DIALOG DI ANTARA HASAN B. `ALI A.S DAN MU`AWIYAH B. ABI SUFYAN SERTA RAKAN-RAKANNYA MENGENAI IMAMAH DAN KHILAFAH MENURUT CATATAN AL-`ALLAMAH AL-TABARSI


Laman Utama Pengenalan
Tuntutan  Hasan  b. `Ali terhadap jawatan  khalifah  selepas bapanya amatlah  ketara meskipun pada akhirnya  beliau  terpaksa melepaskan  jawatan tersebut demi menjaga  dirinya, keluarganya serta Syi`ahnya dari ancaman Mu`awiyah b. Abi Sufyan. Di dalam perbincangan mereka mengenai Imamah/Khilafah, caci mencaci  telah  berlaku. Sekali pandang ia tidak  harus berlaku kerana mereka  tergolong  di kalangan  para  sahabat  Rasulullah s.`a.w. Apatah lagi cacian mereka terhadap Hasan b. `Ali di mana beliau dan bapanya merupakan Ahl al-Bait Rasulullah s.`a.w.
Mungkin kilauan dunia telah membuat manusia melupai Ahl  al-Bait Rasulullah s.`a.w. Semuanya telah berlaku di  dalam  dunia Islam dan dicatat oleh para ulama dari golongan Ahl al-Sunnah dan Syi`ah.  Persoalan  yang  timbul sekiranya  para  sahabat  boleh mencaci  sesama mereka, sementara orang lain yang bukan  bertaraf sahabat  tidak boleh menyebut dan menulis perbuatan  mereka  yang menyalahi nas, apakah keistimewaan mereka sehingga mereka diberi laluan yang istimewa sehingga boleh menyalahi Allah dan RasulNya?
Di  sini diperturunkan hujah-hujah Hasan b.  `Ali  khususnya mengenai  Imamah/Khilafah terhadap Mu`awiyah  dan  rakan-rakannya berdasarkan  catatan al-`Allamah al-Tabarsi seorang ulama  Mazhab Ja`fari  abad keenam Hijrah di dalam bukunya al-Ihtijaj.1 Untuk menguatkan  hujah, penulis membuat rujukan kepada buku-buku  para ulama Ahl al-Sunnah.
Diriwayatkan  daripada al-Sya`bi, Abi Mikhnaf dan  Yazid  b. Habib  al-Misri sesungguhnya mereka berkata: Tidak terdapat  per­tengkaran dalam Islam satu hari di mana orang ramai berkumpul  di satu majlis yang lebih riuh rendah dari majlis yang dihadiri oleh Mu`awiyah b. Abi Sufyan, `Amru b. `Uthman b. `Affan, `Amru b. al-`As,  `Atbah b. Abi Sufyan, al-Walid b. `Uqbah b. Abi Mu`it,  al-Mughirah b. Syu`bah, semua mempunyai nada yang sama.

Amru b. al-`As berkata kepada Mu`awiyah: Kenapa anda  tidak mengutus  kepada  Hasan b. `Ali supaya tampil  ke  mari,  kerana beliau  telah menghidupkan sunnah bapanya. Sepatu digerakkan  di belakangnya, jika diperintah akan dipatuhi. Dia berkata: Percaya­lah, dua perkara ini akan mengangkatnya kepada perkara yang lebih besar  daripada itu. Sekiranya anda mengutuskan kepadanya,  nes­caya  kami boleh menghinanya dan bapanya. Kami  akan  mencacinya dan bapanya. Kami akan memperkecilkannya dan bapanya. Kami boleh terus melakukannya sehingga beliau membenarkan anda  menge­nainya.

Mu`awiyah  berkata  kepada mereka: Aku khuatir  kalian  akan dibelenggu kehinaan sehingga kalian memasuki kubur. Demi  Tuhan, aku  melihatnya  dengan penuh kebencian. Lantaran itu  aku  akan memalukannya. Sesungguhnya jika aku mengutuskan kepadanya hanya­lah semata-mata bagi mengajarnya di hadapan kalian.2

`Amru  b. al-`As berkata: Adakah anda  khuatir  kebatilannya mengatasi kebenaran kita, kesakitannya mengatasi kesihatan  kita? Dia menjawab: Tidak. Dia berkata: Jikalaulah begitu keadaannya, maka jemputlah beliau kemari.

`Utbah  berkata: Aku kurang pasti dengan pendapat ini.  Demi Tuhan, kalian tidak akan mampu untuk menghadapinya tetapi  beliau mampu  untuk  menghadapi kalian kerana beliau  Ahl al-Bait  yang handal  berdebat. Lalu mereka menghantar utusan  seorang  lelaki kepada Hasan.

Apabila  utusan  itu sampai kepadanya,  lantas  dia  berkata kepada  Hasan: Mu`awiyah menjemput anda. Hasan  bertanya:  siapa bersamanya?  Utusan  itu menjawab: Di sisinya si  polan dan  si polan. Dia menyebut nama-nama mereka semua.

Hasan berkata: Malang untuk mereka dan azab akan  mendatangi mereka dalam keadaan mereka tidak menyedarinya. Kemudian  beliau berkata:  Wahai jariah (hamba perempuan) hulurkan kain  kepadaku. Kemudian  beliau  berkata:  Wahai  Tuhanku,  sesungguhnya  dengan Engkau aku menolak ancaman mereka, aku pohon perlindungan  dengan Engkau  daripada kejahatan mereka, aku pohon  pertolongan  dengan Engkau  ke  atas mereka. Lantaran itu pertahankan  aku  daripada mereka menurut kehendak Engkau, bilamana Engkau kehendaki dengan

segala kekuatan Engkau ya arhama al-Rahimin.

Beliau  berkata kepada utusan itu: Ini adalah doa bagi  mem­ohon  kejayaan.  Manakala mendatangi  Mu`awiyah,  beliau  dialu-alukan   oleh  Mu`awiyah  dan  beliau  berjabat   tangan dengan Mu`awiyah.

Hasan  A.S  berkata: Sesungguhnya orang yang  anda  mengalu-alukan kedatangannya adalah satu keselamatan untuknya dan "berja­bat  tangan" merupakan satu perdamaian. Mu`awiyah berkata:  Ya! Mereka  mengutuskan  anda ke mari supaya anda  memperakui  bahawa sesungguhnya `Uthman telah dibunuh secara kejam dan  sesungguhnya bapa  andalah  yang membunuhnya. Oleh  itu  dengarlah  kata-kata mereka  kemudian  berilah jawapannya  kepada mereka  sebagaimana mereka berkata kepada anda. Walau bagaimanapun kedudukanku tidak menghalang anda dari memberi jawapan kepada mereka.

Hasan  berkata:  Subhanallah, rumah adalah  rumah  anda  dan keizinan  adalah terserah kepada anda! Demi Allah jika aku  mem­beri  jawapan  kepada mereka menurut apa  yang  mereka kehendaki sesungguhnya aku terasa malu kepada anda untuk menerangkan  keja­hatan  anda. Dan jika mereka mengalahkan anda menurut  apa  yang anda  kehendaki, sesungguhnya aku terasa malu kepada  anda  untuk menerangkan  kelemahan  anda. Justeru itu yang  mana  satu  anda memperakuinya dan yang mana satu anda memohon maaf. Sesungguhnya jika  aku mengetahui kedudukan dan pertemuan mereka, nescaya  aku datang  bersama Bani Hasyim seramai bilangan mereka.  Disebabkan aku berkeseorangan, mereka akan lebih bertindak liar  terhadapku. sesungguhnya Allah `Azza Wajalla waliku hari ini dan  selepasnya. Lantaran  itu  perintahlah mereka dan  biarlah  mereka  bercakap sesuatu,  aku  akan mendengarnya. Tidak ada  kekuatan melainkan dengan Allah S.W.T.

