berfirman sesungguhnya Aku menjadikan kau Imam untuk manusia. Ibrahim berkata: juga dari keturunanku. Allah berfirman "janjiKu tidak termasuk mereka yang zalim."(Al-Baqarah: 124)

    Sebagaimana yang telah dibahaskan bahawa tugas hidayah taqwini ini dipikul oleh Imam. Dari ayat di atas juga dapat difahami bahawa Imam itu maksum. Sudah tentu yang dimaksudkan dengan Imam disini bukan senonim dengan erti nabi. Ini kerana Ibrahim Al Khalil ketika diangkat menjadi Imam ia adalah Nabi dan Rasul. Ia juga bukan bererti kepimpinan kerana kepimpinan adalah hal yang tidak dapat dipisahkan dengan kenabian dan kerasulan. Setiap nabi dan rasul yang diutus pasti akan menjadi pemimpin untuk kaumnya.

    Yang dimaksudkan dengan Imam disini adalah sebagaimana yang telah dibahaskan sebelum ini iaitu ‘ mengantar pada tujuan’. Disini juga tidak boleh dinafikan bahawa kepimpinan adalah hal yang tidak
    dapat dipisahkan dari Imam.

    Setelah Ibrahim a.s diangkat menjadi Imam, Nabi Ibrahim a.s. juga meminta keseluruhan zuriatnya menjadi Imam sebagaimana dirinya. Permintaannya tidak diterima keseluruhannya oleh Allah. Hanya sebahagian akan diangkat menjadi Imam. Yang zalim dikecualikan.

    Jelas disini hanya zuriat Nabi Ibrahim a.s. yang tidak zalim sahaja akan diangkat menjadi Imam. Ini membuktikan bahawa Imam itu secara mutlak maksum, untuk menjelaskan hal ini perlu diteliti penerangan yang digunakan oleh Sheikh Thabrasi dalam Tafsir Al Bayan dan Allama’ Thabatabaie.

    1. Penerangan Majama Al Bayan

      Apabila Allah berfirman ‘ janji tidak meliputi yang zalim’ perlu difahami
      siapa itu yang zalim. Ayat Al-Quran mengatakan bahawa contoh yang paling nyata itu adalah musyrik.

      "Sesungguhnya syirik itu kezaliman yang amat besar." (Luqman :13)

      Dari ayat ini jelas yang zalim itu bukan yang musyrik tetapi syirik itu adalah salah satu yang zalim. Ini bererti selain dari syirik ada juga zalim yang lain cuma bukan zalim yang amat besar. Ayat di atas bukan bermaksud syirik itu sama erti dengan zalim tetapi salah satu misdaq (eksensi) dari zalim. Tetapi sekarang bagaimana untuk membuktikan bahawa maksiat itu juga zalim atau dengan kata lain maksiat selain dari syirik kepada Allah itu juga adalah dari eksensi zalim. Al-Quran menerangkan bahawa punca setiap maksiat adalah syirik dan setiap ketaatan berpunca dari tauhid. Jika tauhid benar maka tiada syirik padanya dan juga tiada zalim dan bererti juga tiada maksiat.

      Persoalannya sekarang ini bagaimana untuk membuktikan bahawa setiap maksiat itu sebenarnya adalah syirik. Setiap kali Allah memerintahkan insan sesuatu perkara, insan ini akan mentaatiNya atau mengingkariNya.

      Jika ia mengingkariNya bererti ia mengikut hawa nafsunya. Setiap kali insan ini mengikuti nafsunya bererti ia mengambil nafsunya sebagai tuhannya. Ini bererti ia memiliki tuhan lain iaitu hawa nafsunya. Ini bererti ia telah syirik kepada Allah. Jika tidak syirik bererti ia telah mentaati perintah Allah.

      Dari sini dapat difahami bahawa setiap maksiat berpunca dari syirik dan setiap syirik itu adalah dari eksensi kezaliman. Oleh itu sesiapa yang bermaksiat kepada Allah sebelum atau selepas baligh, bertambah atau tidak, tidak akan mencapai maqam Imam sebagaimana janji Allah:

      "..tidak akan termasuk dalam janjiKu orang yang zalim."


      Oleh itu terbukti bahawa Imam adalah yang maksum dari segala maksiat.

    2. Maksum (Pendekatan Allamah Thabatabaie)

    Allamah Thabatabaie dalam Tafsir Mizan mengatakan insan dari satu segi jika dibahagikan dengan pembahagian akal, ia boleh dibahagikan kepada 4 kumpulan.

    Kembali kepada doa Ibrahim a.s. Akal tidak dapat menerima Ibrahim a.s. seorang nabi dari ulil azmi akan meminta golongan pertama dan ketiga untuk menjadi Imam. Kerana kalau kita lihat dalam surah At-Taubah ayat 14 bagaimana beliau berlepas tangan dari musuh-musuh Allah.

    Kini hanya tinggal 2 bahagian iaitu bahagian 2 dan 4, iaitu yang awal umurnya zalim dan akhirnya mukmin yang mukmin sepanjang hidupnya. Golongan yang kedua juga terkeluar dari doa Nabi Ibrahim a.s. kerana ia juga zalim dan tidak sesuai dengan Imamah. Oleh itu maqam Imam ini hanya untuk yang mukmin sepanjang hayatnya.

    Apa Itu Maksum?

    Yang dimaksudkan dengan maksum disini adalah peringkat dari peringkat-peringkat ilmu, makrifah dan yakin. Dan dengannya insan akan menjaga perbuatannya dari bermaksiat kepada Allah s.w.t. Dengan ini yang menghalang dari melakukan dosa adalah ilmu. Al-Quran dalam menerangkan ciri-ciri Imam menyebut 2 ciri. Ciri pertama iaitu penghalang seseorang untuk mencapai maqam Imam ialah zalim. Ciri kedua adalah ciri positif "ketika mereka bersabar dan mereka yakin dengan tanda-tanda Kami". Yakin ini yang memberi insan potensi untuk bersabar dan kekuatan untuk menghadapi kesusahan.

    Perbahasan Tentang Ilmu

    Allah s.w.t. dalam surah An-Nahl ayat 78 berfirman:

    "Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibumu, sedang kamu tiada mengetahui suatu apapun, dan Dia adakan bagimu pendengaran, penglihatan dan hati, mudah-mudahan kamu berterima kasih kepadaNya."

    Ilmu ini adalah ilmu yang dipanggil sebagai ilmu husuli iaitu ilmu yang menghikayatkan kenyataan luaran. Setiap insan berupaya memiliki ilmu ini tidak kira ia fasik, munafik, mukmin atau adil. Ilmu ini adalah ilmu yang Allah samarataka di kalangan manusia. Tinggal mereka berusaha untuk mendapatkannya. Sebagai contoh ilmu feqah, falsafah, matematik, kedoktoran dan sebagainya adalah ilmu yang boleh dipelajari oleh insan tanpa ada syarat ketaqwaan.

    Di dalam Al-Quran ada mengisyarahkan satu lagi bentuk ilmu yang tidak akan di capai oleh insan kecuali dengan ketaqwaan. Insan yang tidak bertaqwa tidak akan diberikan ilmu dan makrifah ini.

    Sebagaimana firman Allah Taala :

    "Bertaqwalah kalian kepada Allah, Allah akan mengajar kamu." (Al-Baqarah:282)

    Ini menunjukan bahawa ilmu dan makrifah ini bergantung kepada syarat ketaqwaan. Di ayat yang lain Allah berfirman:

    "Jika kamu bertaqwa kepada Allah , Ia akan memberi kamu Furqan ( yang dapat membezakan haq dan batil, benar dan salah."(Al-Anfal:29)

    Ini termasuk dari rezeki-rezeki yang tidak tersangkakan sebagaimana firman Allah:

    "Barangsiapa yang takut kepada Allah, maka Allah akan mengadakan baginya tempat keluar (dari kesulitan)." (Ath-Thalaaq: 2)

    Jika yang dimaksudkan disini dari rezeki, bukan hal-hal bersifat material kerana orang kafir dan fasik juga mendapatkan rezeki tersebut melimpah-limpah.

    Ilmu Yakin

    Ilmu yang disyaratkan ketaqwaan untuk mendapatkan ia adalah ilmu yakin
    Yakin ini adalah sebagaimana yang disebutkan dalam hadis Rasulullah yang mashyur yang memiliki kelebihan yang luar biasa.

    "Iman diatas Islam dengan satu peringkat dan taqwa diatas iman dengan satu peringkat dan yakin di atas taqwa dengan satu peringkat dan tidak dibahagikan dikalangan insan yang lebih sedikit dari yakin."

    Ilmu yakin yang dibicarakan ini yang merupakan ciri-ciri luaran tidak akan dicapai oleh insan kecuali ia dapat melihat malakut langit dan bumi.

