14. Isu-isu al-Qur'an, Mushaf, dan Wahyu kepada Fatimah AS

Apabila dibicarakan tentang persamaan antara sunnah dan syiah bererti di situ pasti ada perbezaannya.
Permasalahannya apa bila ada perbezaan, apakah pegangan kepada satu mazhab menjadi penilai
kebenaran dalam mengukur mazhab yang lain? atau di kembalikan kepada Al Quran dan hadis dan
mengukurnya secara rasional yang bebas dari ketasuban bermazhab?

Tomahan terhadap syiah bukan satu yang baru dsan sepertinya tidak akan berahkir. Setelah
membaca banyak buku2 yang menyalahkan syiah, kami melihat hal ini disebabkan oleh beberapa
perkara.
1- Menilai kebenaran berdasarkan mazhab tertentu.
2- Menafsir sendiri riwayat syiah tanpa melihat penfsiran ulamak syiah tentang hadis tersebut,
sehingga natijah yang diambil berdasarkan selera sendiri.
3- Mengambil kata-kata ulamak sebagai sandaran tanpa menilai kembali pandangan mereka dan
suasana mereka mengeluarkan fatwa.
4- Menungkilkan hadis separuh separuh hingga menyebabkan maknanya berubah.
5- Menanggap apa saja yang tertulis dalam kitab-kitab hadis muktabar syiah itu sahih sebagai mana
Ahlu suunah menanggap semua yang ada dalam Bukhari itu sahih.

Kami berterima kasih kepada penulis ABC kerana komennya atas rencana 'persamaan dan
perbezaan antara sunnah dan syiah'. Izinkan kami di sini untuk mengomentar kembali tilisannya
berdasarkan ukhwah islamiah dan perbahsan ilmiah tulen yang menjadi pemangkin kepada
pendekatan antara mazhab2 islam untuk saling mengenali hingga tidak tibul tomahan2 liar.

1- Al Quran
a- makna mushaf
Kebanyakan umat Islam menanggap bahawa perkataan 'mushaf' itu senonim 'Al Quran'. Sedangkan
dalam lisan Al Quran dan hadis Rasul tidak sedemikian. Mushaf itu ertinya kumpulan tulisan dan
selepas wafat Rasul digunakan untuk ayat2 al quran dikumpulkan oleh para sahabat dan juga tulisan2
hadis.

Oleh itu jika ada perkataan mushaf dalam riwayat syiah jangan terus menanggap ia adalah Al Quran.
Penulis ABC juga ada menungkilkan riwayat dari Al Kafi yang menunjukan bahawa mushaf Fatimah
bukan Al Quran tetapi kumpulan khabar yang di sampaikan oleh Jibril.

b- Wahyu untuk Fatimah as.
Persoalannya di sini apakah ia mungkin atau tidak? Pertama kita perlu mengenal maqam Fatimah as.
terlebih dahulu. Tiada siapa yang mengingkari bahawa ia adalah penghulu wanita sekian alam, yang
paling mulia antara 4 wanita yang termulia.

Kedua apakah Jibril boleh menurunkan wahyu untuk selain nabi. Yang mengatakan tidak bererti ia
jahil tentang Al Quran. Dalam surah Ali Imran ayat 42 hingga 45 menceritakan pembicaraan jibril
dengan Mariam. Dan Fatimah as. lebih mulia dari Mariam. Riwayat tentang turunnya Jibril pada
Fatimah banyak dalam kitab-kitab syiah. Sudah tentu mereka yang menjauhinya tidak akan
meriwayatkan peristiwa tersebut.

15.  Mazhab Ahlu Sunnah

a. Seperti penulis ABC setuju bahawa mazhab ahlu sunnah terbentuk secara evolusi. Malah
pengikutnya hari ini pun tidak mengamalkan fatwa Imam2 mereka baik dari segi fekah maupun
akidah secara tulin. Tetapi permasalahnnya bukan di sini tapi pada sumber hukum. Mereka
mengenepikan Imam2 Ahlu Bait as. baik dalam fekah maupun akidah. Bagaimana hati boleh
aman dengan apa yang di amalkan sedangkan bahtera penyelamat umat Muhammad SAWA
ditinggalkan. Bukankah mereka sebagaimana sabda Ar Rasul SAWA. Umpama ahlu baitku di
dalam umatku seperti bahtera Nuh siapa yang menaikinya selamat siapa yang meninggalkannya akan
tenggelam.

b. Para pemerintah yang zalim ketika itu mengambil kesempatan untuk menyebarkan fatwa para
mujtahid tersebut dan menakutkan oprang ramai dari mendekati Imam-imam ahlul- bait dan ulamak
mereka.

c. Penutupan pintu ijtihad oleh khalifah yang zalim bukan satu yang pelik tetapi yang pelik adalah
apabila para ulamak besar ahlu sunnah juga merelakan hal ini seperti Al Ghazali, Sayuti. Ibnu Hajar
dll dan akhirnya percubaan membuka pintu ijtihad dianggap dosa besar sebagaimana penulisan hadis
padsa kurun pertama hijrah dan tidak melaknat Imam Ali pada hari jumaat pada 80 tahun pertama
pemerintahan bani umaiyah. Sedangkan proses ijtihad terus subur dalam mazhab syiah dan tidfak
timbul kekalutan dalam permasalahan mujtahid palsu. Dan para muqalid sentiasa bertaqlid kepada
mujtahid yang hidup pada setiap waktu.