`Amru  b. `Uthman b. `Affan berkata: Kalau boleh  aku  tidak ingin mendengar seperti hari ini seorang pun daripada Bani  `Abdu l-Muttalib  selepas  pembunuhan `Uthman.  Sedangkan  dia adalah sepupu mereka, mempunyai kedudukan yang tinggi dalam Islam  teru­tamanya  di sisi Rasulullah (s.`a.w). Justeru itu  sejahat-jahat penghormatan  Allah  terhadap mereka kerana mereka telah  menga­lirkan  darahnya  secara permusuhan dan  menabur  fitnah,  kerana hasad  dengki mereka bagi menuntut apa yang bukan  menjadi  milik mereka.  Apatah lagi dia di kalangan orang-orang yang  terdahulu memeluk  Islam  dan kedudukannya yang tinggi di  sisi  Allah  dan RasulNya. Alangkah hinanya jika Hasan dan seluruh Bani `Abdu  l-Muttalib  menjadi pembunuh `Uthman! Mereka masih hidup  berjalan ke  mana  mana  sedangkan `Uthman mati  berlumuran darahnya.  Di samping itu kami mempunyai hak bagi menuntut bela di atas  sembi­lan belas darah Bani Umaiyyah yang dibunuh di Badr.

Kemudian `Amru b. al-`As berkata: Dia memuji Allah  kemudian berkata:  Di  mana satu anak lelaki Abu Turab yang  kami  utuskan kepada anda bagi kami meminta pengakuan dari anda bahawa  sesung­guhnya  bapa  andalah  yang telah meracuni  Abu  Bakr  al-Siddiq, bersubahat  di dalam pembunuhan `Umar  al-Faruq  dan  pembunuhan `Uthman dhi al-Nuraini secara zalim. Beliau menuntut  (khalifah) bukan daripada haknya. Dan menabur fitnah mengenainya.

Kemudian dia berkata: Sesungguhnya kalian wahai Bani Abdu l-Muttalib, Allah tidak mengurniakan al-Mulk (pemerintahan)  kepada kalian.  Lantas kalian menguasai apa yang tidak halal  bagi  kalian. Anda wahai Hasan, anda mengatakan bahawa anda adalah  Amir al-Mukminin, sedangkan anda tidak mempunyai daya fikir  mengenai-nya.  Lantaran  itu  tidak hairanlah jika aku  meninggalkan si bodoh berada di kalangan Quraisy. Ini disebabkan perbuatan bapa anda yang jahat. Sesungguhnya kami menjemput anda adalah semata-mata untuk mencaci anda dan bapa anda. Justeru itu anda tidak mampu mencela kami apatah lagi membohongi kami  menge­nainya.  Tetapi sekiranya anda dapati kami membohongi kalian  di dalam  sesuatu perkara atau kami mengatakan sesuatu tentang  anda dan sesuatu terhadap anda menyala­hi kebenaran, maka cakaplah jika tidak, ketahuilah bahawa sesungguhnya  anda  dan bapa anda adalah sejahat-jahat makhluk Allah. Adapun mengenai bapa anda memadailah Allah telah membunuhnya  dan mengasingkannya.  Adapun  anda berada di dalam  kekuasaan  kami, kami  boleh membuat pilihan. Demi Allah sekiranya kami  membunuh kalian tidaklah (kami) berdosa di sisi Allah dan tidak mendatang­kan keaiban di sisi orang ramai.

Kemudian `Atbah bin Abu Sufyan berkata: Wahai Hasan, sesung­guhnya  bapa anda adalah sejahat-jahat Quraisy bagi Quraisy.  Dia telah  memutuskan silat al-Rahim di kalangan Quraisy  dan menga­lirkan darahnya. Sesungguhnya anda adalah di kalangan  pembunuh-pembunuh `Uthman. Justeru itu kami berhak membunuh anda  kerananya.  Sesungguhnya  anda wajib membayar ganti rugi  sebagaimana disebutkan  di dalam kitab Allah Azza Wajalla dan  kamilah  orang yang memerangi anda mengenainya. Adapun bapa anda, Allah  telah membunuhnya  dan  ia  sudah selesai. Adapun  harapan  anda  bagi mendapatkan khilafah, maka anda bukanlah orang yang layak mengenainya di dalam semua segi.

Kemudian  al-Walid bin `Uqbah bin Abi Mu`it  bercakap  lebih kurang kepada para sahabatnya dan dia berkata: Wahai Bani Hasyim! Kalianlah  orang pertama yang telah mendedahkan  keaiban  `Uthman dan mengumpulkan orang ramai bagi menentangnya. Sehingga kalian membunuhnya  kerana inginkan al-Mulk  (pemerintahan),  memutuskan Silat  al-Rahim, membinasakan  umat,  mengalirkan  darah  mereka kerana mengejar pemerintahan, mengejar dunia yang buruk dan  mencintainya, sedangkan `Uthman adalah bapa saudara  kalian. Dia  adalah ipar kalian dan sebaik-baik ipar.  Sesungguhnya  ka­lianlah  orang  pertama  yang hasad  kepadanya  dan  mencacinya. Kemudian  kalian  merencanakan  pembunuhannya. Bagaimana   pula kalian fikir tentang azab Allah terhadap kalian.

Kemudian  Mughirah  bin Syu`bah pula berkata:  Wahai  Hasan! Sesungguhnya  `Uthman telah dibunuh secara zalim. Justeru  itu bapa anda tidak dapat mengelakkan dirinya dari pembunuhan  terse­but.  Tetapi kami mengatakan bahawa bapa anda  telah  melindungi pembunuh-pembunuh `Uthman dengan berbagai cara. Sesungguhnya dia meredhai  pembunuhan  itu. Demi Allah dia mempunyai  pedang  dan lidah  yang panjang. Dia membunuh orang yang hidup  dan mencela orang yang mati.

Bani  Umayyah lebih baik daripada Bani Hasyim daripada  Bani Hasyim terhadap Umayyah. Mu`awiyah adalah lebih baik untuk  anda wahai  Hasan daripada anda untuk Mu`awiyah. Bapa anda telah  menentang (nasaba) Rasulullah s.`a.w. pada masa hidupnya dan telah

menutupinya sebelum kewafatannya dan ingin membunuhnya.  Perkara tersebut  diketahui  oleh Rasulullah s.`a.w. kemudian  dia  benci memberi  bai`ah  kepada Abu Bakr sehingga  dia  bertindak balas, kemudian  meracuninya sehingga mati. Selepas itu  dia  menentang `Umar  sehingga dia berhasrat memotong tengkoknya.  Kemudian  dia menyokong pembunuhannya. Selepas itu dia mencaci `Uthman sehing­ga  dia  membunuhnya pula. Lantaran itu dia  terlibat  di  dalam pembunuhan  mereka.  Manakah kedudukannya di  sisi  Allah  wahai Hasan!

Sesungguhnya  Allah  telah  menjadikan  sultan  (pemerintah) sebagai wali kepada orang yang dibunuh di dalam kitabNya. Justeru itu Mu`awiyah adalah wali orang yang dibunuh tanpa hak.  Justeru itu adalah wajar jika kami membunuh anda dan saudara lelaki anda. Demi  Allah darah `Ali tidaklah lebih berbahaya dari darah  `Uth­man. Lantaran itu Allah tidak akan menghimpunkan pada kalian dua perkara  wahai Bani `Abdu l-Muttalib, pemerintahan (al-Mulk) dan kenabian (al-Nubuwwah). Kemudian dia berdiam diri.

Lalu  Hasan  bin `Ali berkata: Segala puji bagi  Allah  yang telah memberi hidayat kepada orang yang awal kalian dengan  orang yang  awal  kami dan orang yang akhir kalian  dengan  orang yang akhir kami. Salawat dan salam ke atas datukku Muhammad nabi  dan keluarganya.  Kalian dengarlah jawapanku dan  kalian  fahamilah baik-baik. Dengan andalah aku mulai wahai Mu`awiyah. Demi Tuhan wahai Azraq (Mu`awiyah) tidak seorang pun mencaciku selain  dari­pada anda. Mereka itu tidak mencaciku. Tidak mencelaku  selain daripada  anda dan mereka itu tidak mencelaku tetapi  anda  telah mencela  dan  mencaciku. Itu adalah petanda kejahatan  anda  dan pendapat  anda kerana memusuhi kami dan hasad dengki anda  kepada kami  serta permusuhan anda terhadap Muhammad s.`a.w. dahulu  dan sekarang.