    "Begitulah Kami memperlihatkan Ibrahim malakut langit dan bumi supaya menjadi dikalangan yang yakin." (Al-An’aam: 75)

    Dan diantara ayat diatas dengan firman Allah:

    "Kami jadikan mereka iman untuk memberi hidayah dengan urusan Kami ketika mereka bersabar dan yakin dengan tanda-tanda kami."(As-Sajadah: 24)

    Jelas menunjukkan dengan ilmu husuli tidak cukup menjadikan seorang itu imam dan tidak cukup dengan ilmu yang berpunca dari taqwa tetapi ia mesti sampai ke maqam yakin dalam ilmu. Dalam untuk mendapat yakin ini dengan terlebih dahulu dapat melihat malakutnya langit dan bumi.

    Jelas Imam dengan memiliki ilmu yakin dan sabar serta dapat melihat malakut langit dan bumi bererti ia memiliki maqam kemaksuman. Dan tiada jalan untuk melakukan maksiat.

    (III)

    Antara Ismah dan Malaka (potensi)

    Sebelum mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang ismah, seseorang itu, terlebih dahulu perlu membezakan mafhum ismah dengan mafhum malaka (potensi). Malaka yang merupakan punca perbuatan dan kesan-kesan luaran. Jika seseorang yang kehadapan dalam suasana yang membahaya, ia akan dikatakan memiliki malaka keberanian. Dan jika seseorang mengeluarkan hartanya untuk diinfakan kepada yang memerlukan, ia akan dikatakan memiliki malaka dermawan.

    Malaka yang dimiliki oleh setiap insan bergantung kepada ilmu yang dimilikinya serta himpunan dari kepercayaannya.. Di sini boleh difahami dengan mudah dan secara logik bahawa setiap perbuatan manusia berpunca dengan ilmu. Ilmu adalah punca terbentuknya ilmu dan akidah. Dan akidah ini merupakan punca dari kumpulan akhlak dan malaka. Ini semua adalah punca kepada perbuatan luaran.

    Dari penelitian yang dibuat, setiap perbuatan berpunca dari himpunan kepecayaan dan ilmu di sisi manusia.. Di sini perlu juga diketahui kepercayaan dan ilmu ini adakalanya benar dan adakalanya salah. Ini hal yang pertama.

    Kedua, ilmu da kepercayaan tersebut yang merupakan penyumbang terbesar malaka dan perbuatan luaran merupakan ilmu khusuli(ilmu yang perlu dipelajari). Ia kadang kala memberi kesan dan adakalanya tidak. Dari hal yang di atas boleh diringkaskan bahawa malaka yang yang dimiliki oleh kebanyakan manusia adalah :

    1. Malaka adakalanya berpunca dari akidah yang benar adakalanya tidak.

    2. Selagi ilmu dan kepercayaan ini masih bersifat khusuli, selagi itu ia adakalanya memberi kesan luaran dan adakalanya tidak.

    Di sini boleh difahami bahawa malaka ini kadangkalanya terpisah sisi ilmu dari sisi amali dana sisi amali dari sisi ilmu. Maka akan kelihatan ada yang berilmu yang tidak beramal dan yang beramal yang tidak berilmu.

    Oleh itu jika kembali kepada Al Quran tentang makna ismah, ia akan menerangkan bahawa ismah itu adalah ilmu yang tidak terpisah dari perbuatan. Ini bererti ismah itu bukan dari sisi perbuatan.

    Masalah keterpaksaan

    Apabila dikatakan bahawa ismah adalah ilmu yang tidak terpisah dari amal, maka akan wujud pertanyaan, apakah ini merupakan keterpaksaan?

    Di sini perlu dijelaskan perbezaan antara mungkin zat dan mungkin perlaksanaan. Ada hal yang dikatakan sebagai mungkin zat tetai tidak bakal berlaku. Sebagai contoh kepercayaan bahawa Allah berkuasa untuk melakuakan kezaliman kerana QudrahNya yang amat luas, cuma ini tidak bakal berlaku pada perlaksanaan kerana kezaliman adalah hal yang terlarang dariNya. Ini tidak menafikan QudrahNya untuk melakukan kezaliman.

    Pelarangan perlaksanana (dari sisi kejadian) tidak menolak mungkin zat. Ia mungkin berlaku tetapi tidak bakal berlaku. Semua orang berkemampuan untuk minum racun atau berjalan tanpa berpakaian tetapi semua orang tidak melakukannya. Ini adalah hal yang bersangkutan dengan mungkin zat tetapi dari segi kejadian adalah terlarang.

    Apabila dikatakan ilmu yang tidak terpisah dari perbuatan maksudnya bukan suatu yang mustahil dan terlarang dari zat, tetapi ia adalah mungkin zat dan pada sisi perlaksanan ia tidak bakal terjadi. Ini kembali kepada iktiar perlaku.

    Di sini ilmu sudah sampai pada darjah kekuatan hingga tidak akan bertentangan perbuatan dari ilmu seperti kelaparan dan keperluan makan untuk semua manusia apabila mereka lapar.

    Apa yang di atas boleh diringkaskan dengan setiap kali dibahaskan tentang ismah ia tertumpu pada dua hal, iaitu,

    1. Ismah adalah hal ilmu bukan sisi perbuatan.

    2. Kekuatan ilmu ini hingga menyebabkan ia tidak terpisah dari perbuatan.

    Dalil dari kisah Nabi Yusuf a.s.

    Al Quran jelas mengisyarahkan akan hal di atas dalam surah Yusuf.

    "Berkata Yusuf, Ya Tuhanku, penjara lebih aku sukai dari apa yang mereka serukan kepada ku, Jika Kau tidak menghindarkan dariku tipu daya mereka, niscaya cenderunglah hatiku kepada mereka dan aku termasuk dari golongan yangf jahil." (Yusuf-33)

    Yang meyebabkan kecenderungan ke arah maksiat dan dosa yang didoakan oleh nabi Yusuf a.s. kepada tuhunnya supaya ia dihindari darinya adalah jahil bukan zalim. Dari ini boleh difahami bahawa maksiat berpunca bukan dari sisi perbuatan tetapi dari sisi ilmu, iaitu tiada ilmu (jahil) atau ilmu yang amat lemah hingga tidak dapat menghindari insan dari melakukan maksiat.

    Dalam doa kepada tuhannya, nabi Yusuf a.s. lebih mengutamakan ilmu dan makrifah dari malaka dan amal. Oleh itu jelas bahawa ismah itu adalah ilmu yang tidak terpisah dari perbuatan.

    Contoh yang lain dari Al Quran adalah,

    "Jika tidak kelebihan Allah dan RahmatNya ke atasmu, maka bercita-cita satu golongan diatara mereka yang ingin meyesatkanmu, padahal tidak mereka sesatkan kecuali diri mereka sendiri dan mereka tidak akan membahayakanmu sedikit pun. Allah telah menurunkan ke atasmu kitab dan hikmah dan mengajarkanmu hal-hal yang kau tidak akan dapat pelajari dan kurnia Allah ke atasmu amat besar." (An Nissa-113)

    Ayat ini jelas menunjukan bahawa rahmat dan kelebihan Allah yang diberikan ke atas Rasul yang berbentuk kitab dan hikmah yang meyelamatkan Rasul dari diganggu oleh kaum musyrik.

    Kemungkinan Ismah

    Persoalannya sekarang ini apakah selain Rasul dan Imam boleh atau tidak mencapai maqam ismah? Jika diteliti akan dapat difahami bahawa ismah itu bukan khusus untuk Rasul dan Imam tetapi ia merupakan syarat kerasulan dan Imam.

    Ismah adalah hal yang berbeza dari maqam kerasulan dan imamah. Setiap Rasul dan Imam itu wajib maksum tetapi bukan setiap maksum itu Rasul dan Imam. Setiap manusia yang mengikuti hidayah Rasul dan Imam boleh sampai ke maqam mahsum tetapi bukan bererti ia menjadi Nabi atau Imam.

    Ismah pada maqam isbath(pembuktian) dan maqam subuth(terbukti)

    Perbahasan tentang ismah boleh dilihat dari dua sisi. Pertama maqam isbath, kedua maqam subuth.

    Maqam isbath adalah perbahasan ilmu kalam yang boleh dilihat dalam kitab-kitab ilmu kalam sunni mahupun syiah. Mereka memahami maqam mahsum dari sisi isbath. Pendalilannya adalah ketika manusia memerlukan kepada Imam untuk urusan tabilgh dan ia menjadi contoh, maka itu ia mesti maksum supaya boleh aman mentaatinya.

    Pada maqam isbath, kemaksuman Imam dibuktikan apabila dikatakan bahawa Imam itu mesti maksum untuk menyampaikan urusan agama dan aman untuk mengikutinya.

    Pada maqam subuth, kemaksuman Imam terbukti tanpa perlu melihat apakah manusia perlu kepadanya atau tidak. Ia hanya membahas siapa itu Imam.

    Mustahil zat dan mustahil perlaksanaan

    Contoh untuk mustahil zat adalah seperti empat itu angka genap dan lima adalah ganjil. Adalah mustahil untuk memisahkan genap dari empat dan ganjil dari lima. Mustahil ini adalah mustahil zat.