16.  Ahlul Sunnah Wa l-Jama'ah Dan Ahlu Bait AS

 Syiah menerima bahawa ahlu sunnah mencintai dan memuliakan ahlu bait, tetapi apakah mereka
benar-benar meletakan ahlu bait pada posisi yang Allah SWT telah letakan? Apakah tiada hikmah
mengapa mereka disucikan dan diwajibkan kecintaan ke atas mereka dan solat dan selawat tidak
diterima tanpa menyebut mereka.

Jika ahlu sunnah benar2 menghormati mereka sepatutunya mereka juga perlu menghormati orang-orang
yang mengikuti mereka, bukan menuduh dengan hal2 yang tidak benar. Kita diwibkan untuk
mengikuti Al Quran, apakah tidak wajib kita mengikuti mereka yang disucikan untuk menjaga Al
Quran dan mendampingi Al Quran.

17. Ilmu Para Imam AS

Hadis dari Imam Jaffar as Sadeq itu jelas menunjukkan, ilmu yang mereka miliki adalah kurnia
Allah bukan mereka memiliki dengan sendiri, kerana ini akan mendatangkan syirik.

Di dalam surah yunus ayat 20 dan an An'am jelas menunjukan bahawa yang mengetahui hal yang
ghaib itu hanya Allah.
Dan dalam surah az zhuruf ayat 4, al Buruj ayat 22, ar radh ayat 39, menunjuk bahawa ilmu Allah itu
terletak di kitab almknun, kitabun mubin, umul kitab, luh mahfuz. Ia juga dipanggil Imamul mubin
"kulu sha'ain ahsaina hu fi Imamul mubin" walau namanya berbeza ia memiliki hakikat yang sama iaitu
khazahna ilmu Allah yang Allah berikan kepada orang2 yang tertentu (surah aj jin ayat 27) dan tidak
akan menyentuhnya kecuali yang disucikan (al waqih'ah ayat 79) dan kita semua tahu yang disucikan
hanya ahlu bait (al ahzab ayat 33)

Jadi jika ada yang masih tidak faham yang ahlu bait mengetahui yang ghaib atas izin Allah dengan
mengunakan dalil-dalil Al Quran yang jelas bererti orang tersebut mahu meletakan dirinya pada jalan
kedegilan dan ketasuban.

18.  Maqam Para Imam AS

a. Di dalam Al Quran membicarakan tugas para Rasul hanya sebagai hanya untuk menyampaikan
sahaja (iblaq) dan tidak lebih dari itu. "ma ala Rasul ilal balaq" dan juga surah An Nissa, ayat 165
dan As Syura, ayat 3 dll.

Selain dari itu ada ayat2 yang membicarakan satu lagi maqam selain maqam Rasul dan memiliki tugas
yang lain dengan tugas rasul iaitu maqam Imam

'kami jadikan mereka Imam untuk memberi hidayah dengan urusan kami ketika mereka bersabar
dan yakin dengan ayat2 kami' surah as sajadah ayat 24.

Ayat di atas jelas menunjukkan sebahagian Rasul di angkat menjadi Imam, satu maqam yang lebih
tinggi dari maqam Rasul. Tugas Imam di sini berbeza dengan tugas Rasul iaitu sebagai pemberi
hidayah.

Nabi Ibrahim sebagaimana dalam surah al Baqarah ayat 124 diangkat menjadi Imam selepas ia
menjadi Rasul. Jelas di sini menunjukan maqam Imam lebih tinggi dari maqam Rasul. Persoalanya
sekarang apakah maqam Imam ini berterusan? Sudah tentu selagi manusia wujud di atas muka bumi
ini selagi itu manusia perlu kepada hidayah dan ini tugas Imam. Dalam surah di atas Allah juga
mengangkat zuriah Ibrahim sebagai Imam sebagimana Ibrahim. Dalam surah Ar Radh, ayat tujuh,
Allah SWT. berfirman "Sesungguhnya kau (Muhammad) pemberi peringatan dan untuk setiap kaum
ada yang memberi hidayah"

Kami ulangi lagi bahawa tugas memberi hidayah adalah tugas Imam dan hanya Allah yang melantik
Imam bukan manusia. Dan ayat ini jelas menunjukan Imam yang dilantik oleh Allah itu berterusan
dan maqamnya lebih tinggi dari maqam Rasul. Apakah kita lupa pada satu hadis yang mahsyur yang
bermaksud "ulamak umatku lebih afdhal dari para nabi bani israel" atau kita menanggap hadis ini daif.
Atau hadis yang mengatakan bahawa Nabi Isa as. akan solat dibelakang Imam Mahdi juga tidak
benar.

b. Apakah pelik apabila kita mengatakan para Imam itu lebih mulia dari Malaikat sedangkan Abu
Basyar Adam as. merupakan khalifah pertama dari sekian kahlifah Allah mendapat didikan langsung
dari Allah (syarat khalifah Allah) dan menjadi guru kepada para Malaikat dan menjadi sujutan
Malaikat, apakah ini tidak menunjukan bahawa maqam insan lebih mulia dari maqam malaikat?
apakan lagi maqam imam. Apakah ini bererti mendewakan mereka atau meletakan mereka pada
tempat yang sewajarnya?

Apakah menjadikan semua sahabat itu adil dan tidak boleh disentuh dan dikritik bukan pendewaan?
Dan bila keisalaman dan kekufuran seseorang diukur dengan sahabat? Apakah ini bukan pendewaan
terhadap mereka? Apakah segala perubahan yang dilakukan oleh khalifah pertama, kedua, ketiga
tidak mengubah hukum Allah? Dan apabila menerima perbuatan mereka dan menolak hukum Allah
bukan pendewaan?

Bersambung