Demi  Allah sekiranya aku dan mereka itu wahai Azraq  berme­syuarat di Masjid Rasulullah s.`a.w. dan sekitar kami orang-orang Muhajirin dan Ansar, nescaya mereka tidak mampu bercakap sedemi­kian rupa dan mereka tidak mengalu-alukan kedatanganku  sebegini. Justeru itu dengarlah daripadaku wahai kumpulan yang menentangku. Janganlah  kalian menyembunyikan kebenaran yang  kalian  mengeta­huinya. Dan janganlah kalian membenarkan kebatilan sekiranya aku berkata mengenainya.  Aku akan mulai percakapanku  dengan  anda wahai Mu`awiyah dan aku tidak akan berkata sesuatu pun  melainkan ia bertepatan dengan anda.

1.Aku menyeru kalian dengan nama Allah, adakah kalian mengetahui bahawa lelaki yang kalian telah mencacinya itu adalah orang  yang telah  melakukan  solat di hadapan dua kiblat.  Dan anda telah melihat kedua-dua kitab kesesatan menyembah al-Lata dan al-`Uzza?3 Dia juga telah mela­kukan  dua bai`ah, bai`ah al-Ridwan dan bai`ah al-Fath  sedangkan anda wahai Mu`awiyah, di bai`ah pertama kafir sementara di bai`ah kedua anda menarik balik bai`ah anda (nakithin).4

2. Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian  mengetahui bahawa  sesungguhnya Rasulullah (s.`a.w.) telah  mengepung  Bani Quraidah dan Bani Nadhir kemudian beliau (s.`a.w.) mengutus `Umar b. al-Khattab bersama bendera Muhajirin dan Sa`d b. Mu`adh bersa­ma  bendera Ansar. Adapun Sa`d b. Mu`adh pergi ke  medan  perang dan  tercedera. Adapun `Umar telah lari dari  medan  peperangan. Dia mengatakan bahawa para sahabatnya pengecut tetapi para  saha­batnya pula mengatakan dia adalah seorang yang pengecut.5

Lantas  Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: "Besok aku akan  mem­beri  bendera kepada seorang lelaki di mana dia  mencintai  Allah dan  RasulNya,  dan Allah dan RasulNya  mencintainya  terus mara tanpa  lari kemudian terus berjuang sehingga Allah memberi  keme­nangan melaluinya".6

Abu Bakr, `Umar serta orang-orang Muhajirin dan Ansar kurang senang  mengenainya. `Ali pada masa itu mengidap penyakit  mata. Rasul  (s.`a.w.) menjemputnya lalu meniupkan di matanya lalu  dia pun sembuh.7 Kemudian beliau memberikan kepadanya satu bendera.8 Dia pun pergi berjuang sehingga mendapat kemenangan dengan perto­longan  Allah  S.W.T. Sedangkan anda pada masa  itu  di  Makkah adalah  seorang musuh Allah dan RasulNya. Adakah sama di antara lelaki  yang  mencintai  sesuatu kerana Allah  dan  RasulNya lelaki  yang memusuhi Allah dan RasulNya?9 Aku bersumpah  dengan nama  Allah bahawa hati anda tidak pernah menerima Islam,  tetapi lidah anda takut. Oleh itu anda bercakap apa yang tidak ada  di hati anda. Lihat umpamanya hadis Nabi s.`a.w. kepada `Ali  A.S:  " Tidak akan mencintai anda melainkan dia seorang mukmin, dan tidak membencikan anda melainkan dia seorang munafiq".10

3. Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian  mengetahui bahawa  Rasulullah (s.`a.w.) telah melantiknya (`Ali) di  Madinah ebelum  peperangan Tabuk tanpa memarahi dan bencinya. Lalu orang-orang  munafiq  bercakap mengenainya. Maka  beliau  (`Ali) berkata: Janganlah anda meninggalkan aku wahai Rasulullah  kerana aku tidak pernah meninggalkan anda di dalam mana-mana peperangan. Lantas Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: Anda adalah wasiku,  khali­fahku  pada keluargaku samalah kedudukan Harun  di  sisi  Musa". Kemudian beliau memegang tangan `Ali A.S seraya bersabda:  "Wahai manusia!  Siapa yang menjadikan aku wali, maka  sesungguhnya  dia telah  menjadikan  Allah wali. Dan siapa yang  telah  menjadikan `Ali  wali maka dia telah menjadikan aku wali. Siapa yang  telah mentaati  aku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah.  Dan siapa  yang mentaati `Ali maka dia mentaati aku. Dan siapa  yang mencintaiku, maka dia mencintai Allah. Dan siapa yang  mencintai `Ali, maka dia telah mencintaiku".11

4. Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian  mengetahui bahawa sesungguhnya Rasulullah (s.`a.w.) bersabda pada Haji Wida`: " Wahai  manusia sesungguhnya aku telah tinggalkan  kepada  kalian dan kalian tidak akan sesat selepasnya; Kitab Allah dan itrah Ahl l-Baitku.  Justeru  itu  halalkanlah  halalnya  dan  haramkanlah haramnya.  Beramallah menurut muhkamnya dan  berimanlah  menurut mutasyabihahnya.

Dan katakanlah: Kami percaya apa yang telah diturunkan Allah (al-Kitab),  cintailah  Ahl  l-Baitku dan  itrahku.  Hormatilah orang-orang yang mewalikan mereka. Tolonglah mereka bagi menentang musuh-musuh mereka. Sesungguhnya kedua-duanya akan sentiasa berada  pada  kalian sehinggalah dikembalikan ke atasku  di  Haud pada hari kiamat.12

Kemudian beliau menjemput `Ali ketika beliau berdiri di atas mimbar  lalu menarik tangannya seraya bersabda:  "Wahai  Tuhanku, hormatilah  orang yang mewalikannya, musuhilah orang yang  menen­tangnya. Wahai Tuhanku, jangan jadikan di bumi ini tempat  duduk penentang-penentang  `Ali,  dan di langit tidak ada  tempat  naik serta jadikanlah mereka di neraka yang terkebawah".13

5. Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian  mengetahui bahawa sesungguhnya Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: Andalah  orang yang boleh mencebok haudku di hari kiamat. Anda akan membekalkan air  daripadanya  sebagaimana seorang daripada  kamu  membekalkan " wanita asing " di tengah untanya".14

6. Aku menyeru kalian dengan nama Allah, adakah kalian mengetahui bahawa `Ali telah berjumpanya (s.`a.w.) ketika sakit yang membawa kewafatannya,  maka  Rasulullah (s.`a.w.) menangis.  Lalu  `Ali berkata:  Apakah  yang membuat anda  menangis  wahai  Rasulullah? Beliau bersabda: "Apa yang membuatkan aku menangis adalah  kerana keilmuanku  bahawa hasad dengki masih membara di hati  umat  ini, tetapi mereka tidak berani menzahirkannya sehingga aku wafat".15

7. Aku menyeru kalian dengan nama Allah, adakah kalian mengetahui bahawa  Rasulullah (s.`a.w.) ketika hampir wafat, Ahlu  l-Baitnya berkumpul  dan beliau bersabda: "Sesungguhnya Ahl al-Baitku  pada kalian sepertilah bahtera Nuh. Siapa yang menaikinya berjaya dan siapa yang meninggalkannya tenggelam".16

8. Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian  mengetahui bahawa  para sahabat Rasulullah (s.`a.w.) telah menerima  wilayah `Ali pada masa Rasulullah dan pada masa hidupnya?17

9. Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian  mengetahui bahawa  sesungguhnya `Ali adalah orang yang pertama  mengharamkan segala  keinginan  duniawi ke atas dirinya,  lantas  Allah  `Azza Wajalla  menurunkan ayat Surah al-Maidah 5: 88-89  "Wahai  orang-orang  yang beriman janganlah kamu kalian mengharamkan  apa  yang baik  yang  telah Allah halalkan bagi kamu,  dan  janganlah  kamu melampaui  batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai  orang-orang

yang melampaui batas. Dan makanlah makanan yang halal lagi  baik daripada apa yang Allah telah rezekikan kepada kamu, dan  bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepadaNya".