    Ada pun mustahil perlaksanaan adalah suatu yang mungkin terjadi pada akal tetapi mustahil perlaksanaannya diluar. Sebagai contoh, Allah berfirman

    "Sesungguhnya Allah berkuasa atas setiap sesuatu." (Al Baqarah-20)

    Ini bererti kekuasaan Allah itu mutlak dan umum Dan Allah berkuasa untuk memasukan seluruh nabi ke jahanam dan firaun dan seumpanya ke dalam syurga. Tetapi ini dari segi perlakasaannya mustahil, baik dahulu, sekarang mahupun akan datang.

    Ini kerana Allah berfirman ;

    "Sesungguhnya Tuhanmu tidak akan melakukan kezaliman atas hambaNya"

    Kezaliman itu mungkin saja datang dari Allah tetapi ia tidak akan bakal berlaku atau mustahil berlaku. Mustahil ini adalah mustahil perlaksanaan bukan mustahil zat.

    Apabila dikatakan ilmu di sisi maksum adalah ilmu yang tidak terpisah dari perbuatan bukan bererti perbuatan tidak terpisah dari ilmu secara zat tetapi yang dimaksudakan tidak terpisah secara perlaksanaan.

    Dari ini tertolak pandagan mereka yang mengatakan bahawa jka ilmu Imam tidak terpisah dari perbuatan merupakan satu keterpaksaan. Ini kerana jika jika benar ia tidak terpisah secara zat maka benar dakwaan mereka. Tetapi jka tidak terpisah ini adalah secara perlaksanaan bererti maksum itu itu memiliki iktiar dalam perbuatannya.

    Bukti dari Al Quran

     "Jika kau mempersekutukan Allah, maka akan binasalah amalanmu" (Az Zumr-65)

    Ayat ini dengan jelas menunjukan bahawa maksum itu tidak mustahil secara zat untuk melakukan syirik tetapi mustahil pada perlaksanaan. Jika ia tidak berupaya melakukan syirik secara zat bererti ini adalah keterpaksaan dalam ismah. Dan ayat di atas tidak memberi erti. Ayat itu mengambarkan bahawa maksum itu memiliki sifat iktiar.

    Allah Tabatabie rd.. dalam tafsir al Mizan menulis

    sesungguhnya ilmu ini (malaka ismah) tidak mengubah tabiah insan yang iktiar dalam perbuatannya dan menghantarnya kepada keterpaksaan dan kehancuran. Bagaimana ilmu itu boleh menjadi asas iktiar? Jika seseorang yang mengingini keselamatan, jika ia mengetahui dalam satu gelas terdapat air yang berracun yang boleh mengakibatkan kematian, ia akan menolak untuk meminum air tersebut dengan iktiarnya. Ia akan dianggap terpaksa jika ada yang memaksanya untuk meminum air tersebut atau melarangnya.

    Bukti yang lain dari Al Quran

     "kami pilih mereka dan kami tunjukan jalan yang lurus, demikian itulah petunjuk Allah, Dia tunjuki dengan petunjuk itu sesiapa yang Ia kehendaki dari hamba-hambaNya dan jika mereka meyekutukan Allah niscaya akan terhapuslah dari mereka segala apa yang telah mereka lakukan." Al An’am

    Ayat ini menerangkan bahawa mereka berkemungkinana untuk syirik tetapi hidayah Allah menghalang mereka untuk melakukannya.

    Dalam Ayat yang lain:

    "Wahai Nabi, sampaikan apa yang diturunkan ke atas mu dari tuhanmu, jika kau tidak melakukannya maka se akan kau tidak pernah menyampaikan risalahNya"

    Dari apa yang diterangkan di atas boleh diringkaskan kepada natijah-natijah di bawah.

    1. Tersembunyi hakikat maksum pada ilmu (ilmu yakin)

    2. Hakikat ismah adalah ilmu yang tidak terpisah dari perbuatan yng terhasil atas ilmu tersebut pada maqam perlaksanaan.

    3. Punca tidak terpisah ilmu dari perbuatan adalah iktiar perlakunya.

    4. Sesungguhnya ismah dengan penjelasan di atas tidak mungkin diterjemahkan kecuali atas pandangan bahawa hakikat taqwiniah jauh sebelum dibahasnya Imamah dari sisi syariah mahupun kepimpinan masyarakatan.

     Hal yang penting

    Pemikiran asas perbahasan ini boleh diringkaskan kepada hal-hal yang di bawah.

    1. Seseong itu tidak akan sampai ke maqam Imamah kecuali ia telah terlebih dahulu sampai pada sisi ilmu ke maqam ilmu yakin dan pada perbuatan ke maqam sabar. Yang mana Ibrahim a.s. tidak sampai ke maqam ini kecuali apa saat ahkir umurnya dan ia juga meminta zuriahnya juga sampai ke maqam tersebut.

    2. Yakin adalah garis ilmu. Manusia tidak akan mendapatkannya kecuali ia telah melihat malakut langit dan bumi. Melihat ini akan menghasilkan yakin.

    3. Sesiapa yang sampai ke maqam yakin dapat melihat hakikat sesuatu. Ia bukan melihat gambaran atau dalam bentuk ilmu khusuli tetapi melihat hakikat sesuatu. Contoh yang mudah antara keduanya adalah berbeza orang yang tahu api itu panas dengan ilmu dengan yang mengetahui api itu panas dengan meyentuhnya. Inlah sebagaimana firman Allah "jika kamu mengetahui ilmu yakin kamu akan meilhat neraka". Sesiapa yang dapat melihat nereka akan menolak perbuatan yang kana membawanya ke neraka. Dan dengan itu juga dapat melihat syurga dan ia akan melakukan perbuatan yang akan membawanya ke sana. Dan hakikat ismah adalah manusia sampai ke maqam yakin dan seputar yakin bukan perbuatan, tetapi perbuatan yang terhasil dari ilmu tersebut.

    4. Tidak terpisahnya perbuatan yang terhasil dari ilmi bererti tidak terpish dari perlaksanaan bukan secara zat. Dengannya terbukti maksum itu perlaku yang iktiar bukan dipaksa dengan kemembinasakanan.

    (IV)

    Imam dan khalifah

    Dalam perbahasa yang lepas telah difahami bahawa Imam itu memiliki maqam yakin dalam ilmu dana sabar dalam perbuatan yang membawa erti maksum. Terdapat kekuatan lain yang Allah kurniakan kepada Imam. Ini boleh dilihat dala surah Al Baqarah, ayat 30.

     "Dan ketika tuhanmu berkata kepada para Malaikat, sesungguhnya Aku akan mengangkat di atas bumi khalifah, maka para malaikat berkata ‘apakah kau akan meletakan atas bumi mereka yang akan membuat fasad di atasnya dana akan menumpahkan darah dan kami bertasbih mentauhidkanMu dan mensucikanMu’ Allah berkata sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui"

    Ayat ini mengisahkan awal ciptaan manusia dan sebab manusia dicipta. Allah menginginkan khalifah dan tiada satu pun dari para malaikat yang layak untuk maqam tersebut. Sebab itu Allah berfirman "Aku meletakkan di atas bumi khalifah.

    Para malaikat beranggapan bahawa yang Allah inginkan untuk menjadi khalifah adalah mereka yang bertasbih dan yang mesucikanNya, kerana mereka telah melakukannya. Jika apa yang difikirkan oleh para Malaikat itu benar maka tidak perlu Allah mencipta makluk lain. Sebab itu Allah berfirman "Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui"

    Allah memilih Adam dan manusia untuk maqam ini. Dan mengiringi dengan kejadiannya dengan mengajarnya.

     "Dan Allah telah mengajar Adam nama-nama semuanya"

    Dengan ini Allah telah meletakan khususiah khalifah pada ilmu. Allah tidak mefirmankan kepada para Malaikat bahawa tasbih dan taqdis Adam lebih baik dari mereka tetapi Allah berfirman "sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui"

    Ilmu adalah imam kepada perbuatan tetapi bukan bererti perbuatan mutlak tetapi maksudnya adalah ilmu. Sebab itu Al Quran mengatakan

     "KepadaNya naik kata-kata yang baik dan perbuatan soleh terangkat"

    Maka itu Imam adalah ilmu.

    "Allah telah mengajar Adam nama-nama seluruhnya". Di sini yang membezakan manusia dengan seluruh makhluk yang lain termasuk malaikat sendiri.

     Ilmu Imam

    Pada perbahasan ini akan diterangkan bahawa Imam mengetahui akan perbuatan hamba-hamba Allah. Dakwaan ini perlu dibuktikan baik secara falsafah mahupun dari nas Al Quran.

    Pada perbahasan yang lepas kita telah mengetahui bahawa tugas Imam adalah meyampaikan manusia ketujuan. Ini bererti manusia yang ingin sampai kepada Allah memerlukan kepada mursyid. Sekarang ini seorang mursyid yang ingin mengangkat darjat keiman seseorang ke darjat yang lebih tinggi lagi, ia sendiri terlebih dahulu mesti sudah melepasi darjat itu. Yang di maksudkan dengan darjat di sini adalah himpunan dari kepercayaan, malaka dan amal perbuatan.

