17. Maqam Imam 'Ali AS

Mereka menyatakan Syiah mempercayai Saidina Ali as separuh Tuhan, menganggap guruh dan petir
itu suara Ali,mempercayai imam-imam 12 itu lebih baik dari para malaikat yang muqarrabun kepada
Tuhan, menggunakan mushaf al-Quran lain dari mushaf Uhtman dan lain-lain.

Di dalam Usul al-Kafi oleh al-Kulaini adalah dilapurkan bahawa Abu Basir seorang kepercayaan
Imam Jaafar telah datang berjumpa dengan Imam Jaafar. Abu Basir bertanya kepada Imam Jaafar
berhubung dengan ilmu dan kelebihan Saidina Ali dan imam imam syiah… didalam buku tulisan Al
Kualaini tersebut Imam Jaafar telah dikatakan menjawab sedemikian..


“ Kita juga ada Mushaf Fatimah dan apakah yang orang ramai tahu tentang Mushaf Fatimah ? Ianya
adalah sebuah Mushaf yang tiga kali lebih besar dari Al Quraan dan tidak ada satu ayat Al Quraan
mereka didalam nya. (Usul al-Kafi oleh al-Kulaini ms 146)


Seterusnya Imam Jaafar bila ditanya lagi oleh Abu Basir berhubung dengan Mushaf Fatimah , Abu
Basir menyatakan Imam Jaafar menyebut :
“ Apabila Allah menaikkan Rasul Nya dari dunia (wafat) … Fatimah menjadi terlalu sedih yang
teramat sangat dan berduka cita yang hanya diketahui oleh Allah saja. Allah kemudian menurunkan
malaikat untuk memujuknya semasa kesedihan tersebut dan malaikat tersebut telah berbual bual
dengan Fatimah. Fatimah menceritakan peristiwa tersebut kepada Ali dan Ali meminta Fatimah
memberitahunya apabila malaikat tersebut datang. Setiap kali malaikat datang Ali telah mencatatkan
segala gala yang disebut oleh malaikat tersebut… dan Inilah yang di panggil mushaf Fatimah. Usul
al-Kafi oleh al-Kulaini ms 147)
Al Kulaini seterusnya didalam kitab yang sama menyatakan bahawa Jabir Al Jufi berkata
“aku telah mendengar Muhammad Al Baqir berkata “ Seseorang tidak akan mengatakan bahawa Al
Quraan telah diturunkan sekelompok kecuali dia itu pendusta. Tiada seorang pun yang mengumpul
dan menghafal semuanya yangt di turunkan Nya kecuali Abi bin Abi Talib dan para pengikut
sesudahnya. “ muka surat 228

Komen

Kesimpulan dari para para diatas… bagaimana mungkin seorang ahli sunnah tidak menyatakan
kehairanan nya diatas isu adanya orang orang syiah yang berfahaman ujudnya satu kitab Al Quraan
yang selain nya dari mushaf Othman…. Apabila perkara sedemikian memang tertulis didalam salah
sebuah kitab pokok rujukan Syiah iaitu Usul al-Kafi oleh al-Kulaini.

Nota: Permasalahannya ialah pihak Ahlul Sunnah tidak dapat membezakan antara hadith yang sahih atau sebaliknya dalam kitab-kitab Syiah. Menurut Imam Ja'far al-Sadiq AS hadith yang bercanggah dengan al-Qur'an hendaklah ditolak samasekali. Imam Ja'far al-Sadiq AS meriwayatkan sebuah Hadith dari datuknya Rasulullah SAWA [bermaksud]: " Setiap Hadith yang kamu terima dan bersesuaian dengan Kitab Allah tidak diragukan datangnya daripada aku dan Hadith-hadith yang kamu terima yang bertentangan dengan Kitab Allah, sesungguhnya bukan datang daripadaku." [Al-Kulaini, al-Kafi, Jilid I, Hadith 205-5]. Sila lihat"Menolak Isu Tahrif Dalam al-Qur'an","Sejarah Penulisan Hadith, "Masalah Percanggahan Dalam Riwayat Hadith".


Pengertian umum, Ahlul Sunnah ialah sesiapa yang mengikut Sunnah Nabi SAWA kemudian ia
dihimpun kepada empat madzhab fiqh yang diketuai oleh Imam Malik yang lahir pada tahun 95
Hijrah dan meninggal tahun 179 Hijrah, Abu Hanifah yang lahir tahun 80 Hijrah dan meninggal tahun
150 Hijrah, Syafie yang lahir tahun 150 Hijrah dan meninggal tahun 204 Hijrah, dan Ibnu Hanbal
yang lahir tahun 164 Hijrah dan meninggal tahun 241 Hijrah.