Di sisinya segala jenis ilmu; ilmu mengenai hukum, kefasihan bercakap, keilmuan yang utuh dan sebab-sebab turunnya al-Qur'an.18 Beliau adalah di kalangan kumpulan di mana kami tidak  mengetahui mereka  melengkapi sepuluh orang yang telah  diberitahukan  Allah bahawa  mereka  adalah Mukminin. Sedangkan kalian  di  kalangan kumpulan  yang  hampir bilangan mereka dilaknati Allah  di  atas lidah Rasulullah (s.`a.w.). Lantaran itu aku menjadi saksi untuk kalian  dan  menjadi saksi bagi menentang  kalian;  sesungguhnya kalian  adalah  orang-orang yang dilaknati Allah  di  atas  lidah nabi-Nya.19

10. Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian mengetahui bahawa  sesungguhnya Rasulullah (s.`a.w.) mengutus  kepada  anda supaya  anda menulis bagi pihaknya kepada Bani Khuzaimah  ketika Khalid  b. Walid melakukan angkara terhadap mereka,  maka  utusan itu berpaling  kepadanya (Mu`awiyah) lalu  berkata:  Dia  sedang makan. Maka utusan berpaling kepada anda sebanyak tiga kali. Dan setiap  kali  dia berpaling kepada anda dia berkata:  Dia sedang makan.  Maka  Rasululullah (s.`a.w.) bersabda:  " Wahai  Tuhanku, janganlah Engkau membuat perutnya terasa kenyang." Justeru  itu sabda  itu adalah untuk anda dan makanan anda sehingga hari  kia­mat.

11.  Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian  mengeta­hui: Sesungguhnya apa yang aku perkatakan itu benar.  Sesungguhnya wahai Mu`awiyah anda menarik dengan bapa anda di atas  seekor unta  merah diterajui oleh saudara anda yang duduk. Ini  berlaku di  hari al-Ahzab. Maka Rasulullah (s.`a.w.) melaknati  pemandu, penunggang dan penarik. Bapa anda adalah penunggang, anda penar­ik dan saudara anda yang duduk adalah pemandu. 20

12. Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian mengetahui bahawa  sesungguhnya Rasulullah (s.`a.w.)  telah  melaknati  Abu Sufyan:

Pertama:  Ketika beliau (s.`a.w.) keluar dari Makkah  ke  Madinah dan  Abu Sufyan datang dari Syam. Lantas Abu Sufyan  marah  lalu mencacinya  dan mengancamnya dan berhasrat untuk melakukan  keka­saran  terhadapnya tetapi Allah memalingkannya dari  melaksanakan niat jahatnya.

Kedua:  Hari  al-`Air  (keldai) di mana  Abu  Sufyan  mengusirnya supaya ia tidak menjadi benteng kepada Rasulullah (s.`a.w.).

Ketiga:  Hari Uhud di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda:  " Allah adalah  maula  kami sedangkan anda tidak  mempunyai  maula." Abu Sufyan berkata: Kami ada al-`Uzza sedangkan kalian tidak mempun­yainya. Lantaran itu Allah, para MalaikatNya, para RasulNya  dan Mukminun melaknatinya.

Keempat: Hari Hunain di mana Abu Sufyan mulai mengumpulkan Qurai­sy  dan  Hawazin sementara `Uyainah  mengumpulkan  Ghatafan  dan Yahudi.  Lalu  Allah menentang mereka dengan  kemarahan  mereka sendiri sehingga mereka tidak dapat mencapai kemenangan.

Ini  adalah firman Allah `Azza Wajalla diturunkan  di  dalam dua  surah kedua-duanya mengenai Abu Sufyan dan  para  sahabatnya sebagai kafir dan anda wahai Mu`awiyah di hari itu seorang musyr­ik menurut pendapat bapa anda di Makkah.21 Sedangkan `Ali di hari itu  bersama Rasulullah (s.`a.w.) menurut "pendapatnya" dan  agamanya.

Kelima:  Firman  Allah `Azza Wajalla Surah al-Fath  48:  25  "Dan merekalah  orang-orang kafir yang menghalangi kamu  dari  (masuk) Masjid  Haram  dan  menghalangi haiwan korban  sampai ke  tempat penyembelihannya"

Anda, bapa anda dan musyrikin Quraisy menghalang  Rasulullah (s.`a.w.).  Justeru  itu Allah melaknatinya dengan  laknat  yang meliputinya dan zuriatnya sehingga hari kiamat.22

Keenam:  Hari  al-Ahzab di mana Abu Sufyan  mengumpulkan  Quraisy sementara  `Uyainah  b. Hasin  b.  Badr  mengumpulkan  Ghatafan. Lantas  Rasulullah  (s.`a.w.)  melaknati  pemandu, pengikut  dan penarik.

Ditanya  Rasulullah: Adakah di kalangan penunggang itu  muk­min? Beliau bersabda: Laknat tidak akan kena mukmin dari  kalan­gan penunggang (al-Atba`). Tetapi di kalangan pemandu tidak  ada seorang  pun daripada mereka mukmin, tidak ada seorang  pun  yang menyahuti seruan dan tidak seorang pun berjaya.

Ketujuh:  Hari  Thaniyyah, di mana  Rasulullah  (s.`a.w.)  hampir dibunuh oleh dua belas orang lelaki. Tujuh daripada mereka  dari Bani  Umayyah, lima daripada semua kabilah Quraisy. Justeru itu Allah  dan  RasulNya  melaknati  orang-orang  yang  memasuki  al-Thaniyyah selain daripada Nabi (s.`a.w.). 23

13. Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian mengetahui sesungguhnya  Abu  Sufyan telah  berjumpa  `Uthman  ketika   dia dibai`ah di Masjid Rasulullah (s.`a.w.), dia berkata: Wahai anak saudaraku! Adakah pengintip ke atas kita sekarang? Dia menjawab: Tidak ada. Maka Abu Sufyan berkata: Pusingkanlah jawatan  khali­fah  wahai pemuda-pemuda Bani Umayyah. Demi orang yang  di  mana diri Abu Sufyan di tanganNya, tidak ada syurga dan neraka?24

14. Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian mengetahui bahawa  sesungguhnya Abu Sufyan memegang  tangan  Husain  ketika `Uthman  dibai`ah  dan  berkata: Wahai  anak saudaraku, marilah keluar  bersama-samaku  ke kubur Baqi`. Lalu beliau  pun  keluar bersamanya sehinggalah sampai di pertengahan kubur, dia menendang kubur  itu  dan  melaung dengan  sekuat-kuatnya: Wahai  penghuni kubur! Perkara di mana kalian memerangi kami kerananya  sekarang ia  berada di tangan kami sedangkan kalian telah  menjadi  reput. Lantas  Husain  b. `Ali A.S berkata: Allah menjadikan  uban  anda sehodoh-hodohnya  dan Dia menjadikan muka anda  sehodoh-hodohnya. Kemudian beliau melepaskan tangannya lalu meninggalkannya keseor­angan.  Sekiranya al-Nu`man b. Basyir tidak  memimpin  tangannya (Abu Sufyan) dan mengembalikannya ke Madinah, nescaya dia mati di situ.

Ini  adalah  untuk anda wahai Mu`awiyah. Adakah  anda  mampu menolak  hujah kami dan hujah orang yang anda telah  melaknatinya bahawa sesungguhnya bapa anda Abu Sufyan berhasrat untuk  menjadi Muslim, tetapi anda telah mengutuskan kepadanya sebuah bait syair yang menonjolkan kelebihan Quraisy dan lain-lain.  Justeru  itu anda  telah  menghalangnya  dari menerima Islam  dan  anda  telah menghalangnya.25

Di antaranya `Umar b. al-Khattab telah melantik anda menjadi wali  (gabenor) di Syam, tetapi anda  mengkhianatinya.  Kemudian `Uthman  melantik anda menjadi wali, tetapi anda hanya menunggu saat  kehancurannya. Kemudian lebih daripada itu  anda  beramai-ramai  menentang Allah dan RasulNya.  Sesungguhnya  anda  telah memerangi  `Ali  A.S sedangkan anda  telah mengenalinya  sebagai orang  yang pertama memeluk Islam, kelebihannya,  keilmuannya  di dalam segala urusan.26

Malah  beliau lebih layak daripada anda dan selain  daripada anda  di  sisi  Allah dan RasulNya. Anda  telah  menegahnya  dan membuat  orang ramai di dalam kesamaran. Anda telah mengalirkan darah   makhluk  Allah  dengan  tipudaya  dan   kelicikan   anda. Perbuatan orang yang tidak beriman dengan hari akhirat dan  tidak takutkan  pembalasan. Malah apabila sampai ajal, anda akan  ber­pindah ke tempat yang paling celaka sedangkan `Ali ke tempat yang paling baik. Dan Allah pasti menunggu anda.27 Ini adalah khusus untuk anda wahai Mu`awiyah. Adapun keai­ban-keaiban  anda yang lain aku tidak mahu menyebutkannya  kerana aku tidak mahu memanjangkan perkara ini.