    Sebagaimana yang telah diterangkan dalam perbahasan yang lepas, setiap amal perbuatan berpunca dari akhlak dan malaka. Akhlak dan malaka seseorang berpunca dari kepercayaan dan akidahnya. Oleh itu untuk Imam dapat memainkan peranan untuk memimpin manusia kearah kesempurnaan ia terlebih dahulu perlu mengusai akidah mereka dan malaka serta akhlak mereka. Dan yang palaing penting adalah perbuatan mereka tidak terselidung dari Imam..

    Dalil dari Al Quran

    "Dan katakanlah, beramallah kamu maka Allah dan Rasulnya dan orang-orang mukmin akan melihat amalan kamu"

    Ayat ini jelas menunjukan berbuatan manusia akan dilihat oleh Allah, Rasul dan orang-orang mukmin. Sudah tentu yang dimaksudkan oleh ayat ini bukan hari ahkirat, kerana ahkirat bukan orang mukmin saja yang dapat melihat amalan orang lain.

    Persoalannya sekarang ini, siapakah orang mukmin ini yang dapat meilhat amalan orang lain? Ia adalah orang yang memiliki ilmu kitab.

     "Dan berkata mereka-mereka yang ingkar, kau tidak diutus oleh Allah, katakan (ya Muhammad) cukup Allah dan yang memiliki ilmu kitab sebagai saksi antara aku dan kamu"

    yang bersaksi akan kerasulan Rasul adalah Allah dan orang yang memiliki ilmu kitab. Ia disederetkan dengan Allah dalam penyaksian ini. Ia juga lebih mulia dari yang memiliki sebahagian ilmu dari kitab yang berjaya mendapatkan istana balkis dengan sekelip mata.

     "Dan berkata yang memiliki sebahagian ilmu kitab aku akan mendatangkannya kepadamu sebelum kau mengelip mata."

    Asif bin Bakhiar memiliki sebahagian ilmu dari kitab berbeza dengan yang bersaksi akan kerasulan Rasul yang memiliki seluruh ilmu kitab. Sekarang ini apakah yang dimaksudkan dengan kitab? Seduah tentu yang dimaksudkan kitab yang luar biasa hingga yang memiliki sebahagian sahaja mampu mendatangkan istana Balkis dengan sekelip mata. Kitab ini memiliki rahsia kewujudan. Dalam bahasa Al Quran ia dipanggil sebgai;

    1. Kitab Mubin

      "Tiada dari yang ghaib di langit dan bumi kecuali di kitab Mubin"

    2. Kitab Al Abrar

    3- Kitab Marqum

    1. Ummul Kitab

    Kitab Mubin, Kitab Al Abrar, Kitab Marqum dan Ummul Kiab meyimpan segala sesuatu yang berlaku dalam alam ini. Tiada kejadian yang tersembunyi darinya. Oleh itu orang yang memiliki ilmu kitab adalah yang tidak tersembunyi darinya apa yang berlaku dalam alam ini.

    Mereka adalah orang-orang mukmin yang disebut di atas. Mereka juga adalah Imam yang mengetahui rahsia setiap satu dari hamba-hamba Allah. Dengan ini juga Imam adalah manusia yang paling afdal pada zamannya hingga ia bersama Allah menjdi saksi atas kerasulan Ar Rasul serta ditunjukan rahsia amal perbuatan setiap hamba Allah.

    (V)

    Hakikat sisi Tasyrie Imam

    Mungkin apa yang terbayang dari sisi tasyrie di sini hanyalah menyampaikan masalah hukum halal dan haram serta hal-hal yang berhubang dengan suluk manusia.

    Hakikat sisi tarsyrie Imam merangkumi keseluruhan mafhum yang bersangkutan dengan sisi akidah, akhlak, suluk insan dan menerangkan hukum halal dan haram dengan makna yang lebih syumul dari batas-batas uruf. Ini kerana tugas utama Nabi ddan Imam adalah untuk menerangkan Al Quran. Dan Al Quran itu tidak terbatas dengan hukum halal dan haram.

     "Dan kami turunkan kepada kamu Al Quran untuk kamu jelaskan kepada manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka" An Nahl-44

    Bererti di sini tugas Nabi bukan hanya sekadar menyampaikan masalah hukum halal dan haram sahaja kerana ia merupakan sebahgian dari Al Quran. Isi Al Quran boleh dibahagikan kepada tiga bahagian.

    1. Penjelasan Akidah

    2. Penjelasan Akhlak dan Fadilat

    3. Penjelasan halal dan haram.

    Kesemua ini merupakan himpunan dari tugas-tugas seluruh Nabi dan Rasul.

     "Tidak Kami utus dari Rasul kecuali dengan bahasa kaumnya sendiri untuk memperjelaskan mereka" Ibrahim

    Pembuktian sisi tasyrie

    Tidak syak lagi manusia dalam kehidupannya memerlukan aspek-aspek yang berbeza dalam hubungannya dengan pencipta, alam semula jadi dan sesama manusia yang lain. Hubungan ini membentuk peraturan-peaturan dalam kehidupannya.

    Dari sisi lain, Din merupakan satu jalan hidup yang tidak bertentang dengan akal dan memenuhi segala tuntutan manusia dalam berhubung dengan tiga hal di atas tadi. Manusia juga tidak diciptakan sia-sia dan ia akan kembali kepada penciptanya.

    "apa kamu kira kamu diciptakan sia-sia dan kamu tidak kembali kepada Kami" Al Mukminun

    Dengan memahami hal ini, manusia akan memahami bahawa akan ada hari pembalasan yang mana semua perbuatannya akan dinilai. Ini kerana semua perbuatanya di dunia mempunyai hubungan kenyataan dengan hari akhirat. Hubungan kenyataan ini ibarat dengan meminum air akan hilang dahaga. Begitu juga hubangan hakikat antara perbuatan di dunia dan balasan akhirat. Al Quran dengan jelas menerangkan hal ini.

     "Sesungguhnya mereka yang memakan secara zalim harta anak yatim hanya sebenarnya mereka memakan api dalam perut mereka" An Nisa-10

    Dalam mengatur hidupnya adakala manusia dapat membuat hukum dan dalam banyak hal lagi ia tidak berupaya. Di sini manusai memerlukan bantuan Ilahi dan diterangkan oleh Nabi dan Rasul dalam bentuk syariat. Dan melaluinya juga Allah telah menentukan jalan yang perlu di ikut oleh manusia untuk mendapat kebahagian akhirat.

    Keberadaan Rasul selain membacakan Al Quran adalah menerangkan apa yang terkandung dalamnya sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini. Dan Al Quran ini terus kekal sebagai pusat rujukan umat Islam. Dan segala permasalahan baru yang wujud juga perlu dirujuk kepadanya. Dengan ini manusia juga memerlukan seseorang yang akan memperjelaskan masalah yang baru timbul kerana perkembangan tamadun kemnusia dan peredaran waktu berdasar kepada Al Quran.

    "bertanyalah dengan ahlu zikr jika kamu tidak ketahui"

    Zikr ini adalah Al Quran.

     "Sesungguhnya kami yang menurunkan zikr(Al Quran) dan sesungguhnya Kamilah yang akan menjaganya"

    Tempat rujukan setiap permasalahan baru adalah ahlu zikr dan ahlu Al Quran. Sudah tentu mereka ini Imam. Ini kerana tiada yang lebih memahami ilmu kecuali mereka. Mereka yang memiliki ilmu kitab. Al Quran itu makson yang tiada kebatilan dan kesalahan di dalamanya. Yang boleh menerangkan Al Quran itu juga perlu maksom dan telah dijelaskan dalam perbahasan yang lepas bahawa antara syarat Imam adalah maksom.

    Dari ini jelas bahawa Imam akan memikul tanggung jawab Rasul dalam menerangkan hukum tasyrie selepasnya.

    Sisi kepimpinan Imam

    "Telah Kami utus utusan Kami dengan penjelasan dan telah Kami turunkan mereka kitab dan mizan untuk mereka menegakan manusia dengan keadilan" (Al Hadid-25)

    Ayat di atas boleh dianalisakan dalam pecahan di bawah;

    1. Telah Kami utus utusan kami

      Ini menerangkan bahawa Allah telah mengutus para Nabi dan Rasul secara umum kepada umat manusia .

    2. Al Bayinat (penjelasan)

      Iaitu mukjizat. Setiap Nabi dan Rasul yang diutus diberikan mukjizat untuk membuktikan kebenaran dakwaan mereka.

    3. Dan Kami turun bersama mereka kitab dan mizan

      Ada dikalangan para Nabi dan Rasul yang diberikan kitab. Yang tidak diturunkan kitab diperintahkan untuk mengikuti rasul yang sebelumnya.

    4. Untuk menegak manusia dengan keadilan

    Bahagian ini menceritakan tujuan hal-hal di atas. Tujuan diturunkan para Ambiah dan Rasul dan diturunkan kitab adalah untuk menegakkan keadilan dikalangan manusia atau dengan bahasa kini menegakan keadilan dalam masyarakat kemanusiaan.

    Sekarang ini persoalannya apakah boleh keadilan dalam masyarakat ditegakan tanpa pemimpin politik? Dan jelas sekali tiada gunanya agama tanpa adanya politik dan kepimpinan.

