Al-Mawaddah

Syi’ah Solat Tiga Waktu?

 

Persoalannya benarkah syi’ah solat tiga waktu?

Memang benar syi’ah solat tiga waktu tetapi bukan mengerjakan tiga solat dalam tiga waktu tetapi mengerjakan lima solat dalam tiga waktu. Syi’ah sama seperti ASWJ mengerjakan solat yang lima iaituZuhur, Asr, Maghrib, Isyadan Subuh dalam tiga waktu solat. Syi’ah menjamak solat Zuhur dan Asr waktu di antara Zuhur dan Asr, kemudian Maghrib dan Isyadalam satu waktu di antara Maghrib dan Isyadan seterusnya solat Subuh dalam waktu Subuh.

 

Ahlul Sunnah membolehkan solat jamak sama ada Jamak Takdim atau jamak Takhir ketika dalam musafir tetapi Syi’ah memboleh solat jamak walaupun seseorang tidak dalam perjalanan. Mazhab Syafie membolehkan jamak solat walau tidak dalam perjalanan tetapi tidak boleh dijadikan kebiasaan. Menurut al-Hafidh Ibnu Hajar dalam Fathul Bari:

Sekelompok ulama mengambil hadith itu sebagai bukti dan mereka membolehkan menjamak solat dalam keadaan bermukim secara mutlak jika diperlukan, asal tidak dijadikan sebagai kebiasaan. Dan di antara yang membolehkan hal itu adalah: Ibnu Sirrin, Robi’ah, Asyhab bin Mundzir, al-Qoffal al-Kabir, al-Khottobi menceritakan atau mengutip pendapat ini dari sekelompok ulama ahli hadith (Tuhfazul Ahwazi oleh: al-Mubarokfuri al-Hindi Juz I, hlm. 558, Anjazul Masalik ila Muwatto’I Malik oleh: Mualana Muhammad Zakaria al-Kandahlawi Juz 3, hlm. 79. Syarh Zarqoni Ila Muwatho’i Malik oleh: Muhammad Zarqani Juz I, hlm. 294. Sahih Muslim Syarh Nawawi Juz 5, hlm. 218-219.

 

Menurut Mazhab Syi’ah solat jamak dalam keadaan biasa boleh dilakukan sepanjang tahun. Dalam hal ini Syi’ah berdasarkan hadith yang sahih. Hadith yang menyatakan bahawa Rasulullah SAWAW pernah solat jamak Zuhur dan Asr sebagaimana diriwayatkan oleh Muslim, Bab Jamak baina solatani fil-Hadhor, Juz 2, hlm. 152, dari Jabir bin Zaid dari Ibnu Abbas, sesungguhnya Rasulullah SAWAW menjamak Solat di Madinah tujuh dan delapan rakaat antara ZuhurAsr serta Maghrib-Isya’. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ia berkata: “Rasulullah SAWAW menjamak antara Zuhur dan Asr serta antara Maghrib dan Isyatanpa ada sebab, sama ada takut, uzur (sakit) atau berpergian (musafir). Lihat Muslim, Sahih, Bab al-Jam’u bain salataini fi hadhor, Juz, 2, hlm. 150. Dalam kitab al-Muwatta, Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAWAW solat Zuhur dan Asr secara jamak, juga Maghrib dan Isya’. Ahmad bin Hanbal meriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAWAW pernah menjamak solat-solat beliau di Madinah sedangkan beliau dalam keadaan tidak dalam perjalanan. Lihat Musnad Ahmad bin Hanbal Juz I, hlm. 221,m cetakan Maktab Islami Beirut, tahun 1398H.

 

Imam Malik dalam al-Muwatha’, meriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAWAW solat Zuhur dan Asr secara jamak, juga Maghrib dan Isya’. Tanpa alasan perang atau perjalanan, Imam Muslim di dalam Sahihnya bab jamak antara dua solat di dalam kota meriwayatkan dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAWAW pernah solat Zuhur dan Asr, dan Maghrib-Isyadi Madinah tanpa alasan apa pun dan dijamak di kotanya sendiri. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, ia berkata: “Rasulullah SAWAW menjamak antara Zuhur dan Asr dan Maghrib-Isyadi Madinah tanpa ada satu alasanpun. Kemudian perawi hadith ini bertanya kepada Ibnu Abbas? Mengapa beliau berbuat demikian? Ibnu Abbas menjawab: Agar ummat Islam tidak merasa sulit. Diriwayatkan dari Syaqiq, dia berkata: “Pada satu hari Ibnu Abbas memberikan ceramah mulai dari setelah Asr hingga matahari tenggelam dan bintang-bintang pun bermunculan. Lalu orang-orang berteriak mengajak solat. Ia (perawi) berkata: Lalu datanglah sesuatu dari Bani Tamim dengan sikap kasar dan berteriak solat-solat, kemudian Ibnu Abbas menjawab: “Apakah anda datang untuk mengajarku Sunnah, mudah-mudahan ibumu mati (la umma lak), ia (Ibnu Abbas) berkata: “Rasulullah menjamak antara solat Zuhur dan Asr serta Maghrib dan Isya’, Abdullah (perawi) berkata mendengar ucapan Ibnu Abba situ, aku belum berasa puas, kemudian aku datang pada Abu Hurairah dan aku tanyakan kepadanya tentang hal itu dan ia pun membenarkan ucapan Ibnu Abbas.

 

Bukhari juga meriwayatkan dalam bab waktu solat Maghrib. Dalam Sahih Bukhari, diriwayatkan Amer bin Dinar berkata: Saya dengan Jabir bin Zaid, dari Ibnu Abbas berkata: Nabi SAWAW solat tujuh dan delapan rakaat (tujuhMaghrib dan Isyasedangkan delapan Zuhur dan Asr) di Madinah.