Adapun anda wahai `Amru b. `Uthman, jawapanku terhadap  anda tidak akan mencapai maksudnya disebabkan kebodohan anda.  Sekir­anya anda mengikuti perkara-perkara tersebut, anda akan  mengeta­hui  bahawa  anda sepertilah nyamuk manakala ia  berkata  kepada lebah: Berpeganglah sekuat-kuatnya kerana aku ingin turun di atas anda.  Lalu  lebah menjawab: Aku tidak pun  menyedari  kejatuhan anda di atasku. Bagaimana turunnya anda ke atasku akan menyulit­kanku?  Demi  Allah sesungguhnya aku tidak  merasai  bahawa  anda secara terang memusuhiku sehingga ia menyulitkanku. Dan aku akan memberi jawapan kepada kata-kata anda: Adakah cacian anda  terha­dap  `Ali A.S. akan mengurangkan kemuliaannya atau  menjauhkannya daripada  Rasulullah  (s.`a.w.)? Atau ujiannya  itu  mencacatkan Islam,  atau  tidak ada keadilan di dalam hukum?  Atau  cintakan dunia? Sekiranya anda menjawab salah satu daripada soalan-soalan tersebut, maka sesungguhnya anda telah berbohong.

Adapun  kata-kata anda: Sesungguhnya bagi kalian  pada  kami sembilan  belas  hutang darah musyrikin Bani  Umayyah  di  dalam peperangan  Badr,  jawapanku  bahawa Allah  dan RasulNya  telah membunuh mereka semua.

Mudah-mudahan  kamu  akan membunuh di kalangan  Bani  Hasyim sembilan belas, dan tiga selepas sembilan belas kemudian  dibunuh di   kalangan  Bani  Umayyah  sembilan  belas. Sembilan   belas sekaligus selain apa yang telah dibunuh di kalangan Bani  Umayyah di mana bilangan mereka sebenar tidak diketahui melainkan  Allah. Sesungguhnya Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: "Apabila sampai  Bani Umayyah tiga puluh orang lelaki, mereka membahagi-bahagikan harta Allah  di  kalangan  mereka.  Mengambil  hamba-hambaNya  sebagai milik,  kitabNya sebagai lambang  semata-mata.  Apabila  mereka meningkat tiga ratus sepuluh orang, mereka berhak dilaknati. Dan apabila  mereka  meningkat kepada empat ratus tujuh  puluh  lima, kebinasaan  mereka lebih cepat daripada mengunyah sebiji  kurma". Begitu  juga  Hakam b. Abi al-`As termasuk di  dalam  firman  dan hadis  itu juga. Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: Rendahlah suara kalian kerana Bani Umayyah sedang mendengar.

Hal  demikian itu berlaku manakala Rasulullah (s.`a.w.)  melhat  mereka  di dalam mimpinya, begitu  juga  orang-orang  yang memiliki  urusan khalifah selepasnya. Ia  meresahkan Rasulullah (s.`a.w.).  Lalu  Allah `Azza Wajalla berfirman  maksudnya  "Dan Kami tidak menjadikan mimpi yang telah Kami perlihatkan kepadamu, melainkan sebagai ujian bagi manusia dan (begitu pula) pohon kayu yang terkutuk dalam al-Qur'an" (Surah al-Isra' 17: 60) iaitu Bani Umayyah.  Allah juga berfirman "Malam al-Qadar  (kemuliaan)  itu lebih baik dari seribu bulan" (Surah al-Qadar 97: 3). Aku menja­di saksi untuk kalian dan ke atas kalian bahawa kekuasaan kalian selepas pembunuhan `Ali hanya seribu bulan yang telah  ditetapkan oleh Allah `Azza Wajalla di dalam kitabNya.

Adapun  anda  wahai `Amru b. al-`As  yang  dilaknati  Allah, sesungguhnya anda adalah anjing (ganas). Ibu anda adalah  perem­puan jahat. Anda dilahirkan di atas "hamparan" yang dikongsikan oleh  beberapa lelaki Quraisy seperti Abu Sufyan b. al-Harb,  al-Walid  b. Mughirah, `Uthman b. al-Harth, al-Nadar b.  Kaldah  dan al-`As b. Wa'il. Setiap mereka menyangka bahawa anda adalah anak lelakinya.  Kemudian seorang yang paling jahat  daripada  mereka mendapat kemenangan di atas anda.28

Kemudian  anda  berkhutbah  di dalam  keadaan  berdiri:  Aku membenci Muhammad. Al-`As b. Wa'il berkata: Sesungguhnya  Muham­mad adalah seorang lelaki yang terputus keturunannya. Sekiranya beliau mati nescaya terputuslah keturunannya. Lantas Allah S.W.T. menurunkan ayat Surah al-Kauthar 108: 3 "Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus".

Ibu  anda pernah datang menawarkan dirinya kepada Bani  `Abd Qais supaya menidurinya (bughyah), dia mendatangi mereka  menurut giliran mereka sama ada di dalam perjalanan ataupun di  wadi-wadi mereka.  Kemudian  anda pada setiap  tempat  dipersaksikan  oleh Rasulullah (s.`a.w.) sebagai musuh yang paling kuat  menentangnya dan yang paling pembohong. Kemudian anda adalah di antara penum­pang-penumpang bahtera; orang-orang yang mendatangi Raja Najjasyi bagi membunuh Ja`far b. Abu Talib dan orang-orang Muhajirin  lain memohon  perlindungan  Raja Najjasyi. Tetapi  tipudaya  tersebut terserlah  dan  membuat datuk anda berada di  bawah  (gagal) dan menghancurkan  niat jahatnya serta usaha anda yang sia-sia.  Dia telah  menjadikan kalimah orang-orang kafir di bawah dan  kalimah Allah di atas.29

Adapun kata-kata anda tentang `Uthman, maka anda yang  tidak mempunyai sifat malu dan keagamaan, anda telah menyalakan api  ke atasnya. Kemudian anda telah melarikan diri ke Palestin  semata-mata  kerana  menunggu giliran.  Manakala  berita  pembunuhannya sampai, anda telah menawarkan diri anda kepada Mu`awiyah. Lantas anda  menjual agama anda kepadanya dengan dunia orang lain  wahai si jahat. Kami tidak mencela anda kerana memarahi kami dan kami tidak  juga  mengkritik anda kerana cintakan kami.  Anda  adalah musuh Bani Hasyim pada masa Jahiliyah dan Islam.

Sesungguhnya  anda  telah menghina Rasulullah  (s.`a.w.)  di dalam  tujuh puluh bait syair. Justeru itu Rasulullah  (s.`a.w.) bersabda: "Wahai Tuhanku sesungguhnya aku tidak pandai bersyair, lantaran  itu aku tidak patut menjawabnya oleh itu wahai  Tuhanku laknatilah  `Amru  b. al-`As  pada  setiap  bait  syair   seribu laknat".30

Kemudian  anda wahai `Amru, anda lebih mencintai dunia  anda daripada  agama  anda. Anda telah mengadap  Raja  Najjasyi  dan memberi  hadiah kepadanya semasa lawatan anda pada kali  pertama dan  kedua. Tetapi kesemuanya menemui jalan buntu. Hasrat  anda adalah supaya Ja`far dan para sahabatnya dibunuh. Manakala  Raja Najjasyi  menyalahkan anda mengenainya, lantas anda  menghalalkan darah sahabat anda `Ammarah b. al-Walid.31

Adapun  anda  wahai Walid b. `Uqbah, demi Allah,  aku  tidak mencela  anda  memarahi `Ali kerana beliau  telah  menyebat  anda lapan  puluh  kali sebat.32

Dan beliau telah membunuh  bapa  anda tanpa  bertarung  di hari Badr. Atau bagaimana anda  mencacinya sedangkan  Allah telah menamakannya mukmin di dalam sepuluh  ayat al-Qur'an.  Dan Dia telah menamakan anda fasiq sebagaimana  fir­manNya  dalam  Surah  al-Sajdah 32: 18 "Maka  apakah  orang  yang beriman  seperti  orang  yang fasiq? Mereka  tidak  sama". Dan firmanNya  dalam  Surah al-Hujurat 49: 6  "Hai  orang-orang  yang beriman,  jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu  berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan sesuatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menye­babkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu".