    Al Quran dengan jelas menunjukan saling keterikatan antara agama dan kepimpinan politik. Dan dengan ini boleh difahami bahawa tugas Rasul bukan sahaja menerangkan inti kandungan Al Quran tetapi juga sebagai pemimpin politik. Persoalan berikutnya apakah kemimpinan politik selepas Rasul ditentukan oleh Allah atau ummah? Ini kembali kepada dua pandangan yang mahsyur iaitu nas atau syura?

    Dalam perbahasan yang lepas jelas menunjukan bahawa Rasul yang ditugaskan untuk menyampaikan Din dan syariat itu mesti maksum, jika tidak berguna penerangannya. Sekarang ini jika ada yang maksum dan ada yang tidak untuk memimpin, yang mana satu yang dapat diterima oleh akal dan untuk dijadikan pemimpin?

    Akal dan Nas akan menunjukan pemimpin yang maksum itu lebih layak memimpin dari yang tidak ma'som.

     "Apakah yang memberi hidayah kepada hak lebih berhak untuk diikuti atau siapa yang tidak akan memberi hidayah kecuali telahdiberi hidayah terlebih dahulu, maka bagaimana kamu menghukum" Yunus-35

    Apakah wajar menyerahkan kemimpinan kepada yang bukan maksum bila wujud maksum. Di sini juga jelas bahawa setiap maksom itu pemimpin. Setiap Imam itu maksom, maka Imam itu pemimpin. Imam diangkat oleh Allah bukan oleh umat. Oleh itu Imam juga merupakan pemimpin politik sebagaimana ia juga sebagai penerang bagi Al Quran.

    Perlu difahami di sini, bukan semua pemimpin itu maksom tetapi setiap maksum itu adalah pemimpin. Ini bererti jika ada maksom perlu didahulukan dalam kemimpinan.

    Imam sebagai contoh teladan

    Islam bukan sahaja agama yang mengajarkan pelajaran kehidupan yang baik, malah Islam juga menyediakan contoh teladan untuk ajarannya. Dengan kata lain contoh teladan dalam perlaksanaan prinsipnya. Ini berbeza sekali dengan pemikiran-pemikiran falsafah yang hanya berbentuk teori tanpa ada contoh praktikalnya.

    Tidak syak lagi bahawa Rasul itu sendiri merupakan contoh teladan yang amat nyata.

     "sesungguhnya pada Rasulullah contoh yang baik untuk kamu bagi sesiapa yang menginginkan Allah dan hari akhirat dan ingatlah Allah sebanyak-banyaknya." Al Ahzab-21

    Begitu juga seluruh Ambiah dan Rasul yang lain. Dalam ayat yang lain Alllah S.W.T. brfirman

     "Katakan (Ya Muhammad) jika kamu mecintai Allah maka ikutlah aku, Allah akan mencintai kamu"

    Ikutlah aku tidak akan memberi erti jika Rasul bukan contoh teladan dalam segala amal perbuatannya. Di ayat yang lain;

     "maka siapa yang mengikutiku sesungguhnya ia dariku" Ibrahim

    Dan para Ambiah dan Rasul itu maksom bererti segala perbuatannya merupakan contoh. Ini bererti setiap maksom itu adalah contoh teladan. Ini bererti Imam itu juga adalah contoh teladan.

    Kenapa mesti ada contoh teladan

    1. Dengan adanya ia maka akan terselamat dari kesalahan dalam memahami teori. Sering kali manusia tersalah dalam memahami sesuatu dan dengan adanya contoh teladan ini hal ini boleh diatasi.

    2. Contoh teladan ini akan mengeluarkan ajaran dari bentuk konsep kepada bentuk perlaksanaan.

    3. Ia juga bukan sahaja menerangkan darjat-darjat dalam bentuk konsep tetapi ia jua melakukannya dan menjangkaui maqam-maqam tersebut hingga manusia dapat memahami dengan jelas jalan untuk taqarub kepada Allah. Dengan itu manusia boleh sampai kemaqam tersebut dengan selamat.

    (VI)

    Wilayah Taqwini Rasul dan Imam

    Makna wilayah dan wali

    Wilayah memiliki makna yang berbagai. Pendapat yang mahsyur dikalangan ahli bahasa dan ahli tafsir mengatakan wali, maula dan wilayah memiliki dua makna.

    Pertama pencinta dan pembantu.

     "Mukmin dan mukminah sebahagian dari mereka adalah pembantu untuk sebahagian yang lain" (At Taubah- 71.)

    Makna yang kedua adalah penguasa atau yang berhak dalam penguasaan.

     "Mana-mana wanita yang bernikah tanpa izin walinya…"

    Wilayah penguasaan ini memiliki misdaq yang banyak, seperti wilayah ayah atas anak, guru atas murid, pewaris atas harta yang mati. Di sini wilayah bukan bererti cinta atau pembantu.

    Wilayah Tasyrie dan wilayah Taqwini

    Wilayah penguasaan adakalanya berhubung dengan perkara yang bersangkutan dengan syariat dan hukum halal, haram, wajib dan harus dan seterusnya dan yang seterusnya bersangkutan dengan hukum fekah. Ini apa yang dikaitkan dengan ulamak dan dipanggil sebagai wilayah tasyrie.

    Adakalanya wilayah penguasaan ini berhubung dengan lingkaran yang lebih luas. Ia bersangkutan dengan kejadian dan kewujudan, seperti hidup, mati, ciptaan dan kehancuran dan sebagainya yang menunjukan akan nama-nama perbuatan (asma fi’liah) Allah S.W.T. sebagaimana yang terdapat dalam Al Quran.

    Allah yang menghidupkan dan yang mematikan, yang mengirim penyakit dan yang meyembuhkan. Semua yang didoakan oleh hamba-hambanya dari segala kebaikan dan pernolakan dari segala bencana dan bala dengan menyeru ‘Asma fi’liah’Nya. Ini menunjukan tiada perbuatan pada alam taqwiniah selain Allah S.W.T. Oleh itu penguasaan yang melibatkan urusan syariah ia dipanggil wilayah tasyrie dan jika melibatka hal-hal kewujudan ia dipanggil wilayah taqwini.

    Membetulkan kesalahan fahaman

    Ada yang beranggapan bahawa Allah memiliki dua bentuk iradah. Iradah tasyrie dan iradah taqwini. Para pengkaji mengatakan iradah Allah itu hanya satu tetapi hubung kaitnya banyak. Adakalanya ia bersangkutan dengan alam tasyrie, ia dipanggil iradah tasyrie. Adakalanya ia bersangkutan dengan alam taqwini maka ia dipanggil iradah taqwini.

    Untuk memudahkan kefahaman ini perlu melihat kepada contoh yang mudah. Akal yang merupakan pusat kefahaman untuk manusia, adakalanya bersangkutan dengan hal-hal perilaku ia dipanggil akal amali dan adakalanya ia bersangkutan dengan hal-hal pemikiran ia dipanggil akal nazari. Ini bukan bererti akal terbahagi kepada dua iaitu akal amali dan nazari.

    Wilayah dari zat dan wilayah dari aradh

    Tidak syak lagi bahawa Allah adalah wali mutlak baik syariat mahupun taqwini. Ayat-ayat Al Quran banyak sekali mengisyarahkan tentang hal ini. Malah Al Quran jelas menunjukan bahawa wilayah itu khusus milik Allah dan tiada selainNya, baik secara tempelan (Aradh) sekali pun hingga menjadi pengimbang bagi wilayahNya.. Dan tidak juga secara vertikal yang akan membuat wilayah Allah terbatas dan tidak infiniti.

    Namun jika ada wilayah tasyrie dan taqwini selainNya, ia adalah tajali dan mazhar dari wilayah Allah. Dengan kata laian ia adalah lambang dan jelmaaan dari wilayah mutlak Allah S.W.T. Wilayah tersebut bukan merupakan satu wilayah yang berhadapan dengan wilayah Allah, walau secara vertikal sekali pun.

    Cara yang mudah untuk menunjukan akan adanya wilayah selainNya dengan melihat jelmaan atau pantulan gambaran bentuk yang timbul dari cermin yang mengambarkan empunya bentuk tersebut. Ia bukan sesuatu yang lain dari bentuk tersebut. Sebagai contoh jika diletakan apa di depan cermin, akan kelihatan jelmaan api pada cermin tersebut. Ia akan memperlihatkan segala khususiah api tesebut. Bukan di situ ada sesuatu yang lain tetapi ia merupakan patulan dari api tersebut dan bukan ada api yang diletakan di dalam cermin.

    Ini adalah perbezaan antara fatamogana dan ayat(tanda). Fatamogana adalah pembohongan tetapi tanda adalah benar. Tanda ini menghikayatkan akan perihal empunya tanda tersebut. Inilah makna ayat dan tajali yang digunakan dalam Al Quran.

    "Akan Kami tunjukan mereka tanda-tanda Kami pada cakrawala dan pada diri mereka hingga menjelaskan mereka sesungguhnya Ia adalah Haq" Al Fusilat-53.