Adapun anda dan sebutan anda sebagai Quraisy pada hakikatnya anda  bukanlah  Quraisy, malah anda adalah  anak  lelaki  kepada seorang yang tidak mengetahui budi bahasa dari keluarga Safuriyah bernama Zakwan.

Adapun  sangkaan  anda bahawa kami telah  membunuh  `Uthman, demi Allah, Talhah, Zubair dan `Aisyah sendiri tidak mampu  untuk mengaitkannya dengan `Ali b. Abu Talib.33

Bagaimana anda  sanggup berkata sedemikian rupa? Sekiranya anda bertanya ibu anda siapa­kah bapa anda ketika dia meninggalkan Zakwan, lalu dia mengaitkan anda  dengan `Uqbah b. Abu Mu`it, nescaya dia merasa  angkuh  dan bermegah  dengan  apa yang dia lakukan.  Sedangkan Allah  telah menyediakan  bagi anda, bapa anda dan ibu anda kehinaan  dan  me­nanggung  malu di dunia dan di akhirat. Allah tidak akan  menza­limi hamba-hambaNya.34

Kemudian  anda  wahai Walid! Allah lebih besar  dari  orang yang  anda kaitkan namanya. Bagaimana anda mencaci  `Ali  kerana sekiranya anda bekerja keras nescaya anda dapat mempastikan nasab anda  kepada bapa anda yang sebenar dan bukan kepada  orang  yang dikaitkan namanya  dengan anda. Kerana ibu anda  sendiri  telah mengatakan: Wahai anakku, bapa anda adalah lebih celaka dan jahat daripada `Uqbah.

Adapun  anda `Utbah b. Abu Sufyan; Demi Allah anda  bukanlah cekap sehingga aku memberi jawapan kepada anda, tidak pula  bera­kal  sehingga  aku mendera anda, kerana tidak ada di  sisi  anda kebaikan  yang diharapkan sekiranya anda mencaci `Ali, tidak  ada keaiban  baginya terhadap anda. Kerana anda di  sisiku  tidaklah setanding  dengan  seorang hamba `Ali b. Abu Talib  sehingga  aku memberi jawapan kepada anda dan mencela anda, tetapi Allah `Azza Wajalla sedang  menunggu anda, bapa anda, ibu anda  dan  saudara anda.  Anda adalah dari zuriat datuk-datuk anda yang  disebutkan di dalam al-Qur'an, maka Dia berfirman di dalam Surah al-Ghasyiah 88:  3-5  "Bekerja keras lagi kepayahan (nasibah),  memasuki  api yang  sangat  panas, diberi minum (dengan air) dari  sumber  yang sangat panas".

Adapun  ancaman  anda untuk membunuhku,  kenapa  anda  tidak membunuh  orang  yang anda mendapatinya di  atas  hamparan  anda bersama  isteri anda. Dia telah mengalahkan anda bagi menguasai kemaluannya  (farajnya) dan dia berkongsi dengan anda  pula  bagi mendapatkan anaknya sehingga dia mengaitkan anak lelaki  tersebut dengan  anda sedangkan ia bukanlah anak lelaki  anda.  Celakalah anda! Jikalaulah anda bekerja keras bagi membalas dendam  terha­dapnya adalah lebih wajar kerana ia merupakan  suatu  kebebasan, kerana anda mengancam untuk membunuhku, tetapi aku tidak  mencela anda  mencaci  `Ali  kerana beliau telah  membunuh saudara  anda secara  bertarung. Beliau dan Hamzah b. `Abdu  l-Muttalib  telah berkongsi di dalam pembunuhan datuk anda, sehingga Allah membakar mereka  berdua  dengan  api neraka dan merasakan  mereka  berdua dengan azab yang pedih. Dan beliaulah yang mengusir bapa saudara anda sebelah ibu dengan perintah Rasulullah (s.`a.w.).

Adapun harapanku untuk menjadi khalifah, demi Allah  sekira-nya  aku  mengharapkannya adalah kerana aku  berhak  menuntutnya. Sedangkan  anda tidak setanding dengan saudara anda dan tingkah laku  bapa anda. Kerana saudara anda lebih kuat menentang  Allah S.W.T. dan paling kuat tuntutannya bagi mengalirkan darah Muslim­in.  Dia juga menuntut apa yang dia tidak layak untuknya  dengan menipu orang ramai. Justeru itu Allah memusnahkan tipu  dayanya, dan Allah sebaik-baik orang yang mendedahkan tipu daya mereka.

Adapun  kata-kata  anda: Sesungguhnya  `Ali  adalah  sejahat jahat  Quraisy  untuk Quraisy. Demi Allah,  beliau  tidak  hina sehingga  memerlukan  kasihan  belas, dan  beliau  tidak  dibunuh secara zalim.

Adapun  anda wahai Mughirah b. Syu`bah!  Sesungguhnya  anda adalah  musuh  Allah, meninggalkan kitabNya,  pembohong  terhadap nabiNya.35

Anda adalah penzina dan wajib dilaksanakan hukum rejam ke atas anda, kerana orang-orang yang adil dan baik menjadi saksi terhadap  anda. Tetapi rejam anda ditangguhkan lantas kebenaran ditolak dengan kebatilan dan kebenaran dengan kekerasan.36

Justeru  itu Allah menyediakan untuk anda azab  yang  pedih. Kehinaan  di  dalam kehidupan dunia dan azab  di  akhirat  adalah lebih  hina.  Andalah  orang yang telah  memukul  Fatimah  binti Rasulullah  (s.`a.w.) sehingga terkeluar darahnya dan  "tergugur" kandungannya kerana anda menghina Rasulullah (s.`a.w.) dan menya­lahi  perintahnya "mencabuli" kemuliaan anak perempuannya  kerana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Wahai Fatimah!  Andalah penghulu  wanita  syurga".37

Dan Allah akan  memasukkan  anda  ke neraka dan anda akan menerima akibat dari kata-kata anda sendiri. Mana  satukah di kalangan tiga perkara anda telah  mencaci  `Ali, adakah kekurangannya pada keturunannya? Atau  jauhnya  daripada Rasulullah  (s.`a.w.)?  Atau membawa bencana  pada  Islam  atau kezaliman  di dalam hukuman, atau cinta kerana dunia? Sekiranya anda berpendapat sedemikian maka sesungguhnya anda berbohong  dan orang ramai akan membohongi anda pula.

Adakah  anda  menyangka  bahawa  `Ali  A.S.  telah  membunuh `Uthman  secara zalim?! `Ali, demi Allah orang yang paling  ber­takwa dan orang yang paling bersih daripada orang yang mencelanya mengenai perkara tersebut. Sekiranya `Ali telah membunuh `Uthman secara  zalim, demi Allah anda bukanlah ada kaitan dengannya.  Di masa hidupnya anda tidak pernah membantunya dan pada masa matinya anda tidak menerima pusaka daripadanya. Anda masih mengelilingi rumah anda mengejar wanita-wanita jahat, anda menghidupkan amalan jahiliyah, anda mematikan Islam sepertilah di masa lalu.

Adapun  penentangan  anda  terhadap  Bani  Hasyim  dan  Bani Umayyah adalah dakyah anda untuk Mu`awiyah.

Adapun pendapat anda mengenai pemerintahan dan pendapat para sahabat  anda  tentang kerajaan (al-Mulk) yang  anda  miliki,  ia adalah  seperti Fir`aun yang telah memerintah Mesir selama  empat ratus  tahun sedangkan Musa dan Harun adalah nabi yang  diutuskan menghadapi penderitaan.  Ia adalah milik Allah.  Dia  memberi­kannya  kepada orang yang baik dan jahat. Allah berfirman  dalam Surah al-Anbiya' 21: 111 "Dan aku tidak mengetahui boleh jadi hal itu cubaan  bagi kamu dan kesenangan sampai kepada  suatu  waktu sahaja".  Dan  firmanNya dalam Surah al-Isra' 17: 16  "Dan  jika Kami  hendak  membinasakan suatu negeri,  maka  Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaa­ti  Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri  itu, maka  sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan  (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya".