    "Ketika Tuhannya tajali pada bukit maka bukit itu hancur dan Musa jatuh pengsan" Al Ahraf 143

    Dari apa yang di atas, jelas bahawa wilayah penguasaan itu memiliki satu makna sahaja, tetapi hubungkaitnya berbagai. Ada yang berhubung dengan syariat dan taqwini, ada yang berhubung dengan taqwini sahaja dan ada yang berhubung dengan syariat sahaja.

    Hubungan yang pertama dalam Al Quran.

    "Maka Allah Ia adalah wali" (As syura-9)

    Jelas sekali yang dimaksudkan dengan wali di sini bukan hanya sekadar syariat atau taqwini tetapi keduanya sekali.

    Ayat yang menerangkan hubungan kedua adalah sebagaimana yang dinukilkan oleh Al Quran dari kata-kata Nabi Yusuf a.s.

     "Kau adalah waliku di dunia dan akhirat" Yusuf-101

    Ini adalah wilayah taqwini kerana di akhirat tiada permasalahan halal dan haram. Akhirat adalah hari pembalasan bukan hari amalan. Kata akhirat adalah tanda yang menunjuk bahawa wilayah di sini adalah wilayah taqwini.

    Hubungan yang ketiga adalah sebagaimana firman Allah S.W.T.

     "Tiada bagi mukmim dan mukminat memilih dalam urusan mereka bila Allah dan RasulNya telah memutuskan urusan tersebut." (Al Ahzab-36)

    Ini adalah wilayah yang berhubung dengan alam syariat, kerana ia berhubung dengan ketetapan hukum halal, haram dan sebagainya.

    Dali akal dan Al Quran jelas menunjuk bahawa wilayah itu dari zatnya dan mutlak milik Allah kerana Ia memiliki seluruh alam.

     "untuk Allah segala apa yang dilangit dan apa yang di bumi." (Al Baqarah-284)

    Selagi Ia pemilik setiap sesuatu dengan pemilikan yang hakiki bukan iktibari maka hak penguasaan mutlak atas apa yang dimilikiNya, baik secara tasyrie maupun taqwini. Pemilikan ini bukan seperti pemilikan manusia yang boleh dipindahkan, diwarisi, dipinjamkan dan sebagainya. Pemilikan Allah adalah tetap dan tidak boleh dipindahkan dan sebagainya. Ini kerana pemilikan Allah adalah pemilikan yang mendirikan ( ) untuk setiap satu dari kewujudan. Jika pemilikan ini dipindakan maka setiap satu dari wujud tersebut akan tiada. Ini adalah satu hal yang tidak bakal berlaku pada pemilikan Allah. Ini kerana wujud yang mungkin bergantung kepadaNya.

    "Tiada yang disembah kecualiNya, Ia Yang Maha Hidup Yang Berdiri Sendiri"

    Ia berdiri atas ZatNya dan menjadi sandaran kewujudan bagi yang lain.

    "Wahai manusia kamu fakir kepada Allah dan Allah Dia Yang Maha Kaya lagi Layak DiPuji" (Al Fathir-15).

    Hukum sistem perantaraan dan kausaliti

    Perbahasan ini menyentuh tentang kaedah perantaraan dan kausaliti yang diutarakan oleh Al Quran. Apabila dirujuk kepada Al Quran, setiap perbuatan yang berlaku dalam sistem kewujudan semuanya pertama dinisbahkan kepada Allh S.W.T. dan kedua kepada selainNya. Terdapat banyak contoh dalam Al Quran yang membentuk kaedah umum ini.

    Pertama

    Tentang kejadian kewujudan, pertamanya dinisbahkan kepada Allah. "Allah adalah pencipta setiap sesuatu" (Ar Radh-16). Dan pada ayat yang lain: "Maha Suci Allah yang sebaik-baik dikalangan para pencipta" (Al Mukminun-14). Ayat ini menunjukan ada pencipta lain selain Allah. Bagaimana ayat ini boleh diukur dengan yang yang pertama.

    Kedua

    "Tiada penghukum kecuali Allah" (Al An’am-57). Pada ayat yang lain Allah berfirman:"Bukankah Allah sebaik-baik penghukum dari sekian penghukum"(At Thin-8). Bagaimana untuk menerangkan perbezaan antara kedua ayat tersebut. Ayat yang pertama jelas menunjukkan Allah adalah mutlak hakim dan yang kedua ada hakim lain selain Allah.

    Ketiga

    "Sesungguhnya izat itu milik Allah seluruhnya" (Af Fathir-10). Pada ayat yang lain: "Dan untuk Allah izat dan untuk Rasul dan orang-orang mukmin" (Al Munafiqun-8). Ayat yang pertama membatas izat itu hanya untuk Allah dan ayat kedua mengisyarahkan izat itu juga milik Rasul dan orang mukmin.

    Empat

    "Sesungguhnya kekuatan itu milik Alllah seluruhnya" (Al Baqarah-165). Pada ayat yang lain, ketika Allah memerintahkan nabinya: "Ya Yahya peganglah kitab dengan kekuatan" (Mariam-12). Dan ketika berfirman kepada Bani Israel:"Peganglah kamu semua apa yang telah kami kurniakan dengan kuat" (al Baqarah-63). Kepada mujahiden Islam, Allah berfirman: "Perangilah mereka dengan kemampuan kekuatan kamu." (Al Anfal-60)

    Lima

    "Wahai manusia kamu semua fakir kepada Allah dan Allah Dilah Maha Kaya lagi Maha Layak Di Puji." (Al Fathir-15). Pada ayat lain ‘kaya’ juga dinisbahkan kepada Rasul: "Kecuali Allah dan RasulNya akanmengkayakan mereka dari kelebihanNya."(At Taubah 74)

    Enam

    "Sesungguhnya Allah Ia yang memberi rezeki"( Az Zariat). Ayat ini jelas menunjukan pemberi rezeki itu hanya Allah, tetapi pada ayat yang lain menunjukan ada pemberi rezeki selain Allah. "Sebaik-baik pemberi rezeki" (Al Ma’idah-114).

    Tujuh

     "Tiada pemberi syafaat kecuali selepas izinNya" (Yunus-3). Ini menunjukan pemberi syafaat yang hakiki hanyalah Allah. Pada ayat yang lain, Allah berfirman: "Maka tiada memberi faedah untuk mereka syafaatnya pemberi syafaat" (Al Mudasir-48). Ayat ini bertentangan dengan ayat di atas kerana ia menunjukan banyaknya pemberi syafaat.

    Lapan

    "Allah mematikan diri-diri ketika mautnya" (Az Zumr-43). Pada ayat yang lain mematikan dinisbahkan juga kepada para malaikat. "Katakan, akan mematikan kamu malaikat maut."(As Sajadah-11). Banyak sekali ayat yang menunjukan bahawa Allah yang menghidupkan dan yang mematikan. Dan ada juga ayat yang menunjukan bahawa Isa a.s. juga menghidupkan."Aku menghidupkan yang mati dengan izin Allah" (Al Imran-49).

    Bagaimana dalam hal menghidupkan yang merupakah suatu yang khusus untuk Allah boleh dinisbahkan kepada selainNya?

    Mereka yang singkat fikiran pasti akan menyangkakan bahawa isi kadungan Al Quran terdapat persanggahan anatara satu ayat dengan ayat yang lain. Hingga ada yang beranggapan bahawa dalam alam ini ada kuasa yang bersiri sendiri selain kekuasaan Allah hingga menyebabkan syirik.

     Bagaimana hal ini boleh diatasi. Pertamanya, perlu diteliti alam tabie bermula dengan hal-hal yang jelas seperti haus, lapar, awan, hujan angin, sakit, penyembuhan dan sebagainya. Kedu kita perlu membanyakan dua jalan di bawah ini untuk menyelsaikan setiap satu dari kekusutan di atas.

    Jalan pertama

    Allah S.W.T. mencipta manusia dan ketika manusia ini lapar ia perlu mengangkat tangan kelangit dan mengatakan ‘Ya Allah aku lapar’, maka Allah akan menghilangkan rasa laparnya tanpa ada sebab. Ini adalah satu hal yang mungkin bagi Allah kerana Ia berkuasa atas setiap sesuatu.

    Begitu juga jika manusia haus, ia tidak perlu minum air. Ia cuma perlu mengangkat tangan dan meminta Allah menghilangkan dahaganya. Begitu juga untuk meyiram tumbuh-tumbuhan, tidak perlu kepada air hujan, telaga atau sungai hanya perlu berdoa dan tanpa perlu kepada sebab-sebab yang tabie.

    Ini adalah tindihan dalam iradah Allah dengan tindihan iradah secara terus dalam menjadikan sesuatu. Setiap hal yang terjadi di luar tanpa ada perantaraan baik dalam bentuk sebab yang nampak mahupun yang tidak nampak.

    Ini merupakan satu hal yang mungkin untuk Allah dan boleh dibayangkan dari Zat yang memiliki kekuasaan Mutlak. Tetapi apakah ia berlaku dalam alam tabie dan pada pergerakan kewujudan alam? Sudah tentu tidak, jika berlaku pun ianya bersifat rinci bukan hal yang global.