Kemudian Hasan pun berdiri dan menyingkatkan kainnya  sambil membaca Surah al-Nur 24: 26: " Wanita-wanita yang keji bagi  lelaki yang  keji  dan lelaki yang keji bagi wanita-wanita yang  keji." Mereka wahai Mu`awiyah, demi Allah, adalah anda para sahabat anda dan pengikut-pengikut anda (Syi`ah anda).

Dan  lelaki yang baik adalah bagi wanita-wanita  yang  baik. Mereka  itulah bersih daripada tuduhan yang dilemparkan  ke  atas mereka.  Bagi mereka pengampunan dan rezeki yang mulia. Mereka adalah `Ali b. Abi Talib A.S, para sahabatnya dan pengikut-pengi­kutnya (Syi`ahnya).

Kemudian  beliau  keluar sambil  berkata  kepada  Mu`awiyah: Rasailah  akibat apa yang telah dilakukan oleh tangan  anda.  Se­sungguhnya Allah telah menyediakan bagi anda dan mereka kehinaan di dalam kehidupan dunia dan azab yang pedih di akhirat.

Mu`awiyah  berkata kepada para sahabatnya:  Rasailah  kalian akibat apa yang anda telah lakukannya. Al-Walid  b. `Uqbah berkata: Demi Allah, kami tidak  merasai melainkan sebagaimana anda  merasainya dan  kami  tidak  berani melainkan menentang anda.

Mu`awiyah berkata: Tidakkah aku telah berkata kepada  kalian sesungguhnya kalian tidak akan dapat menghina lelaki itu (Hasan). Sekiranya  kalian mentaatiku semenjak awal lagi,  nescaya kalian beroleh kemenangan menentang lelaki ini apabila beliau  mendedah­kan keburukan kalian. Demi Allah, beliau tidak berdiri  sehingga beliau  menyiksaku seisi rumah. Dan aku bercita-cita untuk  men­yerangnya. Lantaran itu tidak ada kebaikan di hari ini dan  sele­pasnya.38

Dia  berkata: Marwan b. Hakam mendengar  tentang  perjumpaan Mu`awiyah dan para sahabatnya dengan Hasan b. `Ali A.S. Lalu dia datang  berjumpa  mereka di sisi Mu`awiyah dan bertanya  mereka. Apakah  (benar) apa yang telah sampai kepadaku tentang Hasan  dan kemarahannya?

Dia menjawab: Beliau (Hassan) memanglah begitu. Marwan berkata kepada mereka: Kenapa kalian tidak menjemputku  bersama? Demi Allah, aku akan mencacinya, aku  akan mencaci bapanya, Ahlu l-Baitnya dengan cacian sehingga hamba-hamba lelaki dan perempuan aku berpesta dengan penuh kegembiraan.

Hasan  berkata:  Adapun anda wahai Marwan,  bukan  aku  yang mencaci  anda  dan bapa anda, tetapi Allah  `Azza  Wajalla  telah melaknati anda, bapa anda, keluarga anda, zuriat anda dan zuriat yang keluar dari keturunan bapa anda sehingga hari kiamat di atas lidah  nabiNya Muhammad. Demi Allah, wahai Marwan,  anda  tidak akan  mengingkarinya,  begitu  juga orang yang  datang  di  dalam majlis ini kerana laknat ini adalah daripada Rasulullah (s.`a.w.) untuk anda dan bapa anda sebelum anda.39 Allah tidak akan  menam­bahkan  kepada anda apa yang menakutkan anda melainkan  kezaliman yang  besar. Memang benar Allah dan rasulNya dan  Dia berfirman dalam  Surah al-Isra' 17: 60 "Dan pohon kayu yang terkutuk  dalam al-Qur'an,  dan Kami menakuti mereka tetapi  yang demikian  itu hanyalah menambah besar kedurhakaan mereka".

Anda  Wahai  Marwan  dan zuriat anda  merupakan  pohon  yang dilaknati Allah di dalam al-Qur'an. Demikian itu adalah daripada Rasulullah  (s.`a.w.)  daripada  Jibra`il  daripada  Allah `Azza Wajalla.40

Mu`awiyah melompat, lalu meletakkan tangannya di mulut Hasan seraya berkata: Wahai Abu Muhammad! Aku bukanlah jahat dan ganas.Lalu Hasan A.S membersihkan kainnya, kemudian beliau berdiri dan keluar. Mereka juga keluar dari majlis itu dengan  kemarahan dan dukacita serta dengan muka hitam di dunia dan akhirat.

Sebenarnya tuntutan Hasan b. `Ali A.S terhadap Imamah/Khila­fah adalah berdasarkan nas daripada datuknya Rasulullah (s.`a.w.) Beliau begitu yakin bahawa hak Imamah/Khilafah selepas Rasulullah (s.`a.w.)  adalah  hak `Ali dan kemudian haknya  dan  seterusnya. Apatah lagi Mu`awiyah b. Abu Sufyan telah menentang bapanya  `Ali A.S sebagai imam/khalifah di masa itu secara kekerasan.

Beberapa  bulan  selepas  kewafatan  bapanya,  beliau  telah mengambil  alih jawatan khalifah, kemudian beliau  pula  terpaksa berdamai  dengan Mu`awiyah. Perdamaian beliau dengan Mu`awiyah telah ditentang oleh kebanyakan Syi`ahnya sendiri. Namun  begitu beliau terpaksa melakukannya demi menjaga dirinya, Ahl al-Baitnya dan Syi`ahnya. Beliau berkata: Demi Allah sekiranya perdamaianku dengan  Mu`awiyah berlaku, nescaya aku dapat menjaga darahku  dan menyelamatkan  keluargaku,  maka ia adalah  lebih  baik  daripada mereka membunuhku. Lantaran itu keluargaku akan dibunuh.  Demi Allah sekiranya aku memerangi Mu`awiyah, nescaya mereka  memotong tengkukku dan membawanya kepada Mu`awiyah. Demi Allah  sekiranya aku  berdamai dengannya dalam keadaan aku mulia lebih  baik  dari dia membunuhku dalam keadaan aku menjadi tawanan.41

Kemudian Hasan terus mempertahankan tindakannya, beliau berkata: Demi Allah, aku tidak menyerahkan jawatan khalifah  kepadanya melainkan selepas aku dapati tiada pembantu untukku. Sekir­anya  aku mendapati pembantu-pembantu, nescaya  aku  memeranginya malam  dan siang sehingga Allah menghukum di antara aku dan  dia, tetapi  aku  mengetahui sikap penduduk-penduduk Kufah  dan  ujian mereka. Orang yang fasiq tidak sesuai untukku kerana mereka tidak mempunyai  kesetiaan, tidak ada tanggungjawab sama ada dari  segi kata-kata  dan perbuatan. Mereka berselisih di  kalangan  mereka dan  berkata: Sesungguhnya hati kami bersama anda tetapi pedang-pedang mereka ditujukan kepada kami.42

Oleh itu perdamaian yang dilakukan oleh Hasan adalah  kerana terpaksa,  tanpa  pembantu-pembantu. Walau  bagaimanapun  beliau tidak  berpuas hati terhadap sikap penduduk Kufah  yang pengecut untuk berjuang bersamanya menentang Mu`awiyah.

Walau bagaimanapun caci mencaci secara serius telah  berlaku di  antara Hasan dan Mu`awiyah serta rakan-rakannya tentang  Ima­mah/Khilafah.  Mu`awiyah  bukan sahaja mencaci Hasan  malah  dia mencaci  `Ali b. Abi Talib dengan cacian yang melulu  dan  penuh dengan fitnah. Hasan menjawabnya dengan hujah yang  mantap  se­hingga  dapat  menundukkan  mereka semua,  kerana  jawapan  Hasan kepada  mereka bukanlah merupakan cacian atau cercaan  kerana ia adalah  suatu hakikat yang sukar ditolak di mana  mereka  sendiri mengakuinya. Lantaran itu ia patut dibezakan di antara  mencaci, mencerca,  mencela dan menerangkan hakikat sesuatu. Apatah lagi jika ia berdasarkan kepada nas. `Ali berkata: Jika seseorang itu memberitahu hal atau keadaan seseorang tertentu menyalahi nas al-Qur'an  dan  Sunnah Nabi (s.`a.w.) adalah lebih wajar  dan tidak boleh dikatakan pencaci.43

Walau  bagaimanapun  Mu`awiyah dan pemerintah  Bani  Umayyah selepasnya  terus mencaci `Ali di atas mimbar masjid  selama  70 tahun.  Hanya  semasa  pemerintahan `Umar b. `Abd  al-`Aziz ia dihentikan.44 Kemudian ia diteruskan kembali oleh pemerintah Bani Umayyah yang lain.

Kesimpulan

Hasan  b.  `Ali percaya bahawa hak  Imamah/Khilafah  selepas datuknya  Rasulullah (s.`a.w.) adalah hak Ahl al-Bait  Rasulullah (s.`a.w.). Orang lain adalah tidak layak untuk memegang  jawatan tersebut  berdasarkan  nas dan akal. Walau  bagaimanapun  beliau akhirnya terpaksa menyerahkan jawatan khalifah kepada  Mu`awiyah dengan syarat-syarat tertentu demi untuk menjaga dirinya, keluar­ganya dan Syi`ahnya.


Nota Kaki:
1 Al-Tabarsi, Abu `Ali al-Fadil b. al-Hasan, al-Ihtijaj, Beirut 1403 H., I, hlm. 269-279.
2 Sibt Ibn al-Jauzi, Tadhkirah al-Khawwas , Tunis 1972 M., hlm. 200.
3 Sibt Ibn al-Jauzi, Tadhkirah al-Khawwas, hlm. 200; al-Turmudhi, Abu `Isa Muhammad b. `Isa b. Sawrah, Sunan al-Turmudhi, V, hlm. 642; al-Tabari, Abu Ja`far Muhammad b. Jarir, Tarikh al-Umam wa al-Muluk, Cairo 1956 M., II, hlm. 310.
4Ibid.
5 Al-Bukhari, Abu `Abdullah Muhammad b. Ismail, Sahih Bukhari, Cairo 1348 H., III, hlm. 46; Al-Hakim al-Nisaburi, Muhammad b. `Abdullah, al-Mustadrak `ala al-Sahihain fi al-Hadith, Cairo, 1969 M., III, hlm. 37; al-Dhahabi, Abu `Abdullah Muhammad b. Ahmad b. `Uthman, al-Talkhis, Hyderabad, 1958 M., III, hlm. 37 dan lain-lain.
6 Al-Khawarizmi, al-Manaqib, Cairo 1340 H., hlm. 232; Ibn Hajr al-`Asqalani, Lisan al-Mizan, VI, hlm. 237; al-Qunduzi al-Hanafi, Sulayman b. Ibrahim, Yanabi` al-Mawaddah fi Syama`il al-Nabi wa Fada`il Amir al-Mu'minin `Ali, Iran 1385 H., hlm. 132.
7 Al-Khawarizmi, ibid., hlm. 148.
8 Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 81
9 Sibt Ibn al-Jauzi, Tadhkirah al-Khawwas, hlm. 200-201.
10 Al-Qunduri al-Hanafi, Yanabi’ al-Mawaddah, hlm. 112.
11 Al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, Cairo 1957 M., I, hlm. 422; al-Zamakhsyari, Abu al-Qasim Mahmud b. `Umar, al-Kasysyaf `an Haqa`iq Ghawamid al-Tanzil wa `Uyun al-Aqawil fi Wujuh al-Ta`wil, Cairo t.t., I, hlm. 422; al-Syablanji, Mu`min b. Hasan Mu`min, Nur al-Absar fi Manaqib al-Bayt al-Nabi al-Mukhtar (s.`a.w.), Cairo 1367 H., hlm. 105; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 117.
12 Muslim, Abu al-Husayn Muslim b. Hajjaj, Sahih Muslim, Cairo, 1311 H., II, hlm. 238; Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, III, hlm. 17, 26, 59; IV, hlm. 367; al-Turmudhi, Sahih, II, hlm. 308.
13Ibn Hajr al-`Asqalani, Abu al-Fadl Ahmad b. `Ali b. Muhammad b. Muhammad, Tahdhib al-Tahdhib, Hyderabad 1327 H., XI, hlm.445; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, Tehran 1404 H., hlm. 116-117.
14 Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 143.
15 Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 408; al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, Baghdad 1950 M., XII, hlm. 397; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 273.
16 Al-Hakim, al-Mustadrak, II, hlm. 343; al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 27.
17 Al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, I, hlm. 422; al-Syablanji, Nur al-Absar, hlm. 105.
18 Abu Nu`aim al-Asfahani, Hilyah al-Auliya' wa Tabaqat al-Asfiya', Cairo 1956 M., I, hlm. 67; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 208-9.
19 Al-Syablanji, Nur al-Absar, hlm. 89; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 172-174.
20 Ibn al-Athir, `Izz al-Din Abu Hasan `Ali b. Muhammad b. `Abd al-Kasim al-Jazari, Usd al-Ghabah fi Ma`rifah al-Sahabah, Baghdad 1349 H., IV, hlm. 385; Sibt Ibn al-Jauzi, Tadhkirah al-Khawwas, hlm. 201.
21 Al-Tabari, Tarikh, XI, hlm. 357; Nasr b. Mazahim, Kitab al-Siffin, Baghdad 1950 M., hlm. 247.
22 Lihat umpamanya, al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm.91.
23 Sibt Ibn al-Jauzi, Tadhkirah al-Khawwas, hlm. 201-202.
24 Lihat umpamanya, al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm.91-93; al-Hakim, al-Mustadrak, IV, hlm. 480.
25 Ibn Abi al-Hadid, `Izz al-Din Abu Hamid `Abd al-Hamid b. Abi al-Husayn Hibat Allah, Syarh Nahj al-Balaghah, Cairo 1959 M., II, hlm. 102.
26 Al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 172-173.
27 Sibt Ibn al-Jauzi, Tadhkirah al-Khawwas, hlm. 200.
28 Sibt Ibn al-Jauzi, Tadhkirah al-Khawwas, hlm. 204-205.
29 Sibt Ibn al-Jauzi, Tadhkirah al-Khawwas, hlm. 186.
30 Al-Haithami, Nur al-Din `Ali b. Abi Bakr, al-Majma` al-Zawa`id, Tunis 1375 H., VII, hlm. 348-350.
31 Sibt Ibn al-Jauzi, Tadhkirah al-Khawwas, hlm. 186-187.
32 Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, IV, hlm. 408.
33 Ibn Qutaibah, Abu Muhammad `Abdullah b. Muslim, al-Imamah wa al-Siyasah, Cairo 1332 H., I, hlm. 84.
34 Al-Haithami, al-Majma`, VII, hlm. 247-250.
35 Al-Haithami, al-Majma`, VII, hlm. 247-250.
36 Ibn Hajr al-`Asqalani, Abu al-Fadl Ahmad b. `Ali b. Muhammad b. Muhammad, al-Isabah fi Ma`rifah al-Sahabah, Baghdad 1345, H., III, hlm. 452; Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, IV, hlm. 407; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, III, hlm. 88.
37 Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 293; al-Turmudhi, Sahih, VI, hlm. 301.
38 Sibt Ibn al-Jauzi, Tadhkirah al-Khawwas, hlm. 200.
39 Al-Tabari, Tafsir, Cairo 1952 M., XXX, hlm. 167; al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 170; Sibt Ibn al-Jauzi, Tadhkirah al-Khawwas, hlm. 209.
40 Al-Turmudhi, Sahih, II, hlm. 120; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, I, hlm. 252; Sibt Ibn al-Jauzi, Tadhkirah al-Khawwas, hlm. 209.
41 Al-`Allamah al-Tabarsi, al-Ihtijaj, II, hlm. 290.
42Ibid., hlm. 291.
43 Syarif al-Radhi, Abu Hasan Muhammad b. al-Hasan al-Musawi, Nahj al-Balaghah, Baghdad 1364 H., hlm. 323.
44 Al-Suyuti, Jalal al-Din `Abd al-Rahman b. Abu Bakr, Tarikh al-Khulafa', Cairo 1963 M., hlm. 243.