    Jalan kedua

    Sesiapa yang meneliti sistem kewujudan, baik alam tabie, manusia dan kehidupan, mudah untuknya memahami bahawa jika Allah menginginkan sesuatu berlaku dalam alam kewujudan, Ia akan meletakan sebab-sebab sebagai perantaraan supaya ianya berlaku.

    Maka manusia yang lapar akan makan dan makanan itu akan menghilangkan rasa lapar. Yang dahaga akan menghilangkan dahaga dengan meminum air. Perlu ada api untuk membakar. Perlu ada awan untuk menurunkan hujan. Begitulah seterusnya dari hal-hal yang zahir yang terkandung dalam alam tabie yang merupakan kepastian dalam kehidupan manusia malah untuk kewujudan keseluruhannya.

    Allah S.W.T. yang mencipta semua benda. HikmahNya yang menentukan ada wujud yang dijadikan tanpa perantaraan dan sebahagian lagi dengan perantaraan. Di sini apa yang dikatakan sebab pembuat adalah sebab yang sempurna. Ini kerana perbuatanNya atas setiap sesuatu kembali kepada iradahNya tidak yang lain. Tetapi dengan ini pun bergerak kaedah kewujudan setiap sesuatu dengan sistem perantaraan yang merangkumi roda pergerakan kewujudan.

     "Kembali kepadaNya dengan wasilah" Am Ma’idah-35

    Wasilah ini bukan khusus untuk sebahagian dan tidak untuk sebahagian yang lain tetapi untuk semua. Jelas kaedah global ini merupakan hal yang mutlak. Ia juga memiliki pengkecualian iaitu Allah S.W.T., Ia adalah wujud yang tidak memiliki sebab. Dan dengan kaedah ini manusia dapat mencari sebab dari setiap kejadian dan mencari akibat dari sebab.

    Hukum sistem terbaik

    Dari apa yang di atas boleh difahami bahawa keberadaan di luar berhubung dengan iradah Allah dalam menjadikan setiap sesuatu. Hubungan iradah ini adakalanya secara langsung tanpa ada perantaraan dan ada juga dijadikan dengan perantaraan.

    Memahami zahir kejadian ini perlu juga kembali melihat apa yang difirmankan oleh Allah;

    "Yang Mencipta yang terbaik setiap sesuatu." (As Sajadah-7)

    Maka sisitem kewujudan yang ada adalah sistem yang terbaik. Sistem ini ada yang diciptakan dengan perantaraan ada yang tidak. Oleh itu jelas Allah adalah yang mencipta setiap sesuatu. Dan tidak bercanggah apabila Allah berfirman

     "Maha Suci Allah sebaik-baik pencipta."

    Kerana Allah adalah pencipta pertama dan dari zatNya. Pencipta yang lain adalah wujud yang mungkin dan mencipta dengan bantuan Allah.

    Tafsiran ‘dari zat’ ini merangkumi atas setiap contoh-contoh yang disebutkan sebelum ini. Ia adalah pencipta yang menghidupkan, yang mematikan, kuat, izat, Maha Kaya, pemberi rezeki dari zat. Hikmah Ilahi juga menghukum hal yang sam juga berlaku untuk selainNya dalam sisitem kewujudan melalui perantaraan dan sebab tetapi dalam bentuk zuhur dan tajali.

    Kerana berdirinya setiap sesuatu pada hakikatnya disebabkan oleh Allah bukan selainNya. Dan setiap sesuatu wujud disebabkan oleh Alllah dengan kekayaanNya dan di sebabkan oleh selainNya dengan kefakirannya.

    Dari ini telah terbukti bahawa Al Quran secara jelas menunjukan di situ ada wilayah taqwini untuk Allah dan selainNya. Cuma perlu difahami pembuktian wilayah taqwini untuk selain Allah bukan sebagaimana pembuktian wilayah taqwini untuk Allah.

    Malaikat misdaq yang pertama

    Malaikat adalah misdaq yang pertama yang terbaik dari mafhum wilayah taqwini selain Allah sebagaimana firmanNya

    "Demi para pengatur urusan" (An Nazhiaat-5)

    Dengan kata lain yang mengatur urusan turun dan naik yang mana malaikat memiliki peranannya. Sebagaimana terbukti bahawa Allah yang mengatur dan yang mengusai serta yang menjadikan, terbukti juga untuk para malaikat. Allah berfirman

     "Katakan, akan mematikan kamu malaikat maut" (As sajadah-10)

    Malaikat maut mematikan manusia sebagaimana Allah. Tetapi perbezaannya mematikan yang datang dari Allah adalah dari zat dan yang datang dari malaikat adalah dengan pemberian Allah dan berdiri atas kaedah.

     "Masing-masing kami anugerahkan mereka dan mereka inipun dengan pemberian tuhanmu" Al Isra’-20

    Ini kerana akal tidak boleh menerima kewujudan sesuatu dalam kewujudan tanpa pemberian dariNya. Ketika dirujuk kepada ayat-ayat dan riwayat akan terlihat bahawa tiada satupun dalam perjalanan hidup manusia atas muka bumi ini dan selepasnya, baik alam barzakh, timbangan amal, syurga dan neraka kecuali akan kelihatan di situ pasti ada peranan malaikat. Jesteru itu Al uran mengatakan

    "Demi para pengatur urusan."

    Ini bukan urusan wilayah tasyrie walaupaun malaikat juga memiliki peranan di situ. Ia adalah wilayah taqwini.

    "Sesungguhnya urusanNya jika ia menginginkan sesuatu ia akan mengatakan jadi, maka jadilah."

    Oleh itu misdaq yang pertama wilayah taqwini selain Allah adalah para malaikat. Dan ini juga berlaku untuk Ambia dan para Rasul dan Imam dengan dalil-dalil yang akan diterangkan nanti.

    Cuma pertanyaan sekarang ini apakah wilayah Allah itu dalam bentuk hakiki dan wilayah selain Allah itu mazaji atau sebaliknya atau keduanya hakiki. Sebenarnya kedua wilayah itu adalah hakiki. Untuk menjelaskan hal ini perlu pendekatan dengan contoh yang mudah seperti di bawah.

    Contoh yang sering dibawakan adalah mengambil kata-kata manusia. ‘Mataku melihat’ dan ‘aku melihat’, ‘aku memukul dengan tanganku’ dan ‘aku memukul’, ‘aku menulis dengan pen’ dan aku menulis’. Apa perbezaan antara pernyataan-pernyataan ini? Apakah nisbah kepada keduanya adalah hakiki atau yang mana antara keduanya adalah majazi? Sebenarnya tiada perbezaan antara keduanya kecuali yang pertama perkerjaan dilakukan dengan perantaraan. Keduanya adalah hakiki, Ini kerana tanpa ada pen bagaimana boleh menulis. Untuk penulis juga adalah nisbah hakiki kerana jika tiada penulis tapi hanya ada pen tidak akan ada penulisan.

    Begitu juga dengan malaikat. Ketika Allah pada satu masa menisbahkan mematikan kepadaNya dan pada waktu yang lain pada Malaikat, nisbah kepada keduanya adalah nisbah yang hakiki.

    Ambia, Jin dan Selain Ambia

    Al Quran secara jelas menunjukan bahawa wilayah taqwini juga diberikan kepada tiga golongan yang lain selain Malaikat. Mereka adalah Ambia, jin dan manusia selain Ambia.

    Tentang Ambia, Al Quran menceritakan tentang Nabi Isa a.s.

    "Sesungguhnya aku aku buat untuk kamu dari ranah serupa burung, lalu aku hembuskan kedalamnya, lalu menjadi burung dengan izin Allah, dan aku sembuhkan orang buta dan orng yang berpenyakit kusta dan aku menghidupkan orang mati dengan izin Allah" (Ali Imran-49)

    Hubungan perbuatan Nabi Isa a.s. adalah dalam lingkungan taqwini bukan tasyrie.

    Al Quran juga menerangkan bahawa wilayah ini juga dimiliki oleh selain Ambia. Ia jelas sekali dalam kisah Nabi Sulaiman dalam mendatangkan istana Balkis.

     "Wahai pembesar, siapa dikalangan kamu yang akan mendatangkanku istananya sebelum ia mendatangiku mejadi muslim, berkata Ifrit dari golongan jin ‘aku akan mendatangkannya pada mu sebelum kau bangun dari tempatmu sesungguhnya aku terhadap perbuatan itu kuat lagi amanah." (An Naml-39-40)

    Ayat ini jelas menunjukan wilayah ini juga dimiliki oleh jin yagn bukan dari kalangan Malaikat atau manusia. Cuma yang perlu difahamkan di sini adalah kemampuan Ifrit untuk melakukan hal tersebut dengan izin Allah. Walau ayat secara zahir tidak menyebutnya tetapi dari apa yang telah dibahaskan akal dan nas yang kuat tidak boleh membayangkan ada wilayah yang tersendiri tanpa ada izin Allah.

    Setelah mendengar kata Ifrit, Nabi Sulaiman tidak menjawabnya hingga berkata seseorang ;

    "Berkata yang memiliki ilmu sebahagian dari kitab ‘aku akan mendatangkanmu benda itu sebelum kau mengelip mata."

    Yang berkata ini adalah dari manusia yang bukan Nabi dan bukan jin, jika dari jin pasti akan disebut sebagaimana ayat yang sebelumnya. Dan pada ayat ini juga disebut khususiah orang tersebut, iaitu yang memiliki ilmu sebahagian dari kita. Ini merupakan sebab kepada kemampuannya untuk mendatangkan istana balkis sebelum Nabi Sulaiman mengelipkan matanya. Dengan ini terbukti juga bahawa wilayah taqwini ini juga boleh dimiliki oleh manusia yang bukan Nabi. Ini kerana memindahkan istana tersebut dari Yaman ke Palestin tidak akan berjaya kecuali ia dilakukan oleh yang memiliki wilayah taqwini.

    Sekarang ini bagaimana wilayah ini boleh dibuktikan untuk Rasul dan Imam selepasnya? Secara mudah adalah dengan mengatakan bahawa Rasulullah adalah semulia-mulia Rasul dan Imam selepasnya adalah sebaik-baik Imam. Pasti apa sahaja kelebihan yang dimiliki oleh Ambia dan Imam yang terdahulu pasti dimiliki oleh Rasul dan Imam selepasnya.

    Dan lagi dalam surah Ar Radh Allah berfirman:

     "Dan berkata mereka yang ingkar bahwa kau bukan yang diutus, katakan, cukup untuk ku Allah sebagai saksi dan yang memiliki ilmu kitab antara aku dan kamu." (A Radh-43)

    Pasti yang memiliki ilmu kitab keseluruhannya lebih baik dari yang memiliki ilmu sebahagian dari kitab. Dan pada perbahasan yang lepas kita telah membuktikan bahawa yang memiliki ilmu kitab ini adalah Imam. Maka itu Imam juga memiliki wilayah taqwini.

     

    (VII)

    Siapakah itu Imam?

    Dalam enam bab terdahulu kita telah mahami bahawa Imam itu ada. Ia juga memiliki ciri-ciri tertentu. Dengan menganalisa setiap satu dari sifat Imam di dalam Al Quran, kita sudah mengenali sifat-sifat yang dimiliki oleh seorang Imam. Tinggal sekarang ini pertanyaan, apakah dengan meyebut sifat-sifat Imam, Al Quran juga menunjukan siapakah itu Imam? Maksudnya di sini adalah peribadi-peribadi yang Allah lantik menjadi Imam. Ini kerana urusan melantik Imam adalah urusan Allah, bukan urusan manusia.

    Sebelum kita mengenali sosok tubuh peribadi yang dilantik oleh Allah untuk menjadi Imam, elok terlebih dahulu kita melihat kembali dan ringkaskan sifat-sifat Imam yang telah dibahaskan dalam bab-bab yang lepas. Dengannya akan lebih mudah untuk mengenali peribadi yang dilantik oleh Allah menjadi Imam. Supaya kita tidak termasuk di dalam golongan yang disebut oleh Rasulullah;

    "sesungguhnya barang siapa yang mati dan tidak mengenali Imam pada zamannya, mati seperti mati jahiliah."

    Ringkasan perbahasan seperti berikut:

    Bab I

    Tugas Imam adalah memberi hidayah taqwini.

    Mereka sabar terhadap ujian yang Allah berikan.

    Mereka yakin dengan ayat-ayat Allah

    "Dan Kami lantik sebahagian dari mereka Imam untuk memberi hidayah dengan urusan kami ketika mereka bersabar dan mereka yakin dengan ayat-ayat Kami" As Sajadah-24

    Mereka ada yang dari keturunan Ibrahim.

    "Aku mengangkatmu menjadi Imam, berkata Ibrahim ‘dan dari keturunanku’’

    Mereka adalah yang meberi hidayah untuk umat Rasulullah

    "Sesungguhnya kau adalah pemberi peringatan dan untuk setiap kaum itu yang yang memberi hidayah." (Ar Radh-7)

    (Dari ayat 24 surah As Sajadah boleh difahami bahawa tugas memberi hidayah adalah tugas Imam)

    Bab II

    Imam adalah membinasakan, kerana janji Allah tidak akan melantik zuriah Ibrahim yang zalim sebagai Imam.

    "JanjiKu tidak termasuk yang zalim."

    Maksud membinasakan disini adalah memiliki ilmu yang yakin..

    (Ini kerana antara syarat Imam adalah yakin, dan yang yakin dapat melihat rahsia alam ini)

    "Dan mereka yakin dengan ayat-ayat kami."

    "Dan begitulah Kami menunjukan Ibrahim malakut langit dan bumi supaya menjadi dari kalangan yang yakin." (Al An’am-75)

    Bab III

    Maksud Imam itu membinasakan adalah kerana ia memiliki ilmu yang tidak terpisah amal perbuatan darinya. Dengan kata lain Imam itu maksom kerana ilmu yakin.

    Maksom itu memiliki iktiar dalam perbuatannya.

    Imam itu yakin dalam ilmu dan sabar dalam perbuatannya.

    Bab IV

    Imam itu adalah khalifah

    Syarat khalifah adalah dilantik oleh Allah.

    Khalifah diajar langsung oleh Allah.

    Imam dapat mengetahui amalan setiap manusia.

    Imam adalah yang memiliki ilmu kitab.

     

    Bab V

    Imam adalah penyampai isi kandung Al Quran, baik akidah, akhlak maupun hukum.

    Mereka adalah ahlu Zikr

    Mereka adalah pemimpin.

    Mereka adalah teladan.

    Bab VI

    Mereka memiliki wilayah tasyrie dan wilayah taqwini.

    Wilayah mereka adalah mazhar dan tajali dari wilayah Allah.

    Yang memiliki wilayah taqwini boleh melakukan yang pelik seperti apa yang dilakukan oleh menteri Nabi Sulaiman.

    Pembuktian

    Terdapat dua jalan dalam membuktikan bahawa peribadi-peribadi tertentu adalah Imam. Jalan yang pertama adalah dengan menafsirkan ayat Al Quran dengan ayat Al Quran sendiri hingga sampai kepada peribadi tersebut. Kedua dengan cara istiqrai, iaitu dengan menilai seluruh yang berkemungkinan boleh menjadi Imam dan siapakah diantara mereka yang memiliki sifat-sifat Imamah.

    Kita akan gunakan cara yang pertama dahulu. Telah dibuktikan bahawa tugas Imam itu adalah memberi hidayah. Selagi Manusia ada selagi itu ia memerlukan hidayah, sebab itu Allah berfirman;

    "Sesungguhnya kau adalah pemberi peringatan dan untuk setiap kaum itu ada yang memberi hidayah."

    Dan pasti yang memberi hidayah atau Imam ini telah terlebih dahulu mendapatkan hidayah dari Allah hingga mereka dapat memberi hidayah. Malah Al Quran sendiri meminta manusia berfikir, manakah yang patut diikuti, yang sudah mendapatkan hidayah terlebih dahulu baru mereka memberikan hidayah atau yang memberikan hidayah sedangkan mereka belum mendapatkan hidayah.

     "Apakah yang memberi hidayah kepada hak lebih baik diikuti atau siapa yang tidak akan memberi hidayah kecuali telah diberi hidayah terlebih dahulu, maka bagaimana kamu menghukum." (Yunus-35)

    Ini bererti Imam adalah paling berhak untuk diikuti bukan yang selainnya. Jadi mereka ini adalah Ulil Amr yang wajib ditaati.

     "Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan Ulil Amri dikalangan kamu."

    Dan mereka adalah wali untuk orang Islam.

    "Sesungguhnya wali kamu itu hanya Allah, Rasul dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat dan mengeluarkan zakat ketika mereka dalam keadaan ruku."

    Oleh kerana syarat Imam, mereka mesti memiliki ilmu yakin dan telah dibahaskan bahawa mereka adalah ahlu zikr. Ahlu Zikr adalah ahlu Al Quran. Oleh itu mereka adalah pusat rujukan buat mereka yang ingin mengetahui Al Quran. Ini bererti mereka adalah yang memiliki seluruh ilmu kitab atau Al Quran, yang mana tidak dapat menyentuhnya kecuali yang telah disucikan.

    "Sesungguhnya ini adalah al Quran yang mulia. Kitab yang terpelihara. Dan tidak menyentuhnya kecuali yang telah disucikan." (Al Waqi’a’-77-79)

    Yang dimaksudkan dengan menyentuh, bukan sentuhan biasa kerana jika sentuhan biasa pasti ayat yang diguna adalah mutahirun iaitu yang menyucikan diri. Jelas yang disebut adalah mutaharun iaitu yang disucikan oleh Allah. Satu-satunya golongan yang disucikan oleh Allah dalam Al Quran adalah Ahlu Bait a.s.

    "Hanya sesungguhnya Allah berkehendak untuk menghilangkan kekotoran dari kamu Ahlu Bait dan mensucikan kamu sesuci-sucinya." (Al Ahzab-33)


    Renungan:
    Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman: Sesungguhnya orang-orang mu'min adalah bersaudara,
    karena itu damaikanlah kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat. (Al-Hujurat: 10).